Thursday, 9 August 2012

ATLIT BERPUASA MENANG EMAS OLYMPIX


Oleh: rozmal

"

Mo Farah, Puasa Berbuah Medali Emas

Terjemahan:

Rabu, 08 Agustus 2012LONDON - Mo Farah menciptakan sejarah baru saat mampu finis di urutan pertama nomor marathon 10 ribu meter putra. Pelari keturunan Somalia itu meraih medali emas dengan membukukan waktu 27 menit 30,42 detik. Adapun medali perak diraih pelari AS, Galen Rupp dan medali perunggu diperoleh Tariku Bekele dari Ethiopia. Sontak puluhan ribu penonton yang memadati Olympic Stadium, London, bersorak-sorai menyambut prestasi atlet tuan rumah tersebut. 

Pasalnya pencapaian Farah itu merupakan prestasi tertinggi Britania Raya di ajang Olimpiade. Dia mengungguli dua atlet Britania Raya sebelumnya, Mike McLeod dan Liz McGolgani yang merebut perak Olimpiade 1984 dan 1988. 

“Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan. Itu cukup menyulitkan saat saya harus berlatih keras,” ujar Farah. “Tapi saya tetap melakukannya. Hal itu berfungsi sebagai kontrol diri.” 
http://www.republika.co.id/berita/olahraga/olimpiade-london-2012/12/08/08/m8en3s-mo-farah-puasa-berbuah-medali-emas


UIasan:

Atlet warga Britain yang berasal dari Somalia iaitu Mohammad Farah atau lebih dikenali dengan gelaran Mo Farah telah memenangi pingat emas acara larian10,000 meter di Olimpik London 2012. Mo Farah berkata “Selama Ramadhan, saya berpuasa, meski hal itu bukan sesuatu yang mudah bagi olahragawan”.

Ini adalah bukti bahawa puasa tidak akan menjejaskan kesihatan seseorang. Bahkan dalam keadaan tertentu dengan berpuasa tubuh seseorang itu akan semakin kuat dan sehat. Kejayaan Mohammad Farah akan mematikan hujah banyak pihak yang mengatakan berpuasa boleh memudaratkan kesihatan.Walaupun mewakili negara Britain sebagai seorang Muslim beliau tetap Istiqamah dengan agama anutannya.Ini adalah sebaik-baik contoh tauladan dari seorang Muslim kepada bukan Islam. Menampilkan kesederhanaan ajaran Islam dan kebenaran ajarannya.





RAMAI ARTIS DAH BERHIJRAH DAN BERHIJAB


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah.

Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah.

Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati.


Sebahagian daripada selebriti wanita muda tempatan kita yang telah berhijrah:-

1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah

APAPUN KITA MESTI MENDOAKAN AGAR MEREKA TERUS BERISTIQAMAH DENGAN GAYA HIDUP BARU YANG DIAMALKAN. JUGA DIHARAPKAN PERUBAHAN MEREKA AKAN TURUT DIIKUT SAMA OLEH PARA PEMINATNYA. BUKANKAH MEREKA DIANGGAP IDOLA IKUTAN OLEH PARA PEMINATNYA. JADI PARA PEMINAT, TUNGGU APA LAGI ?

KRISIS SYRIA: PERTEMPURAN MAKIN SENGIT DI ALEPPO







(Asap tebal di kawasan Salaheddine ekoran serangan tentera Syria)

SYRIA: “Pihak tentera sedang mara dari barat ke timur untuk membahagi dua kawasan Salaheddine secara horizontal,” ujar seorang pegawai yang tidak mahu namanya disiarkan Rabu lalu, merujuk kepada kubu utama pihak pemberontak di kota Aleppo.

Wassel Ayub, komander Tentera Pembebasan Syria, berkata: "Pihak rejim mara ke jalan Al-Malaab dengan kereta kebal dan kenderaan bersenjata, dan sekarang ini pertempuran sengit sedang berlaku di sana."

Koresponden Al Jazeera Ahmed Zaidan, yang melaporkan dari Aleppo, berkata "Banyak manusia yang terkorban dan cedera dalam pertempuran sengit berdekatan Salaheddine di mana kereta kebal canggih buatan Russia telah digunakan oleh pihak kerajaan".

Zaidan berkata kuasa mengambil alih kawasan Salaheddine, dan Aleppo adalah "amat penting untuk kedua-dua pihak sama ada rejim atau pemberontak."

"Aleppo adalah kota kedua terbesar dan hub kewangan untuk Syria. Kita tidak patut lupa bahawa hampir 60 hingga 70 peratus dari ekonomi Syria terhenti kerana situasi yang melanda Aleppo sekarang,” tambah beliau. 

"Pertempuran Aleppo akan menentukan masa depan Syria dan masa depan rejim."

Pertempuran turut dilaporkan mengambil tempat di kawasan Hanano, Tareeq al-Bab dan Sha’ar dalam kota yang dikepung tentera itu, lapor Badan Pemerhati Hak Manusia (Syrian Observatory for Human Rights)  yang berpusat di UK. 

Badan pemerhati itu melaporkan pertempuran yang berlaku di jalan-jalan di Salaheddine dan di kawasan sekitarnya adalah yang paling sengit dapat disaksikan dalam 17 bulan pergolakan yang berlaku di utara kota itu.

Badan Pemerhati Hak Manusia berkata kawasan sekitar Maysaloun, Sakhour dan Tal Rifaat sedang dibedil oleh tentera Assad.

Asakan tentera Syria itu bagaimanapun gagal membuatkan pihak pemberontak meninggalkan Salaheddine, lapor koresponden Al Jazeera, dan pada masa yang sama Tentera Pembebasan Syria telah berjaya menembak jatuh sebuah pesawat dan menghancurkan 5 kereta kebal di Aleppo.

Pihak tentera yang sedang menambahkan bilangan askar dan kelengkapan di Aleppo dan kawasan sekitarnya sejak sebulan lalu, sedang bergerak dari Barat ke Timur, bermula dari Hamdaniyeh, sebuah daerah bersebelahan Salaheddine, ujar Wassal Ayub dari Tentera Pembebasan Syria.

Wartawan Al Jazeera Rula Amin, melaporkan dari Beirut, berkata, "Aleppo bukan hanya simbolik, malah ia adalah tempat berpusatnya Tentera Pembebasan Syria, dan untuk dunia ia adalah simbol kejayaan besar Tentera Pembebasan Syria yang berjaya mengambil alih kota ini."

"Tentera Pembebasan Syria membawa bantuan tambahan dari luar Aleppo seperti dari Idlib Homs kerana bagi mereka ini adalah pertempuran yang penting. Salaheddine adalah penting untuk kerajaan, ia telah menjadi tiang utama yang mendokong Presiden Assad untuk 16 bulan yang lalu,” lapor Rula.

Dalam perkembangan lain, pegawai kerajaan Jordan telah mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri Syria, Riad Hijab telah tiba di Jordan Rabu lalu – dua hari selepas mengumumkan penglibatannya dengan kumpulan pembangkang – setelah bersembunyi di kawasan selatan Syria.


Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya,
09 Ogs 2012

SALAFI TIDAK MASUK KABINET MORSI




KAHERAH: Apabila Presiden Mohammed Morsi mengangkat sumpah minggu lalu untuk membentuk kerajaan Mesir yang baru, terzahir dengan jelas satu kumpulan yang tidak ada dalam kabinetnya: Puak Salafi.   

Ketiadaan puak Salafi dalam Kabinet adalah begitu menonjol sekali, terutamanya selepas kejayaan Salafi dalam pilihanraya parlimen tahun ini, bila satu dari parti politik utamanya, Al Nour, menang seperempat dari kerusi Dewan Rakyat. 

Ini menjadikan puak Salafi, beserta rakan mereka dari parti naungan Ikhwan Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party), sebagai sebuah blok paling berkuasa di dalam jangka hayat pendek badan perundangan Mesir. 

Namun dalam pemilihan menteri kabinet, Morsi memilih teknorat dan bukannya penyokong ideologi, menolak puak Salafi dan menjadikan mereka sebagai politikus yang terpinggir sekurang-kurangnya buat masa sekarang.  

Namun apabila Morsi meninjau kembali lanskap politik Mesir, ternyata Sheikh Shaaban Darwish masih tersenyum lebar. 

Seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Al Nour berkata, sikap dingin Morsi itu bagaimanapun menyediakan peluang untuk puak Salafi memulakan persiapan untuk bertanding dalam pilihanraya parlimen akan datang yang dijadualkan hujung tahun ini. 

“Sudah tentu kami berasa tidak gembira dengan perkembangan ini dan dengan keputusan Morsi,” kata Sheikh Darwish, yang mana turut popular sebagai seorang imam di Saft El Laban - kawasan sekitar Giza. 

“Namun kami patut meredakan kemarahan kami buat masa sekarang. Kami tidak akan berkonfrontasi kerana kalau tidak banyak pihak akan berkata bahawa pejuang Islam bergaduh sesama sendiri.”

Dengan penuh keyakinan, Sheikh Darwish menerangkan bahawa baginya dan para Salafi yang lain, tiada perkara seumpama kekalahan, yang ada hanyalah rintangan buat sementara waktu. 

Dia menegaskan bahawa ini adalah “pilihan” mereka untuk tidak mencabar keputusan Morsi. Mereka lebih fokus kepada perkara yang lebih besar.

“Sudah tentu kami mahukan kuasa. Kami telah membentuk parti politik,” ujar beliau. ”Saya boleh berjanji kepada anda, Salafi akan lebih mara ke hadapan.”

Sikap optimistik Sheikh Darwish dan para Salafi yang lain berhadapan dengan keputusan Morsi adalah amat mudah, kerana ia disokong oleh sikap pragmatik yang tinggi. 

Mereka sedar bahawa Presiden baru itu tidak perlu dibebankan dengan banyak bagasi politik kerana pentadbirannya memperjuangkan apa yang dilihat oleh Salafi dan Ikhwan Muslimin sebagai prioriti paling utama: mengembalikan kuasa Presiden dan memujuk pihak tentera supaya berundur dari kancah politik. 

Tugas pemerintahan menjadi lebih berat sebelum Morsi diisytiharkan menang kerusi Presiden, apabila Majlis Tertinggi  Angkatan Tentera (Supreme Council of the Armed Forces) memberikan kuasa veto untuk menggubal undang-undang kepada dirinya sendiri, dan mengurangkan kuasa pihak eksekutif. 

Penganalisis berpendapat bahawa pemilihan kabinet Morsi terdiri dari muka-muka baru – ramai dari mereka yang dinaikkan pangkat dalam sistem birokrasi Mesir, - bertujuan untuk mengelakkan pertikaian yang boleh menjejaskan usaha memusnahkan apa yang dipanggil pejuang Islam sebagai kuasa pihak tentera yang melampau. 

Satu kerusi kabinet, Menteri Hal-Ehwal Agama, dilaporkan akan diberi kepada puak Salafi, tetapi telah ditarik balik kerana protes dari Al-Azhar, insititusi pengajian Islam berusia 1,000 tahun yang dianggap sebagai kuasa golongan sederhana dalam debat berkenaan agama dan demokrasi.
The National terjemahan Mohamad Yahya,
09 Ogs 2012

Wednesday, 8 August 2012

SHILA AMZAH & SYARIFAH ALEYA PULA BERHIJRAH DGN MEMAKAI TUDUNG




Keputusan penyanyi Shila Amzah yang memakai tudung bermula 1 Ramadan lalu hanya untuk suka-suka berubah apabila dia tekad untuk kekal dengan imej tersebut.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata, dia membuat keputusan tersebut pada Sabtu lalu selepas 15 hari melalui “tempoh percubaan” dan berazam untuk berimej sedemikian sehingga ke akhir hayat.

“Pada mulanya penghijrahan ini bermula pada 1 Ramadan sebagai tempoh percubaan dan ingin mendapat kepastian adakah saya benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan tersebut.

“Dua hari lalu (Sabtu) saya sibuk dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Fauzana, tetapi ketika itu saya terpaksa membuka tudung.

“Kemudian, di sebelah petang pula Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya dan ketika sedang bersiap, tiba-tiba sahaja saya ambil tudung dari almari dan pakai terus. Ketika itu saya dah rasa sudah sampai masanya untuk diri ini berubah,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini Isnin.

Tambah Shila, kekasihnya, Sharnaaz tidak sangka perubahan drastik yang dilakukannya namun gembira dengan imej terbaru itu.

Dalam pada itu, ibunya juga ingin kepastian adakah benar keputusan yang dibuat itu kerana risau jika Shila akan membuka semula tudungnya pada masa akan datang.

“Apabila memberitahu hasrat ingin bertudung kepada ibu, banyak kali dia tanya, adakah saya yakin dengan keputusan ini kerana apabila dah pakai, kita tak boleh nak buka semula tudung sehingga mati.

“Alhamdulillah, memang saya ingin berubah dan mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Malah, saya mula berubah sedikit demi sedikit dengan mengubah cara pemakaian yang lebih sopan,” ujarnya.

Sementara itu, walaupun tampil dengan imej berkenaan, Shila tetap meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi dan bakal muncul dengan album terbaru pada awal tahun depan.

“Saya masih lagi menyanyi, tetapi tak adalah nak menari sakan macam dahulu. Pemilihan lagu pula lebih ke arah balada dan pop. Semoga perubahan diri ini membawa keberkatan yang lebih bermakna,” tuturnya. -mStar


Sharifah Aleya bertudung sejak 1 Ramadhan 

Penyampai radio Hot fm terkenal, Sharifah Aleya mengakui dia sudah mula berhijab sejak 1 Ramadhan yang lalu. Leya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya enggan menyatakan sebab penghijrahannya ini tetapi menyifatnnya ianya adalah transisi normal bagi seorang wanita Islam.

PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya mengakui sejak mengenakan tudung bermula 1 Ramadan lalu (21 Julai 2011), dia berasa selesa dan tidak kekok dengan penghijrahan tersebut.

Aleya atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya berkata, dia enggan berkongsi sebab-sebab perubahan diri itu, namun menyifatkan ia adalah satu transisi normal bagi seorang wanita beragama Islam.

“Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini.

“Cuma kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah bertudung dan doakan saya yang terbaik,” katanya.

Tambah Aleya, dia juga bersyukur dan gembira apabila penghijrahannya itu disokong keluarga serta rakan-rakan dan berharap agar imej sebegitu kekal sehingga akhir hayat.

Sementara itu, walaupun Ramadan tahun ini pertama kali dilalui tanpa suami di sisi, Aleya merasakan ia tidak memberi kesan buatnya untuk beribadat kerana sering dikelilingi keluarga serta dua orang anak kembarnya, Aza Ameena dan Asha Ameena yang berusia tiga tahun.

“Bagi saya, Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan setiap tahun dan ia sangat istimewa untuk kita sebagai umat Islam menjalani ibadat puasa.

“Malah inilah masanya untuk kita mengikat silaturahim dengan menghabiskan masa bersama keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aleya berkata, dia juga memastikan segala kerja-kerja pengacaraan yang dibuat selesai sebelum Ramadan agar dapat menikmati saat-saat bersama keluarga bagi setiap ibadat yang dilakukan.

“Ramadan juga membuatkan saya dan adik beradik yang lain berlumba-lumba untuk memasak bagi juadah berbuka puasa. Sampaikan kami cuba untuk mengalahkan ibu kami (Fatimah Abu Bakar) untuk muncul dengan masakan terbaik.

“Bagaimanapun, macam biasa, ibu kamilah yang menjadi juara dalam hal-hal masakan,” selorohnya yang gemar memasak lauk daging kicap.
 -Mstar

PEMERINTAHAN ASSAD MULAI GOYAH-USA

Al Jazeera Terjemahan Mohamad Yahya,08 Ogs 2012


Riad Farid Hijab (gambar), Perdana Menteri Syria yang meyertai kumpulan pembangkang Isnin lalu, menuduh Presiden Bashar al-Assad melakukan “genosid” atau penghapusan bangsa terhadap rakyatnya sendiri, yang membuatkan Washington memberi komen bahawa rejim itu mulai “meretak dari dalam”.

Patrick Ventrell, pemangku timbalan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (US Department of State), berkata bahawa penglibatan Hijab dalam kumpulang pembangkang “memberi isyarat bahawa rejim  Assad sudah mulai goyah dan kehilangan kuasa.”

Jay Carney, jurucakap Rumah Putih, berkata:"Ini adalah isyarat bahawa cengkaman kuasa Assad tidak lagi kuat seperti dahulu."

"Jika beliau tidak mampu mengekalkan perpaduan dalam lingkungan kecilnya sendiri, ini menunjukkan ketidakupayaan beliau untuk mendapat sebarang sokongan dari kalangan rakyat Syria yang tidak diugut dengan senjata api."

Rumah Putih mengulangi desakannya supaya Assad untuk meletak jawatan dan menghentikan kezaliman yang telah mencengkam Syria semenjak pemberontakan terhadap pemerintahan Assad bermula pada Mac tahun lalu.

Hijab mengumumkan pada hari Isnin lalu melalui jurucakapnya Muhammad el-Etri, bahawa beliau telah menyertai kumpulan pembangkang, setelah satu laporan televisyen nasional yang mengatakan bahawa beliau telah dipecat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata empat dekad pemerintahan oleh keluarga Assad akan menemui keruntuhannya.

Hijab, tokoh Sunni Muslim dalam regim Assad yang didominasi puak ‘Alawiyyah, menjadi pegawai kerajaan pangkat tertinggi yang melarikan diri dari rejim Assad selepas beliau menyeludup masuk ke Jordan pada malam Ahad lalu.

Hijab akan meninggalkan Jordan dan berlepas ke Qatar, mengikuti jejak langkah beberapa pemimpin berprofil tinggi yang lain yang turut menyertai pembangkang, Etri memberitahu agensi media AFP.

Beliau dilantik sebagai perdana menteri pada 23 Jun lalu selepas berlangsungnya pilihanraya yang disifatkan oleh pembangkang sebagai janji kosong.

Selasa lalu, agensi media Anatolia yang berpusat di Turki melaporkan bahawa 1,137 rakyat Syria, termasuk seorang general telah melarikan diri ke Turki dalam tempoh semalaman.
Kumpulan baru ini menjadikan bilangan pelarian rakyat Syria di Turki mencecah 50,000 orang.

Pertempuran sengit di Aleppo
Sementara itu, tentera Syria terus membedil kawasan-kawasan di medan pertempuran penting di Aleppo pada Selasa lalu, lapor sebuah badan yang memperjuangkan hak manusia.

Kumpulan pemberontak bertempur dengan pihak tentera di Bab Antakya, Aziziyeh, Bab Janin dan Sabaa Bahrat, kawasan-kawasan pusat bandar dan juga berdekatan Istana Keadilan di bahagian barat, lapor Badan Pemerhati Hak Manusia Syria (Syrian Observatory for Human Rights) yang berpusat di Britain.

Pihak tentera turut membedil Shaar, Sakhur dan daerah-daerah Qatarji di bahagian timur, tambah badan itu lagi
Seorang aktivis pembangkang dari Suruhanjaya Am Revolusi Syria (Syrian Revolution General Commission) berkata pihak tentera turut menggunakan helikopter tempur untuk membedil Hanano, kawasan timur Aleppo.

Pertempuran di bandar terbesar Syria yang mengandungi 2.7 juta penduduk itu telah mengakibatkan 46 nyawa terkorban  pada hari Isnin lalu, dengan majority korban adalah orang awam, lapor badan pemerhati itu.

Pegawai kanan keselamatan berkata pada Ahad lalu, bahawa pihak tentera telah siap mengatur kedudukan tentera bantuan di Aleppo, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 20,000 tentera, yang bersedia untuk pertempuran penentuan di kota yang telah menjadi medan pertempuran sengit semenjak 20 Julai lalu.

Suratkhabar harian pro kerajaan, Al-Watan melaporkan bahawa pihak “pengganas”, yang mendakwa telah mengawal lebih kurang separuh dari kota Aleppo, mempunyai seramai 6,000 hingga 8,000 pejuang.

Koresponden AFP melaporkan bahawa di sebalik pertempuran sengit di sesetengah kawasan sekitar bandar, pihak tentera tampaknya menunggu masa yang sesuai untuk melakukan serangan tanah  penghabisan.

Leftenan Jeneral Babacar Gaye, ketua misi pemerhati UN di Syria, membuat rayuan bagi pihak orang awam Isnin lalu, di ambang kerisauan berlakunya pertumpahan darah yang lebih besar.

"Saya menggesa agar semua pihak untuk melindungi orang awam dan menghormati hak mereka di bawah undang-undang kemanusian antarabangsa. Orang awam tidak sepatutnya terdedah kepada bahaya bedilan dan penggunaan senjata berat," ujar beliau.


Rakyat Iran terbunuh


Sementara itu, Iran telah menyatakan keprihatinan mereka terhadap nasib 40 rakyat jemaah haji yang telah diculik oleh kumpulan pemberontak dari sebuah bas di Damaskus ketika lawatan rakyat Iran itu ke tempat-tempat suci kaum Shiah.

Kumpulan pemberontak menyatakan bahawa mereka mengesyaki bahawa tahanan mereka itu adalah tentera yang dihantar untuk membantu Assad.

Jurucakap kumpulan pemberontak bagi kawasan Damaskus berkata pada Isnin lalu, tiga dari warganegara Iran itu telah terkorban terkena bedilan meriam pihak kerajaan, dan yang selebihnya akan dibunuh jika bedilan meriam itu tidak dihentikan.

Selasa lalu, Iran memutuskan bahawa Menteri Luar Negara Iran, Ali Akbar Salehi akan pergi ke Turki dan berbincang tentang Syria dan situasi rakyat Iran tersebut.

Kedutaan Iran memberitahu bahawa Salehi akan berjumpa dengan Menteri Luar Negara Turki, Ahmet Davutoglu di Ankara pada hari Selasa.

Wartawan Al-Jazeera, Nisreen El-Shamayleh, yang melaporkan dari Amman, berkata: "Perbincangan itu akan berfokus pada isu Syria, terutamanya tentang nasib 48 warga Iran yang telah ditangkap oleh kumpulan pemberontak di Damaskus."

"Secara asasnya apa yang kami fahami adalah Iran telah meminta Turki dan Qatar, dua negara yang mempunyai hubungan yang kuat dengan kumpulan pembangkang Syria, untuk memudahkan urusan pelepasan warga Iran," lapor Nisreen.

Kumpulan pembangkang Syria berkata mereka bukannya jemaah haji akan tetapi adalah ahli pengawal revolusi Iran, mereka cuba untuk membantu tentera Syria dalam menghancurkan penentangan dan membunuh ahli kumpulan pembangkan."

Saeed Jalili, setiausaha kepada Majlis Tertinggi  Keselamatan Nasional Iran (Iran's Supreme National Security Council ), kini berada Damaskus untuk berbincang dengan Presiden Syria, menurut laporan stesen televisyen nasional Iran.

"Menurut kumpulan pembangkang, adanya penyelarasan yang berterusan antara kerajaan Syria dan kerajaan Iran," lapor Nisreen.

"Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army) mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa pihak keselamatan dan pegawai tentera Iran telah berulang kali datang bertemu pegawai Syria, dan memberikan mereka nasihat teknikal dan sokongan taktikal kepada kerajaan Syria.
---------------------------------------------------------------------------------------