Wednesday, 8 August 2012

KETUA PADERI TIDAK FAHAM ISLAMOPHOBIA

BURSA (Turki): Elpidophoros Lambriniadis, warga metropolitan Bursa, Turki dan juga Ketua Paderi di Seminari Halki (Halki Seminary) berkata,"Kami tidak tahu apa itu Islamophobia dan tidak juga memahaminya kerana kami tidak takut dengan rakan-rakan mahupun jiran-jiran kami yang beragama Islam."

Bercakap kepada AA di Halki Seminary, Lambriniadis menjelaskan pandangan seminari mereka tentang Islamophobia.

Mengulas tentang isu Islamophobia yang selalu dimainkan di media selepas kejadian 11 September, Lambriniadis berkata, "Kami tinggal di Istanbul sebagai pengikut ajaran gereja, rakan-rakan dan jiran kami semuanya adalah beragama Islam. Kami tidak tahu apa itu Islamophobia dan tidak juga memahaminya. 

"Kami tidak takut dengan rakan-rakan dan jiran-jiran kami yang beragama Islam. Kami menyayangi antara satu sama lain. Saya percaya persepi yang mengatakan Islam adalah ganas di negara lain hanya bermotifkan politik," katanya.

Beliau menegaskan, mereka  tidak takut dengan mereka yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama, dalam komuniti yang sama "kerana saya mengenali mereka." 

"Kami tahu tentang Islam dan kami tidak takut dengannya," kata Lambriniadis.
-------------------------------------------------------------------------
Berita asal di http://www.turkishweekly.net/news/139880/we-do-not-know-neither-understand-what-islamophobia-is-seminary-chief-priest-says.html.

Tuesday, 7 August 2012

KISAH THA'LABAH SAHABAT RASULULLAH S.A.W.KUFUR KERANA ENGKAR BAYAR ZAKAT TIDAK TEPAT ?

Bila ramadhan menghampiri penghujungnya maka ramai penceramah akan mengupas tajuk berkaitan kewajiban untuk megeluarkan zakat.Mereka menggalakan umat Islam untuk megeluarkan zakat di bulan mulia ini bukan setakat zakat fitrah tapi termasuk zakat harta dan lainnya. 

Bagi saya mengapa sebahagian kita hanya hendak mengeluarkan zakat setelah dibuat kempen oleh para penceramah. Mengapa mesti tunggu bila bulan Ramadhan.Nampaknya ada sebahagian besar umat Islam tidak memahami hukum hakam berkaitan zakat. Zakat wajib dikeluarkan bagi orang yang mampu. Di keluarkan berdasarkan haul, nisab dan syarat-syarat lain yang ditentukan. Mereka tidak perlu menunggu waktu bulan Ramadhan kecuali untuk membayar zakat fitrah.Boleh berzakat  pada bila-bila masa sahaja. Bagi yang bekerja dengan kerajaan boleh potong gaji bulanan untuk bayar zakat. Rupanya sebahagian kita  masih hendak berkira-kira dan berpolitik dengan Allah S.W.T.

Cuma apa yang tidak sedap di dengar dalam kempen berzakat ini ada sesetengah penceramah sering membawa hujah seorang Sahabat Nabi yang bernama Tha'labah telah dihukum oleh Allah dan dimurkaiNya kerana koinonnya enggan membayar zakat. Kisah Tha`labah yang pada asalnya miskin, selalu hadir bersolat jemaah, tetapi kemudian menjadi sibuk lantaran ternakan kambingnya begitu besar dan akhirnya kufur dan engkar dengan perintah zakat dikatakan menjadi asbab nuzul ayat al-Quran surah at-Taubah, ayat 75-77.  Kisah ini telah tersebar luas sejak zaman dulu di dalam kitab-kitab tafsir hingga kini dalam masyarakat. Soalnya, tepat ke cerita ini?


Kenapa saya juga termasuk orang yang mempertikaikan cerita ini ? Ada beberapa persoalan yang perlu dirungkai; 
  1. Kenapa Tha`labah yang merupakan seorang Ansar dan ahli peperangan Badar boleh jadi begitu?
  2. Benarkah kisah tersebut?
  3. Bagaimana kisah tersebut boleh tersebar pada peringkat awal?
Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas ada dijelaskan oleh Maulana Asri di dalam kuliahnya seperti berikut:

(Video) 
Daripada kuliah tersebut, dapat saya catitkan secara ringkas buat manfaat diri saya sendiri dan mungkin juga buat para pembaca sekalian seperti berikut bahawa:

1)  Tha`labah adalah salah seorang sahabat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam yang tergolong dalam golongan Ansar yang menyertai Perang Badar.  Kelebihan golongan Ansar ada disebut oleh Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Dan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa kesemua yang menyertai peperangan Badar telah ALLAH redha mereka dan dijamin untuk mereka Syurga.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“ALLAH melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman:  ”Buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau AKU telah ampuni kamu semua”"  (HR al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, kisah yang masyhur mengatakan Tha`labah tidak mahu membayar zakat, taubatnya tidak diterima dan bakal ke neraka adalah suatu kisah yang sangat-sangat diragui kebenarannya.

2) Kisah tersebut wajar diragui kesahihannya dan tidak patut disebarkan kerana Tha`labah adalah salah seorang sahabat Nabi yang berjuang di medan Badar dan dijamin Syurga.

3) Al-Qurtubi ketika menukilkan kisah ini di dalam tafsirnya ada meletakkan periwayat kisah tersebut iaitu kisah tersebut diambil dari Ali bin Zaid, dari Qasim bin Abdul Rahman, dari Abu Umamah al-Bahili (sahabat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam).

4) Para ulama hadith berbeza pandangan terhadap periwayat bernama Ali bin Zaid dan Qasim bin Abdul Rahman.  Masalah timbul adalah disebabkan oleh dua periwayat ini.  Ada yang mengatakan Ali bin Zaid lemah, ada yang mengatakan beliau meriwayatkan hadith-hadith pelik, ada yang mengatakan beliau menukar-nukarkan hadith dan ada yang mengatakan beliau adalah seorang Rafidhi, yakni Syiah.  Manakala Qasim bin Abdul Rahman pula dikatakan beliau ini ada mereka-reka hadith dan sebagainya.  Walaupun ada sisi baik pada kedua-dua periwayat ini, namun disebabkan banyak juga komen negatif dari para ulama mengenai dua periwayat ini, maka riwayat mereka amat-amat diragui dan malah tertolak.  Apatah lagi apabila terlibat dengan Syiah Rafidhah yang terkenal dengan sikap keras dan bencinya mereka kepada sahabat-sahabat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.  Maka tidak peliklah kisah memburuk-burukkan Tha`labah ini direka dan disebar-sebarkan.

5) Kisah ini hendaklah diberhentikan penyebarannya kerana kesahihannya sangat diragui malah membawa fitnah kepada sahabat Nabi.

6) Jika kita menyebarkan kisah ini, kita bukan sahaja terlibat dengan dosa besar menfitnah sahabat Nabi, bahkan terlibat dengan dosa yang lebih besar iaitu berdusta ke atas Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, kerana dalam kisah ini ada meriwayatkan beberapa perbuatan Nabi.

Untuk kefahaman yang lebih baik, lebih baik tuan/puan dengar sendiri video kuliah di atas.  Maulana Asri adalah seorang pakar hadith di Malaysia yang mendirikan pondok Darul Kautsar di Kelantan.  Laman web Darul Kautsar boleh dilawati di sini, insyaALLAH: 
Dr Asri Zainul Abidin pula apabila ditanya dengan soalan berkenaan kesahihan kisah Tha`labah, beliau menjawab:
  • “Kisah ini yang sering disebut oleh ramai pendakwah sebagai satu contoh buruk. Tha’labah dikatakan meminta agar Nabi s.a.w. mendo`akan kekayaannya. Apabila beliau kaya dan berharta beliau enggan memberi zakat. Kononnya, Al-Quran turun mengutuk perbuatan tersebut dalam Surah al-Taubah: 75-77:
  • وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنْ الصَّالِحِينَ(75)فَلَمَّا آتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوا وَهُمْ مُعْرِضُونَ(76)فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

  • Maksudnya: Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: “Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh”. Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

  • Rasulullah S.A.W dikatakan wafat dalam keadaan tidak menerima zakatnya. Begitu juga Abu Bakr dan `Umar r.ahuma selepas itu enggan menerima zakatnya. Beliau dikatakan meninggal pada zaman pemerintah `Uthman bin `Affan r.a
  • Memang tidak dinafikan ramai para penafsir telah mengaitkan ayat ini dengan Tha’labah dan dia dianggap dari golongan munafik berdasarkan ayat di atas. Sedang Ibn Hajar al-`Asqalani menyebut di dalam al-Isabah bahawa dia adalah ahli perang Badr. Kita hendaklah sedar, jika dia ahli Perang Badr, maka Ahli peperangan Badar tidak mungkin menjadi seorang munafik. Kesemua ahli Badr adalah ahli syurga. Di sana ada fadilat khas yang diberikan untuk ahli peperangan Badar. Nabi s.a.w.

  • لَعَلَّ الله اطَّلعَ عَلى أهْلِ بَدْرٍ فقـال “اعـمَلوا مَا شِـئْتُم فَقَد وَجَبَتْ لَكُمُ الجَنَّةُ أو فقد غَفَرْتُ لكم”

  • ” Allah melihat kepada ahli Perang Badar dan berfirman ” buatlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah pasti untuk kamu syurga atau Aku telah ampuni kamu semua” (al-Bukhari dan Muslim) Dia dikatakan terbunuh di dalam peperangan Uhud. Dengan itu al-Hafizd Ibn Hajar menafikan kesahihan cerita tersebut (Al-Isabah, 1/206). Demikian juga al-Imam Ibn Hazm (meninggal 456H) dalam al-Muhalla menganggap kisah ini sebagai batil tanpa syak (Ibn Hazm, Al-Muhalla, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah). Antara ulama dahulu yang mengkritik riwayat ini Ibn `Abd al-Barr (meninggal 463H), al-Haithami الهيثمي (meninggal 807H) dan lain-lain. Ulama zaman ini yang mengkritik riwayat ini antaranya al-Syeikh Ahmad Muhammad Syakir, al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani, al-Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi`I dan lain-lain. Satu buku khas mengkritik riwayat ini telah ditulis oleh `Adab عداب bin Mahmud al-Himsy الحمش bertajuk ثعلبة بن حاطب الصحابي المفترى عليه yang bermaksud Tha’labah bin Hatib, seorang sahabah yang didustai ke atasnya, adalah satu tulisan yang baik untuk dibaca.

  • Oleh itu wajar berhati-hati agar kita tidak mentohmahkan sahabah tanpa asas yang kukuh. Walaupun tidak dinafikan cerita ini begitu tersebar dan buku-buku tafsir, namun sikap mengkaji dan meneliti sangat penting.



Jawapan Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawwas berkenaan kisah Tha`labah yang masyhur disebarkan itu juga baik dibaca untuk pencerahan lanjut.  Di sini pautannya:


Semoga ALLAH memelihara kita dari menfitnah insan-insan mulia yang telah dimuliakan ALLAH Ta`ala.  Dan semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita yang mungkin secara tidak sengaja pernah menyebarkan kisah tersebut hasil dari kurang pendedahan dan ketidaktahuan.

Sekadar berkongsi,
15 Ramadhan 1433
4 Ogos 2012

Monday, 6 August 2012

DEBAT AL IMAM ABU HANIFAH DENGAN PUAK ATHEIS


Berikut adalah debat antara Imam Abu Hanifah dengan puak Atheis;

Soalan Pertama

“Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”
Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu menjawab :
“Allah taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak”


Soalan Kedua


“ Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”
Al-Imam Abu Hanifah seraya menjawab :
“ Allah taala itu wujud sebelum adanya zaman, Sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya , mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya”


Soalan Ketiga


“ Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?"
Al-Imam Abu Hanifah menjawab :
“ Kamu pandai mengira?”
Kelompok Atheis itu menjawab :
“ Tentu sekali kami pandai mengira”
Al-Imam Abu Hanifah meneruskan ucapannya:
“Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor 4?”
Mereka menjawab : “ Nombor 3”
Al-Imam Hanifah : “ Nombor sebelum 3?”
Mereka menjawab : “Nombor 2”
Al-Imam Abu Hanifah : “Nombor sebelum 2?”
Mereka menjawab : “Nombor 1”
Al-Imam Abu Hanifah : “ Nombor sebelum 1?”
Mereka menjawab : “Tiada”


Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lalu memberikan penerangan :
“Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sendiri sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada Nombor itu sendiri?”


Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada al-Imam Hanifah. Ternyata mereka silap perkiraan bilamana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.
Persoalan diteruskan.


Soalan Keempat


“Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”


Al-Imam Abu Hanifah : “ Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”
Mereka menjawab : “ Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah”
Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “ Jika cahaya yang diciptakannya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik cahaya langit dan bumi ini sendiri?”


Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada al-Imam Abu Hanifah bersorak kegembiraan . Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.


Soalan Kelima


“Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?"


Al-Imam sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh Sang Anak Muda.


Al-Imam Abu Hanifah menjawab : “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”


Mereka menjawab : “ Tentu sekali”
Al-Imam meneruskan : “ Bilamana orang sakit tadi mati. Bolehkah kamu bercakap dengannya?”


Mereka menjawab : “ Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”


Al-Imam meneruskan : “ Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya , namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”


Mereka tertawa lalu memberikan jawapan: “ Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana ruhnya telah terpisah daripada jasadnya.”


Al-Imam Abu Hanifah tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa ruhnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk ruh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”
Tertunduk kesemua Atheis tersebut bilamana mendengar persoalan al-Imam Abu Hanifah tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.
Mereka menjawab dengan keadaan penuh malu : “ Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya”


Al-Imam Abu Hanifah lalu meneruskan bicaranya: “ Jika makhluknya seperti ruh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku. Bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Ruh serta sekalian alam ini?”


Soalan Keenam


“ Dimanakah Tuhan kamu duduk sekarang?”


Al-Imam Abu Hanifah kembali bertanyakan soalan kepada mereka : “ Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?"


Mereka menjawab : “ Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”


Al-Imam Abu Hanifah seraya berkata : “ Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya , masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini”


Soalan Ketujuh


“ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”


Al-Imam Abu Hanifah tersenyum lagi lalu menjawab : “ Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?” Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.


Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya : “ Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu”


Soalan Kelapan


“ Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal”


Al-Imam Abu Hanifah tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab : “ Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”


Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini. Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh al-Imam Abu Hanifah dengan penuh berhikmah.
Baghdad kembali berseri selepas peristiwa tersebut. Anak muda itu semakin dikenali malah terus menerus namanya disebut orang sehinggalah ke hari ini. Walau sudah hampir ribuan tahun beliau meninggalkan kita. Namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit radhiyallahu anhu serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat. Al-Fatihah.
*******
Ada juga kisah yang saya dengar bahawa soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok tersebut kepada Sang Imam bilamana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan : “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”
Maka al-Imam menjawab dengan tenang.
“ Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah.Jawapan hanya boleh diberikan bilamana aku berada di atas mengambil alih tempatmu”
Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan al-Imam tersebut. Lalu mereka bertukar tempat. Al-Imam naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bilamana al-Imam sudah berada di atas . Terus beliau menjawab : “ Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan al-Imam ke atas ) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan Atheis tersebut ke bawah).

NUZUL AL QUR'AN DAN KEPENTINGAN SAMBUTANNYA



17 Ramadhan menjelang lagi Saban tahun apabila sampai tarikh 17 Ramadhan maka umat Islam di Malaysia khususnya akan memperingati sambutan persitiwa Nuzul Al Qur'an. Peristiwa Nuzul al Qur'an adalah merujuk kejadian penurunan wahyu pertama berlaku kepada Baginda Rasulullah S.A.W 1430 tahun yang lalu.

Sambutan ini amat penting untuk diadakan di mana-mana di negara ini. Ini kerana kita perlu memperingati sejarah penurunan al Qur'an sebagai mukjizat agong kepada Rasulullah S.A.W. di samping sambutan ini membolehkan kita menyedarkan umat Islam akan kepentingan beramal dengan al Qur'an.

Malangnya ketika ini umat Islam telah mengabaikan kitab petunjuk kebenaran yang menjadi milik mereka. Ramai yang tidak boleh membacanya.Kalau boleh membacanya ramai pula yang tidak memahaminya.Kalau boleh membaca dan memahaminya pula ramai yang tidak mengamalkan pula.Inilah yang berlaku di kalangan umat Islam di mana-mana termasuk di negara Arab sendiri.Akibat kegagalan untuk mengikuti ajaran al Qur'an akhirnya sebahagian besar umat Islam hidup tersesat dan terhina.

Berdasarkan Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud " Aku telah tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang teguh dengan dua perkara tersebut nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Dua perkara tersebut ilah al Qur'an dan Sunnah ku" (Hadis).Berdasarkan hadis tersebut jelas al Qur'an dan Sunnah adalah dua perkara yang mampu membimbing kita ke jalan petunjuk dan kebenaran. Tanpanya amat sukar bahkan mustahil bagi seseorang itu dapat mengikuti jalan kebenaran dan petunjuk. Inilah yang berlaku sekarang ini.

Apa yang penting buat masa kini ialah kita mesti mengembalikan umat Islam untuk mengenal, mempelajari dan seterusnya mengamalkan cara hidup sebagaimana yang diajarkan oleh al Qur'an.Ini adalah tanggungjawab semua individu Muslim.Setiap individu berkewajiban belajar al Qur'an.Bagi ibu bapa jangan sekali-kali mengabaikan pendidikan al Qur'an pada anak-anak.Pastikan anak-anak mampu membaca al Qur'an di peringkat awal usia.Sekiranya mampu ajarkan mereka untuk menghafal ayat-ayat al Qur'an.

Semoga al Qur'an benar-benar menjadi rahmat kepada kehidupan kita semua.Hiduplah dibawah naungan al Qur'an. Apabila kita mati Malaikat akan bertanya kepada kita 'apakah kitab pegangan kita 'Jangan sampai kita tidak mampu memberi jawapan yang tepat dan betul iaitu al Qur'an adalah kitab pegangan dan kepercayaan". Namun bagi mereka yg mengabaikan al Qur'an semasa hidup pastinya tidak boleh berdusta atas nama al Qur'an ketika berhadapan soal mungkar dan nangkir di alan barzakh nanti. Marilah kita muliakan al Qur'an mulai hari ini.

NASA MENGAKUI FAKTA MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT AKAN BENAR-BENAR BERLAKU


Mengemparkan, tapi itulah kenyataan daripada NASA berkaitan teori matahari boleh terbit dari arah barat. Di dalam Islam perkara ini telah disebutkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Di dalam Islam peristiwa ini adalah bukti tanda-tanda besar akan berlaku kiamat.Fakta Hadis ini telah mendahului segala teori Sains moden masa kini.Inilah antara bukti kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
Bagaimana kejadian  ini berlaku ? Menurut kajian Sains astronomi bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Teori al Qur'an Vs Teori Barat
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas

Thursday, 2 August 2012

PENGHINAAN TERHADAP NABI ALLAH MUSA DI DALAM SUKAN OLYMPIX


Gambar di atas: Dikatakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di Sungai Nil kerana bimbang akan tentera Firaun yang akan membunuh mana-mana bayi lelaki yang lahir pada masa itu.


Sukan Olympix kali ini sungguh hebat, hebat dengan acara sukannya di samping hebat kerana berjaya menjadi pentomen keagamaan terbesar di planet bumi.Apa tidaknya, persembahan acara keagamaan Yahudi telah dipersembahkan secara live dan dapat ditonton oleh 1 billion penduduk planet bumi secara serentak.Hal ini tidak pernah berlaku sebelum daripada ini. Kalau hendak diucapkan tahniah kepada pengajur rasanya tidak salah kerana berjaya mempersembahkan pentomen keagamaan kepada penduduk bumi di dalam situasi manusia ramai yang membenci agama dan cenderung menjadi atheis.Walaupun yang dipersembahkan itu satu yang berkait dengan kepercayaan Yahudi paling tidak diharapkan selepas daripada ini manusia akan mengenal siapalah yang dimaksudkan dgn bayi yang dihanyutkan dan sebagainya.Semoga akhirnya mereka akan menemui kebenaran dan memeluk agama suci Islam.

Yahudi tetap Yahudi iaitu bangsa yang suka menolak kebenaran. Cuma yang kita kesalkan sangat ialah banyaknya Di dalam persembahan tersebut secara terang-terangan mereka telah cuba melakukan penyelewengan fakta. Sebagai cth: Mereka cuba mengambarkan Nabi Musa sebagai seorang tukang sihir dan bukannya Nabi.
 Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalah 40 hasta.


1 HASTA = 45.72 CM
40 HASTA = 1828.8 CM
1828.8 CM = 18.2 M


Berdasarkan fakta sejarah Yahudi sewajibnya berbangga dan bersyukur dengan Nabi Allah Musa A.S Nabi Allah Musa dengan Mukjizat tongkatnya telah berjaya membelah laut dan seterusnya telah menyelamatkan mereka (Bani Israel) dari kekejaman Firaun. Kalau tidak kerana Nabi Allah Musa saya yakin seluruh zuriat dan keturunan Yahudi  sudah tidak ada lagi di muka bumi ini.Tapi sememangnya jenis bangsa Yahudi, mereka tetap  kufur dengan nikmat Allah dan kebenaran.
Bagi saya pentomen tersebut lebih kearah merosakan kefahaman manusia terhadap agama. Bahkan sekiranya diteliti lebih mendalam berkemungkinan mereka cuba menonjolkan konsep "satanisme' dan penghinaan kepada Islam seca keseluruhan. Kita memohon perlindungan daripada Allah SWT dari fitnah golongan orang-orang yang terkutuk tersebut.