Lohan, 30, mendakwa pegawai di lapangan terbang tersebut menahannya hanya kerana satu sebab sahaja iaitu memakai tudung.
“Baru-baru ini saya ke kota New York dan memakai tudung, namun begitu saya telah ditahan di lapangan terbang dan ‘diprofil secara perkauman’, ini merupakan pengalaman pertama saya berhadapan situasi ini.
“Apabila pegawai tersebut membuka pasport dan melihat nama saya, dia kemudiannya meminta maaf tetapi meminta agar menanggalkan tudung saya,” katanya dalam rancangan Good Morning Britain.
Lohan yang juga seorang penyanyi mengatakan pengalaman tersebut menakutkannya dan terfikir bagaimana dengan wanita muslim yang turut dipaksa menanggalkan tudung mereka.
“Pengalaman ini menarik namun menakutkan dan pelik. Saya berasal dari New York namun ia membuatkan saya berasa gentar,” katanya lagi.
Bintang tersebut dipercayai pulang dari Turki di mana beliau sempat bertemu dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan.Lohan mendakwa tindakannya memakai tudung semasa berada di negara tersebut untuk menghormati masyarakat di sana.
Perubahan bintang tersebut menjadi perbualan orang ramai setelah memegang al-Quran serta meletakkan ayat ‘Alaikum salam’ di laman sosial Instagramnya.
No comments:
Post a Comment