GEORGE TOWN - Tidak sampai 24 jam kisah patung beruang biadap ‘hina' Rasulullah SAW dicetuskan netizen khasnya di Pulau Pinang sehingga menjadi viral, ia tiba-tiba ghaib pada lewat Rabu.
Paling misteri, kehilangan patung haiwan liar kontroversi yang berwarna emas itu hanya disedari ketika sekumpulan pemberita menyerbu ke lokasi pameran patung tersebut di Padang Kota Lama di sini. Patung tersebut berjaya dialihkan sebelum kedatangan wartawan untuk menyaksikan sendiri ukiran binaan haiwan berkenaan.
Walaupun patung beruang berkenaan sudah dipindahkan, namun gambar tulisan memaparkan hadis masyhur Nabi Muhammad SAW yang diukir pada bahagian punggung haiwan itu sudah tersebar luas selepas dikongsi ribuan pengguna media sosial menerusi akaun Facebook.
No comments:
Post a Comment