Kewarasan awam juga menjadi terencat melihat tokoh tertinggi agama yang disegani, diakui kefaqihan dan menjadi rujukan ramai, tiba-tiba dibelasah secara terbuka. Apabila kredibiliti Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri semudahnya diperlekehkan, bagaimana pula maruah umat Islam yang bersandar padanya?
Cukup sudah Umno, MCA, MIC dan DAP yang selama ini sering menyebabkan Islam dan umatnya di negara ini dipandah rendah. Dr Mujahid dan partinya PAN jangan 'membuka gelanggang' kepada sikap berwewenangan yang menginjak-injak Islam serta institusinya.
Apakah mahu suara para agamawan menepati kehendak nafsu, untuk bersorak dan mendepa dada? Mahu mereka mengikut selera kamu? Bila diam dituduh bisu, bila bersuara didakwa salah guna kedudukan? Apakah permainan PAN cuba mainkan?
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menasihati agar Dr Mujahid supaya khatam dengan penuh penghayatan dan keterbukaan terhadap Bayan Linnas mengenai RUU355 yang ditulis Dr Zulkifli. Ia ternyata satu penjelasan berfakta, menyeluruh dan jujur serta paling penting, ilmiah.
Kami percaya, PAN yang selama ini menguar-uarkan penerimaan terhadap perbezaan pendapat, seharusnya lebih ke depan menyegarkan wacana dari pandangan dan hujah dinyatakan oleh Dr Zulkifli. Sekiranya ada, datangkanlah yang lebih berwibawa daripadanya. Jika tidak, akur dan mohonlah maaf secara harmoni.
USTAZ AHMAD BILAL RAHUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka – HARAKAHDAILY 7/9/2016
No comments:
Post a Comment