SELEPAS rehat tengah hari semalam, giliran YB Gelang Patah, Lim Kit Siang membahaskan Titah Diraja 2017.
Di penghujung ucapannya, sempat lagi Lim Kit Siang membangkitkan isu RUU 355.
DAP mengaku mereka perjuang untuk semua tidak kira kaum dan agama. Mereka mahu perjuangkan identiti Malaysia, bukannya atas nama bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan.
Apa yang kita lihat DAP lebih sibuk menyerang hak orang Melayu-Islam dan lebih mengutamakan hak orang bukan Melayu.
Lim Kit Siang mempertahankan bahawa DAP tidak anti-Islam apabila mereka menentang usul RUU 355. Dia menyeru semua orang "grow-up" agar menjadi rakyat Malaysia yang sebenar. Nasihat ini turut dia tujukan kepada Tuan Guru Presiden PAS.
Sebaiknya, Lim Kit Siang membeli cermin dan melihat dirinya sendiri terlebih dahulu. Kononnya mereka perjuangkan Malaysia yang sebenar, hakikatnya DAP begitu keras dan tegas dalam menentang kedudukan Islam yang merupakan agama rasmi persekutuan Malaysia.
Ahli Parlimen DAP begitu lantang mendesak hak orang Islam untuk bebas keluar masuk agama Islam.
Semasa PAS memerintah di Kelantan, Terengganu, dan Kedah adakah rakyat bukan Islam ditindas dan dizalimi oleh PAS.?
Semasa PAS memerintah di Kelantan, Terengganu, dan Kedah adakah rakyat bukan Islam ditindas dan dizalimi oleh PAS.?
Lewat petang tadi, Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching pula mempertikai dan memperlekeh para guru agama Islam dari Semenanjung yang datang berkhidmat di Sarawak.
Dia mendesak agar dihentikan kemasukan guru agama Islam dari Semenanjung kerana dikatakan mereka akan meracuni pemikiran murid dengan fahaman ekstrem.
Sungguh, perbuatan ini begitu melampau..!
Para guru itu datang berkorban menabur bakti, berjauhan dengan keluarga demi melaksanakan tugas, DAP dengan semudahnya menuduh para Ustaz dan Ustazah ini jahat.
Entah selepas ini apa lagi yang DAP mahu pertikai.?
Kedudukan Mahkamah Syariah yang hanya melibatkan orang Islam sahaja pun mereka mahu pertikai.
Amat malang sekali bagi mereka yang masih bersekongkol apatah lagi menjadi khadam pembela DAP.
Demi merebut kuasa, prinsip agama digadaikan. – HARAKAHDAILY 16/3/2017
No comments:
Post a Comment