Thursday 21 February 2013

Sukarelawan Sosial Islam



Sukarelawan Sosial Islam


Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk  dunia akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mendendangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
” Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial Komuniti (KSK) telah mengadakan  Program Sukarelawan Sosial Islam Sempena Kempen Awas! Jerat Valentine’s Day  baru-baru ini. Seramai 350 orang sukarelawan dari pelbagai NGO dan kelab IPTA dan IPTS telah menjayakan Kempen ini.Program ini bertujuan untuk mendedahkan sukarelawan kepada aktiviti bersemuka dengan masyarakat dalam membina kesedaran gejala sosial. Para sukarelawan telah turun kelapangan mengedar pamplet kesedaran pengharaman meraikan Valentine’s Day seperti  kawasan Bukit Bintang, KLCC, Bangsar, Pudu,  KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Jalan Chowkit, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kampung Baru dan taman-taman sekitar Kuala Lumpur.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Antara Sukarelawan Yang Hadir
Perasmian Oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM
Yang Berbahgia Dato' Ketua Pengarah Ditemuramah Oleh Wartawan
Para Sukarelawan Memulakan Aktiviti Temuseru

No comments:

Post a Comment