Wednesday 22 March 2017

Serangan Pemikiran



Analisis Isu


1) Serangan pemikiran semakin tajam. Takkan kita nak lawan dengan report polis atau kecam-mengecam di alam maya je?

Serangan pemikiran dilakukan oleh media-media yang dikuasai mereka, atas nama kebebasan bersuara. Mereka menyelit fikrah mereka dicelah-celah berita yang benar dan juga cerita-cerita yang direka atau dimanipulasi dari berita sebenar.


2) Sasaran yang mereka akan dapat dengan mudah adalah para pentaksub media tersebut. Kemudian audiens yang gagal untuk mendapat penjelasan (tabayyun) dan berita yang sebenar. Kemudian golongan yang mencari idea untuk menghentam kita. Seterunya, masyarakat marhaen yang hari-hari diasak dengan fikrah mereka ini.

3) Setelah serangan pemikiran menjadi sesuatu yang normal dan kebiasaan, mereka ini muncul depan khalayak satu persatu. Daripada aktivis alam sekitar, peguam, penulis, dan seterusnya akan berusaha menjadi populis dan mempopularkan idea serta menajamkan serangan pemikiran mereka. Hatta hari ini mereka tidak ada selindung lagi menyerang institusi mufti dengan berita-berita manipulasi dan menipulasi.

4) Mereka bukan sahaja menyerang mufti, malah turut menyerang agamawan dan guru-guru agama tak kira warna dan latar yang dilihat menghalang kemaraan mereka. Dan agamawan dan Islamis yang paling ramai tentunya dalam PAS. Menyerang PAS dan merobek-robek kepercayaan umum kepada PAS menjadi batu loncatan untuk memburukkan agamawan. Mereka tidak gentar lagi untuk melawan PAS, kerana mereka menumpang sekaki dengan musuh-musuh politik PAS yang bakal membela mereka jika PAS menyerang balas.

5) Ops, bukan PAS sahaja. Termasuk Umno.PKR, PAN dan mana-mana parti yang cuba mempertahankan fikrah Islam, mereka akan serang. Cuma setakat ini, mereka lebih menyerang idea PAS. Malangnya PAS kurang serius menghadapi kumpulan ini. Jika ada pun hanyalah inisiatif individu. PAS lebih fokus kepada politik, yakni mendepani parti-parti politik yang tidak sehaluan. Maaf jika saya kekurangan maklumat tersembunyi PAS.

6) Jika anda membaca berita-berita yang suspicious dengan agenda serangan pemikiran dan serangan terhadap institusi agama, anda catatlah nama penulisnya. Next time, anda lihat artikel yang berbaur serupa itu adalah daripada penulis yang sama.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa

No comments:

Post a Comment