Thursday 20 April 2017

Bekas Menteri menang pemilihan gabenor Jakarta


Post Pic

JAKARTA: Bekas Menteri Pendidikan Indonesia menang pilihan raya gabenor Jakarta selepas menguasai kempen hingga membayangi reputasi Indonesia untuk mengamalkan Islam yang lebih bertoleransi.

Anies Baswedan menang dengan 58 peratus undi berbanding Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok yang hanya mendapat 42 peratus daripada 100 peratus undian dalam kiraan pantas tidak rasmi oleh Indikator Politik.

Peninjau pendapat lain turut menunjukkan keputusan yang sama selepas 99 peratus undi dikira.

Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan bakal mengumumkan keputusan pada awal Mei.

Marjin besar kemenangan Baswedan itu agak mengejutkan sejak tinjauan pendapat menjelang pilihan raya yang menunjukkan situasi 'panas'.

Ahok memenangi undian pusingan pertama pada Februari dalam pertandingan tiga penjuru

No comments:

Post a Comment