1000 MAHASISWA HADIRI KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA IPT ASEAN 2013
Seramai 1000 orang mahasiswa IPT dalam dan luar negara hadir menyertai Konvensyen Pendakwah Muda IPT ASEAN 2013 yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Yayasan Taqwa, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia, Karangkraf dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Konvensyen telah berlangsung pada 3 Februari 2013 di Dewan Kuliah Pusat, Universiti Sains Islam Malaysia dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Ali Bin Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim mewakil YBhg Dato’ Haji Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jakim.
Turut hadir YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Asin Bin Dollah, Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia dan barisan pegawai kanan Jakim dan Usim.
Sebanyak 30 IPT dari dalam dan luar negara. Antaranya Universiti Negara ASEAN yang hadir ialah Universiti Brunei Darussalam (Brunei), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Brunei), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (Brunei), Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah (Indonesia), Universitas Islam Bandung (Indonesia) dan Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri (Singapura).
Pelbagai program telah disusun bagi mengisi slot pada hari tersebut. Antaranya pembentangan kertas kerja, Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam dan sesi bersama selebriti. Ramai tokoh akademik telah dijemput antaranya Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Ust Mohd Zaidi bin Ramly (JAWI), Haji Adnan Abd Hamid (Majlis Ugama Islam Singapura) dan En. Akmal Salim Ruhana (Kementerian Agama Indonesia).
Dengan tema “ Belia Islam Pemangkin Transformasi Ummah ” program ini turut dibarisi ikon remaja dan artis-artis terkenal tanah air seperti Ana Rafali, Sham Kamikaze, Imam Muda Hafiz dan Imam Muda Hizbur.
Bersempena dengan konvensyen ini telah dilancarkan Kempen Mahasiswa Menolak Hari valentine’ s Day oleh YBhg. Dato’ Haji Ali Bin Mohammed.
No comments:
Post a Comment