Saturday 4 March 2017

Geng Ustaz tegur sikap Datuk Mufti Perlis


PIMPINAN
PERTUBUHAN Pendokong dan Pencinta Ulamak (GENG USTAZ) dengan ini terkejut dengan sikap dan kenyataan SS Mufti Perlis Datuk Dr Mohammad Asri Zainal Abidin yang mencabar untuk berdebat dengan Tuan Guru  Dato' Seri Abd Hadi Awang Presiden PAS dalam isu Akta 355.
Akta 355 yang dikemukakan cadangan melalui usul pindaan RUU355 adalah jelas bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah yang sedia ada dalam negara ini telah juga dipraktikkan sejak tahun 1965 lagi.


Usul pindaan RUU355 ini menjadi polemik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan apabila ditentang hebat oleh pihak tertentu samada jahil atau sengaja buat-buat jahil atau anti Islam.
Seharusnya perihal Akta 355 ini disokong oleh pihak autoriti Agama Islam dalam negara ini seperti Mufti. Malangnya SS Datuk Mufti Perlis membuka ruang perdebatan dan mengajak masyarakat  untuk terlibat isu pindaan ini tanpa ada sandaran pengetahuan dan juga hujah.
Method muzakarah dan perbincangan sihat bersifat ilmiah seharusnya menjadi ruang mendapat pencerahan dan bukannya perdebatan untuk mempertahankan hujah SS Datuk Mufti yang mampu menggagalkan usaha baik dan murni ini.
Kritikan SS Datuk Mufti Perlis secara terbuka terhadap usul pindaan Akta 355 ini diambil peluang dan batu loncatan oleh pihak tertentu mengapi-apikan isu ini dan hak umat Islam itu sendiri.
GENG USTAZ ingin menyatakan bahawa kami amat tidak bersetuju dengan cara SS Datuk Mufti Perlis dalam menangani isu polemik usul pindaan Akta 355 ini dan menyeru pihak SS Datuk Mufti Perlis agar memperlihatkan adab terhadap Presiden PAS dan jangan mendabik dada dengan kelebihan status sebagai seorang Mufti untuk bercakap apa sahaja.
Kami berharap SS Datuk Mufti Perlis bertindak dengan wajar menurut lunas akhlak seorang ilmuwan.
Hadits Abu Umamah ra, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda:
مَا ضَلَّ قَوْمٌ بَعْدَ هُدًى كَانُوْا عَلَيْهِ إِلاَّ أُوْتُوْا الْجَدَلَ
“Tidaklah sebuah kaum menjadi sesat setelah mereka dulunya berada di atas hidayah kecuali yang suka berdebat." (Sunan At-Tirmidzy dan Ibnu Majah)
USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM 
Timbalan Presiden
Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak – HARAKAHDAILY 4/3/2017

No comments:

Post a Comment