Ustaz Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari, yang merupakan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) mendakwa bahawa ianya merupakan satu episod hitam buat Majlis Peguam apabila memilih individu yang penuh dengan kontroversi ke dalam kepemimpinan badan itu dan akan menjadikan perjuangan badan itu semakin tidak relevan.
Pemilihan Siti Kasim atau nama asalnya Siti Zabedah Kasim pastinya mengundang rasa kurang senang umat Islam dan ia bakal melebarkan lagi permusuhan umat Islam dengan individu kontroversi itu yang akhirnya turut mengheret Majlis Peguam bersama. “Apa yang lebih membimbangkan lagi ia akan mencetuskan perbuatan ‘kegeraman melampau’ terhadap Siti Kasim yang akhirnya membawa kepada tindakan ekstremis agama”.
Majlis Peguam juga digesa supaya ‘mengawal’ Siti Kasim supaya tidak menggunakan platform badan itu untuk terus menentang arus dan mencabar sistem perundangan di negara ini khususnya usaha untuk memartabatkan sistem perundangan Islam.
Read more at: https://www.menara.my/perlantikan-siti-kassim-majlis-peguam-dibidas-aswaja/
Read more at: https://www.menara.my/perlantikan-siti-kassim-majlis-peguam-dibidas-aswaja/
No comments:
Post a Comment