Friday 2 September 2016

Israel anjur pesta arak di tanah perkuburan bersejarah Islam


RAMALLAH, Khamis – Israel telah meluluskan rancangan untuk mengadakan festival arak di tanah perkuburan Islam Baitumuqaddis yang diadakan sejak semalam sehingga hari ini. Tanah perkuburan Islam Maamanallah itu adalah makam perkuburan bersejarah di Jerusalem, namun ia telah ditukar sebagai sebuah taman oleh Israel.


Aktivis Palestin, Mazen Abu Qalbain berkata, festival yang dianjurkan oleh Israel itu adalah bertujuan untuk memalukan dan menghina budaya orang Islam.

“Festival ini benar-benar mencetuskan provokasi ganas terhadap orang Islam.
“Bagaimana orang Islam boleh menerima golongan Yahudi menggunakan tanah perkuburan Islam untuk mereka berpesta, menari dan minum arak,” katanya.

Katanya, Jerusalem adalah kawasan yang luas, maka Israel boleh mengadakan festival itu di mana sahaja selain daripada tempat-tempat suci orang Islam.


“Namun, Israel sengaja memilih tanah perkuburan bersejarah Islam ini bertujuan untuk menghantar mesej yang jelas kepada umat Islam di seluruh dunia,” katanya.- Agens

No comments:

Post a Comment