Thursday, 1 December 2011

Keranamu Nyah 2-Berlari Ke Syurga Ilahi


Angin kau membawa bahteraku
Ke mana mahumu
Di kamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera
Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera
Inginku mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-liku kan ku harungi

Sejauh mana insan berlari dari Tuhan, pasti hati mereka tetap akur untuk kembali akrab dengan Maha Pencipta. Itulah fitrah hamba yang sentiasa mendambakan Yang Maha Esa dan panduan Agama kudus. Akan tetapi amat sayu di lubuk hati, apabila ada yang merasakan dirinya penuh noda dan serba jelek, malu untuk bergaul mesra dengan golongan agama bagi bersama-sama berlari ke syurga Illahi. Mungkin dek sejarah lampau yang pernah tercoret di dalam diari, membuat mereka trauma dan terus mengasingkan diri.

Memikirkan permasalahan ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial & Komuniti, sekali lagi mengorak langkah berani dengan menganjurkan program Mukhayyam Insan DiSayangi. Mukhayyam selama tiga hari yang diadakan di Pusat Pemantapan Aqidah, Jelebu, Negeri Sembilan ini, telah disertai oleh 17 orang Mak Nyah sekitar Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Ia diadakan melalui kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, Majlis Aids Malaysia, Al-Iman Motivation & Training dan Pusat Pemantapan Aqidah.

Program yang bertujuan untuk menghilangkan rasa gerun golongan Mak Nyah terhadap golongan Agama dan memberi nafas baru agar mereka tidak rasa disisihi masyarakat telah diisi dengan pelbagai pengisian. Ia disusun dengan pelbagai pengisian rohani dan jasmani. Antaranya ceramah motivasi, peluang kerjaya dan kembara rekreasi.

Tanpa ada unsur paksaan untuk mengikuti aktiviti yang diadun, para peserta dilihat cukup memberi komitmen. Keseronokan dapat dilihat disetiap wajah mereka. Disitulah terungkapnya bait kata-kata dari merasa, amat bertuah kerana dapat mengikuti program ini dan berkesempatan mendekati golongan agama yang jauh berbeza dibayangkan melalui cerita teman-teman.

Menurut Puan Hajah Saimah Binti Mukhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial & Komuniti, JAKIM, di dalam ucapannya di dalam Majlis Perasmian Penutup, Mukhayyam ini bukan program yang pertama dan terakhir. Ia akan terus diadakan dari masa ke semasa bagi menjelmakan perasaan kasih dan sayang sesama hamba Allah. JAKIM akan terus mendekati golongan Mak Nyah dan menjaga hak mereka mengikut acuan Islam. Beliau turut berharap agar segala santapan aktiviti yang diberikan sepanjang Mukhayyam ini dapat memberi manfaat untuk semua peserta.

Sepanjang Mukhayyam berlangsung beberapa media telah membuat liputan. Antaranya adalah TV9, Harian Metro dan Majalah Al-Islam. Ia bertujuan untuk mempromosikan penawar penyakit stigma di kalangan masyarakat dengan memandang serong golongan Mak Nyah tanpa memberi bantuan dan sokongan kepada mereka. Selain daripada itu mereka turut ingin menyampaikan mesej baru yang dikendong oleh JAKIM kepada seluruh masyarakat.

 jakim image
Hidup Bahagia Tanpa HIV...
 jakim image
Peserta Mukhayyam Insan DiSayangi mengetuai bacaan Yaasin
 jakim image
Beriktikaf di Rumah Allah...
 jakim image
Berkerjasama... Halangan dihadapi tanpa masalah
 jakim image
Berehat seketika... sebelum meneruskan perjalanan meredah halangan
 jakim image
Ustaz... Jangan sisihkan kami dalam mengaji dan memuji Illahi...
 jakim image
Selesai menyampaikan ceramah kerjaya... Datuk Zaman Khan menyampaikan cenderamata kepada Encik Hafiz dari Dagang Halal dengan disaksikan oleh Tuan Haji Zakuan
 jakim image
Terima kasih Datuk... Datuk Zaman Khan menyampaikan cenderamata ikhlas dari Majlis Agama Islam Selangor kepada para peserta selepas menyampaikan ceramahnya
 jakim image
Inilah saf solat kami... Peserta dan urusetia mendirikan solat Isya' berjamaah
 jakim image
Saya mampu melaungkan azan... Adakah saya tidak layak untuk bersama berlari ke Syurga Illahi?
 jakim image
jakim image
Malaysia Boleh... Pakaian tidak menghalang para peserta untuk membuktikan mereka tetap mampu untuk mengatakan mereka boleh
 jakim image
Hasil kreativiti peserta terserlah...
 jakim image
Hanya 15 minit diperlukan peserta bagi menghasilkan gubahan buah-buahan ini
 jakim image
Hanya berbekalkan sebiji tembikai, dulang dan pisau... hasilnya tetap anggun
 jakim image

Sunday, 27 November 2011

Garispanduan Sukarelawan Islam Untuk Gempur Maksiat Digubal


jakim image

 

Masalah sosial merupakan penyakit masyarakat madani yang perlu dirawat dan diubat. Menjadi barah yang parah bukan perkara mustahil jika tiada arah untuk mengubah. Ia bukan taklif kifayah yang boleh dianggap enteng dan mudah. Perlu komitmen pelbagai pihak untuk membantutkan dari terus merebak. Tanpa mengira kerusi, warna dan situasi, ia berhajat kepada satu hati. Menjadi sukarelawan demi menangani permasalahan yang terus meruncing ini.

 

Maka wujudlah mereka yang empunya kesedaran dan ketabahan. Melangkah dengan rela untuk cuba mengubah keadaan. Isu gejala sosial perlu dipadamkan. Demi mengekalkan watan yang cemerlang dan berwawasan. Bergerak mengguna minda dan tenaga; tanpa berkira wang dan juga masa. Panduan hati menjadi penyuluh sepi; di kala ketakutan dan kesunyian datang menghampiri. Sukarelawan terus berdiri dan menabur bakti.

 

Sukarelawan terus berbakti dan dikenali. Tetapi alpa untuk membuat dokumentasi. Menyedari situasi dan demi menggagahi perjuangan suci, JAKIM tampil dengan ilham kitab resepi. Sebuah Manual Sukarelawan Islam Menangani Gejala Sosial perlu didatangi. Agar menjadi pedoman mereka di persada sukarelawan ini. Moga ia memberi hasil mahsul yang diimpi. Gejala sosial lenyap dan terus sunyi; dan kehidupan era nabawi menyelusuri.

 

Sembilan purnama mengambil masa. Meneliti, berdiskusi dan memperhalusi. Pakar rujuk dihimpuni; demi menagih buah ilmu yang dimiliki. Bagi menghasilkan kitab resepi. Bukan resepi sebarang resepi; melainkan ia resepi syari'e. Agar menjadi panduan sejati; buat sukarelawan yang setia berbakti. Moga mereka bersatu hati; bersama-sama menangani apa yang dihajati. Itulah dia rencana yang dimakbul Ilahi; setelah usaha gigih digandai.

 

Port Dickson: Masalah gejala sosial yang amat mencemaskan umat Islam di Malaysia kebelakangan ini telah mendapat perhatian umum. Ia bukan perkara di luar kesedaran dan pandangan mata melainkan kerap diteliti dan diperkata. Pelbagai cara dan manhaj digunapakai. Bermacam jenama agensi serta institusi sama ada berselendang kerajaan atau sebaliknya telah tampil ke hadapan dan gigih berusaha dalam merawat permasalahan ini. Kehadiran mereka semua merupakan satu rahmat Ilahi. Demi terus melincahkan gerak geri agensi dan institusi tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menghasilkan Manual Sukarelawan Islam Menangani Gejala Sosial agar dapat dijadikan panduan.

Manual yang dibina dalam tempoh enam bulan ini merupakan kompilasi ilmu dan pengalaman beberapa orang pakar dan sukarelawan di Malaysia. Kemunculannya dirasakan mampu mengisi lowongan kepada sukarelawan Islam bagi berhadapan dengan isu  gejala sosial yang semakin memuncak di persada Negara. Oleh yang demikian sebelum Manual ini dilancarkan satu bengkel simulasi telah diadakan di Port Dickson pada 10 hingga 12 Oktober 2011.

Bengkel selama tiga hari tersebut, telah mengumpulkan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) Muslim serta pegawai-pegawai agama. Ia telah diisi dengan pembentangan tajuk-tajuk Modul yang disampaikan oleh Dr. Lukman Zawawi (UKM), Dr Samsuddin Monir (YADIM), Encik Kamaruddin Bin Kassim (PUM), dan Encik Mohd Salleh Ariff (JAKIM). Pada setiap sesi pembentangan ia akan diperhalusi dan dinilai bagi memastikan Modul tersebut benar-benar berkesan apabila ia dilancarkan nanti.

Menurut Dr. Abdul Ghaffar Bin Surip, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti, JAKIM dalam ucapan perasmiannya mengharapkan agar melalui Bengkel yang diadakan ini mampu menelitikan lagi produk yang bakal dipasarkan oleh JAKIM. Ia akan memberi manfaat dan memberi kesan positif yang memberangsangkan dalam meningkatkan kesedaran serta keberkesanan kerja sukarelawan Islam.

Beliau juga turut mengharapkan agar dengan hadirnya manual ini nanti, ia juga akan mampu menyatukan gerombolan sukarelawan Muslim di bawah satu payung walaupun berbeza nama dan kumpulan sasar. Ini akan mampu memantapkan gerak kerja sukarelawan dan peluang meminimumkan permasalahan sosial yang semakin meruncing akan lebih cerah.

jakim image
Dr. Abdul Ghaffar membuka tirai Bengkel Simulasi Manual Sukarelawan Islam: Menangani Gejala Sosial
jakim image
"Bengkel ini perlu dilaksanakan dengan teliti dan cermat agar ia memberikan hasil yang bermanfaat"
jakim image
Barisan pembentang Bengkel Simulasi Manual Sukarelawan Islam: Menangani Gejala Sosial. (Gambar dari kiri Dr. Samsudin, Encik Salleh Ariff, Encik Kamarudin Kassim dan Dr. Lukman Zawawi) 
jakim image
Peserta bengkel berinteraksi dengan seorang remaja dalam sesi temu seru dengan kelompok 'kritikal'
jakim image
Lagi gambar para peserta dalam sesi temuseru... mendengar luahan remaja yang penuh dengan emosi dalam liku-liku kehidupannya
jakim image
Dr. Abdul Ghaffar menyampaikan sijil penyertaan dan cenderamata kepada para peserta
jakim image
Para peserta bergambar kenang-kenangan bersama Dr. Abdul Ghaffar dan urusetia Bengkel

SAINS AKUI SOLAT BERJAMAAH BAIK UNTUK KESIHATAN




Solat berjemaah yang lebih afdal berbanding solat sendirian turut diakui kelebihannya menerusi kajian dalam bidang sains.



FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan apabila engkau berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu), lalu engkau hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, maka hendaklah segolongan daripada mereka berdiri (solat) bersamamu dan menyandang senjata, kemudian apabila mereka (yang solat beserta denganmu) sujud maka hendaklah mereka berpindah dari belakangmu (untuk menghadap musuh). (an-Nisa': 102) 


SOLAT berjemaah sangat dituntut dalam Islam sehinggakan ia diperintahkan walaupun berada di medan pertempuran untuk berperang. Ini sebagaimana firman Allah SWT menerusi ayat di atas yang turunkan kepada Rasulullah semasa baginda ingin menghadapi peperangan dengan orang kafir.

Mungkin ramai yang masih meragui mengapa perlunya melaksanakan solat berjemaah sedangkan ia boleh dilakukan secara bersendiri di rumah atau di lokasi kita berada tanpa bersusah payah ke masjid ataupun surau. Namun salah faham terhadap kemestian solat jemaah di surau dan masjid ini juga sebenarnya telah merumitkan untuk melaksanakan tuntutan tersebut sedangkan ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja walaupun hanya dua orang. 


Mengerjakan solat secara berjemaah seminggu sekali pada solat Jumaat atau solat sunat raya dianggap telah mencukupi oleh sesetengah umat Islam asakan tidak meninggalkan kewajipan dalam rukun Islam kelima itu sendiri di rumah. Solat berjemaah sering diambil mudah dan semakin kurang mendapat sambutan. Antara sebabnya, kurangnya kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap kelebihan dan manfaat yang bakal diperoleh daripada menunaikan tuntutan Allah tersebut. Kelebihan solat berjemaah disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabda baginda yang bermaksud: Solat berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan kelebihan 27 darjat. (riwayat al-Bukhari).

Sabda Rasulullah dalam ayat di atas menunjukkan betapa Allah melipat kali gandakan ganjaran kepada hambanya yang menunaikan solat berjemaah berbanding solat secara bersendirian walaupun ia tiada perbezaan dari segi perbuatan fizikal dan bacaan ketika solat. Malah kelebihan serta manfaat solat berjemaah terbukti dari segi saintifik dan diakui oleh pakar sains fizik di sebuah universiti di Amerika Syarikat, Prof. John Herbert selepas membuat kajian mengenai tujuan dan kelebihan solat berjemaah.

Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Abdul Ghaffar Surip berkata, hasil kajian John Herbert mendapati sentuhan antara bahu jemaah ketika solat mampu menyeimbangkan cas elektrik positif dan negatif yang terdapat dalam tubuh manusia menjadikan tubuh lebih segar dan bertenaga.

"Tubuh manusia terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Setiap aktiviti harian kita tidak kira bekerja, beribadat atau berehat banyak menggunakan tenaga yang menyebabkan berlakunya pertukaran cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidakseimbangan cas tersebut di dalam tubuh.

"Ini menyebabkan tubuh berasa letih dan tidak bermaya. Oleh itu, cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita iaitu dengan cara menunaikan solat berjemaah yang merangsang proses pertukaran cas elektrik dalam tubuh kita tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mega pada majlis penyampaian Sijil Tinggi Pengajian Sains Dakwah di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor, baru-baru ini. Seramai 27 peserta terdiri daripada Saudara Muslim mengikuti kursus tersebut yang dijalankan dua minggu sekali selama tiga bulan.

Majlis penutup disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Razali Shahabudin yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Dr. Abdul Ghaffar berkata, tubuh manusia mengeluarkan cas yang berlebihan dan cas itu akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan jemaah di sebelah kanan dan kiri. Begitu juga proses yang sama berlaku kepada setiap jemaah. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.

Mengikut hasil kajian tersebut, proses pertukaran cas ini sangat diperlukan dalam kehidupan harian sebagaimana keperluan tidur pada setiap hari dengan sama. Menurutnya, bilangan rakaat yang berlainan dalam setiap waktu solat adalah bertepatan dengan keperluan pertukaran cas elektrik positif dan negatif tersebut. Solat subuh hanya dua rakaat kerana ia hanya memerlukan sedikit pertukaran cas dalam tubuh. Berlainan pula dengan solat Zuhur dan Asar yang memerlukan pertukaran cas yang banyak untuk menyeimbangkan cas dan mengembalikan tenaga dan kecergasan tubuh.

"Selepas waktu Asar pula, pada kebiasaannya kita hanya beriadah atau melakukan aktiviti ringan yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga di samping perbezaan masa yang diperuntukan tidak terlalu ketara.
"Oleh itu, solat berjemaah waktu Maghrib hanya sebanyak tiga rakaat mencukupi untuk menyeimbangkan cas dalam tubuh," katanya.

Walaubagaimanapun, mungkin sesetengah daripada kita keliru mengenai bilangan solat Isyak yang banyak sedangkan ia tidak jauh berbeza dengan waktu solat Maghrib. Dr. Ghaffar berkata, menurut kajian itu, pertukaran cas yang banyak perlu bagi menyediakan cas elektrik dalam tubuh yang benar-benar seimbang dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk bangun pada sepertiga malam bagi menunaikan solat sunat seperti yang dituntut dalam Islam.

"Hasil kajian saintifik tersebut menunjukkan kepada kita betapa indah dan sempurnanya amalan agama Islam sehingga setiap kewajipan yang diperintahkan kepada kita mempunyai kelebihan dan manfaat tersendiri," katanya. Hasil kajian John Herbert itu membuka pintu hatinya dan mendapat hidayah Allah untuk memeluk agama Islam kerana tiada amalan agama lain yang selengkap dan sempurna sebagaimana ajaran Islam.

Sumber: Utusan Malaysia

Dakwah Perlu Transformasi




Penyampaian dakwah yang seiring dengan perkembangan teknologi semasa menjamin keberkesanan dalam berdakwah. - Gambar hiasan
UMAT Islam dunia kini mencecah 2.1 bilion dan terus berkembang pantas daripada yang dianggarkan iaitu hanya 1.6 bilion pada 2011. Khabar gembira itu juga menunjukkan penganut ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu merupakan kumpulan terbesar menandingi bilangan penganut agama lain diseluruh dunia.

Ia berikutan kejayaan serta semangat perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islam yang tidak pernah berhenti sehingga nafas terakhir walaupun baginda sering menerima pelbagai tohmahan, cacian dan perlakuan buruk.

Bahkan, segala cabaran dan tentangan yang diterima Rasulullah SAW disambut dengan hati terbuka dan sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk menjalankan kewajipan sebagai utusan Allah.

Malah Nabi sentiasa berusaha dan memikirkan cara untuk mengajak kaum Quraisy dan orang Arab agar menerima ajaran Islam dan meninggalkan kekufuran jahiliah.

Perkara inilah yang ditekankan oleh Ketua penolong Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dr. Abdul Ghaffar Surip dalam ceramahnya bertajuk Transformasi dakwah dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) baru-baru ini.

Menurutnya, pendakwah perlu teliti dan mengkaji segala faktor kekuatan dan cabaran umat Islam serta keadaan Islam semasa bagi mencapai kejayaan dalam berdakwah.

Beliau berkata, penyebaran fahaman liberal dalam kalangan masyarakat serta kurangnya pendakwah terlatih yang mampu menguasai kaedah terbaik semasa berdakwah merupakan cabaran semasa yang berlaku di negara ini.

"Antara cabaran lain yang berlaku kepada Islam adalah berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri sehingga menjejaskan imej agama Islam hanya disebabkan perbezaan ideologi dan fahaman masing-masing," katanya.

Oleh itu, beliau menasihatkan para pendakwah supaya melakukan kajian terhadap golongan sasar sebelum menjalankan usaha dakwah di samping melakukan transformasi dalam berdakwah.

"Antara transformasi yang boleh dilakukan adalah memfokuskan dakwah kepada golongan berpengaruh atau berbangsa India dan Cina. Kejayaan menyebarkan dakwah kepada golongan berpengaruh akan dapat menarik pengikut bawahan individu tersebut untuk mengikuti Islam.

"Manakala pentingnya pendakwah dalam kalangan India dan Cina adalah kerana mereka lebih memahami bahasa, budaya dan adat mereka sendiri agar mudah menjelaskan kepada masyarakat bangsa mereka sendiri," kata Dr. Abdul Ghaffar.

Menurutnya, pendakwah juga perlu mengambil peluang menggunakan teknologi terkini dalam menyampaikan dakwah kerana generasi baru masa kini lebih gemar melayari internet.

"Dakwah juga boleh disebarkan melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter, Blog atau sebagainya dengan penyampaian yang lebih interaktif dan menarik," katanya.

Sementara itu, menurut pegawai Dakwah dan Kebajikan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Amran Abdullah, pendakwah boleh mendatangkan tanggapan negatif terhadap Islam bahkan seluruh pengikutnya sekiranya menjalankan dakwah tanpa mengikut peredaran arus semasa.

"Pendakwah merupakan ikon Islam yang akan mencerminkan Islam kepada masyarakat. Orang bukan Islam akan mempertikai atau mempersenda Islam dengan perkataan buruk seperti Islam itu kolot, ketinggalan zaman, menyusahkan atau sebagainya sekiranya pendekatan yang dibawa oleh pendakwah itu tidak bertepatan dengan peredaran zaman.

"Oleh itu, pendakwah perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar tidak terlepas mengambil peluang mengaplikasikan semua jenis kemajuan teknologi yang ditawarkan dalam berdakwah," katanya.

Beliau berkata, antara perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh pendakwah adalah dari aspek penampilan diri dan pemakaian. Ini kerana masyarakat akan berasa kagum dan tidak berasa curiga untuk mengikuti ajaran yang dibawa pendakwah.

"Dakwah yang berkesan juga perlulah disertai dengan pendekatan yang harmoni dan hikmah. Sebagaimana firman Allah: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan memberi peringatan yang baik dan berhujahlah dengan mereka melalui kata-kata yang baik. (al-Nahl: 125)," katanya.

Tambahnya, menegaskan semua pihak juga perlu turut membantu dan mengambil bahagian dalam menyebarkan dakwah kepada masyarakat mengikut kemampuan dan medium masing-masing sekurang-kurangnya kepada kenalan.

sumber : Utusan Malaysia Online

Ahli Agamawan Di perangkap Kumpulan Liberal



Kumpulan Liberal akan terus melebarkan pengaruhnya di Malaysia. Mereka akan mencari tapak dan saluran bagi mengembangkan idea dan aliran pemikirannya. Antara pendekatan yang digunakan ialah mereka akan menubuhkan NGO-NGO baru atau menjalankan kerjasama dengan NGO atau individu tertentu. Mereka juga mempunyai ahli-ahli yang akan bergerak aktif dalam bidang perfileman, politik dan kewartawanan.Mereka melakukannya dengan penuh perancangan, berhati-hati dan berstrategik. Pendekatan yang dilakukan oleh kumpulan Liberal menyebabkan pengaruh mereka telah cepat berkembang dan mula di terima oleh banyak pihak. Kesannya, banyak timbul kekeliruan di sana sini apabila timbul isu berkaitan dengan agama dan Islam. Keadaan bertambah rumit apabila kemunculan beberapa individu tertentu dikalangan mereka yang bergelar golongan agamawan kelihatannya telah turut menyumbangkan dan menyuburkan aliran Liberal di Malaysia.Beberapa contoh, pemikiran Ahli agamawan di Malaysia yang menyuburkan aliran Liberal di Malaysia ialah antaranya yang sering diutarakan oleh Dr Asri Zainal Abidin seorang pensyarah USM iaitu:

     Memburukkan Institusi Mufti

  “ Saya Berhenti Menjadi Mufti Bukan Saya Serik. Jadi Mufti Apa Nak Serik. Boleh Duduk Diam-diam Dan Enjoy Dgn Jawatan. Jgn Banyak Cakap Atau Bangkang. Boleh Pergi Mesyuarat Hotel Sana Dan Hotel Sini. Lawatan Sana, Lawatan Sini. Masuk Ketempat Mahal-mahal. Ada Kereta Rasmi, Terbang Sana, Terbang Sini Dan Cukup Bulan Ambil Gaji. Diam Dan Jangan Peduli Sangat Apa Yg Sedang Berlaku, Maka Jawatan Itu Satu Nikmat Yg ‘Sukar Hendak Dilepaskan-rujukkan: Majalan Al-islam April 2009, Hal:28-29).

  Menentang Tangkapan Kes-Kes Aduan Khalwat

    state religious authorities must stop spying, snooping and practice of looking for couples to be charged with khalwat. This practices were against the Islamic principles of privacy and denoted the act of trespassing ( The News Straits Times 15 Disember 2007)

  Menyuruh Org Islam menjawab SALAM bukan Islam
  
     Apabila saya menyebut bahawa hendaklah kita menjawab salam bukan Islam yang tidak memerangi Islam, ada kelompok ekstrimis yang membantah mati-matian. Alasan mereka senang sahaja: “kami tidak pernah dengarpun ada tok guru pondok kami ajar demikian.( Mingguan Malaysia 1 Ogos 2007).

  Memperlekeh Agensi-Agensi Islam
    
    Sering Mengecam Dan Memperlekeh Agensi-agensi Islam Yg Dituduh Sbg Lembab dan tidak tahu buat kerja  (Mingguan Malaysia 17 Jun 2007& Majalah Milinea Januari 2007 Bil 53, Hal: 18). Contoh:mengecam Program Kursus Pra Perkahwinan Dipenuhi Unsur-unsur Lucah  (Utusan Malaysia 10 Ogos 2007).

  Menyokong pengunaan nama Allah bagi orang Kristian.

   ‘Hendaklah kita jelas bahawa yg membezakan Islam dan selainnya bukanlah pada sebutan atau rebutan nama Allah. Sebaliknya pada unsur ketelusan tauhid dan penafian segala unsur syirik. Soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyujur kerana pengakuan kita ( Mingguan Malaysia, Merebut nama Allah dan mempertahankan Aqidah, 27/4/08).



Kesan dari beberapa kenyataan Dr Asri ini menyebabkan golongan Liberal di Malaysia mendapat kekuatan dan semangat baru dalam perjuangan mereka. Mereka merasakan mereka bukan bersendirian di dalam memperjuangakan aliran dan pemikirannya. Mereka juga sebenarnya mendapat sokongan dari golongan agamawan muda yang dianggap sealiranya dengannya. 
Pendekatan Dr Asri amat merbahaya kerana dia telah menyebabkan aliran Liberal di Malaysia berkembang subur.Akhirnya Dr Asri ditangkap oleh JAIS (Gambar Di Mahkamah Syariah Gombak:Dr Asri mendapat sokongan padu kumpulan Liberal antaranya Marina Mahathir dan lainnya)
Beberapa individu agamawan di Malaysia yang sering dipuji oleh aliran Liberal di Malaysia. Gambar: Dr Juanda, Datuk Ismail bekas Mufti Terengganu dan Dr Asri Zainal Abidin

Pendekatan dakwah Dr Asri dan rakan-rakanya memberi kesan kepada gerakan dakwah di Malaysia antaranya gerakan dakwah telah kelihatan berpecah dan lambat berkembang, usaha menangani kumpulan liberal semakin sukar, kumpulan liberal semakin kuat dan berpengaruh kerana telah wujud kekeliruan di kalangan umat Islam dan lainnya.