Friday 27 July 2012

RAMAI ARTIS TELAH MENYERTAI USRAH BELAJAR AGAMA ?


KOTA BHARU: Program usrah yang diadakan dikalangan artis bermula tahun lalu bertujuan untuk meningkatkan tahap keimanan dikalangan artis, khususnya yang telah berhijrah.
 Artis Hayati Hamzah atau Yatt Hamzah (gambar)ketika dihubungi sebuah akhbar internet memberitahu, walaupun mereka telah berhijrah khususnya artis wanita dengan menutup aurat, namun kelas-kelas agama dan usrah perlu dihadiri untuk mempertingkatkan ilmu dan iman masing-masing.
Ulasan


Sejak kebelakangan ini terdapat banyak berita yang melaporkan berkaitan para artis melakukan 'penghijrahan' utk beramal dgn agama secara lebih sempurna spt menutup aurat dan sebagainya. Selain berita artis Bob Lokman, Abby Abadi dan yang terbaru ialah Yat Hamzah berita 'penghijrahan' mereka untuk menghayati cara hidup Islam amat menarik perhatian ramai. 

Ada yang bersyukur dan gembira  apabila mendengar berita tersebut tapi tidak kurang  juga ada yang melihatnya secara sinis. Ada yang cuba mengaitkan inilah artis yang sentiasa mencari populariti dan glamour. Apapun, sebagai seorang Muslim kita perlu menyokong dan mendoakannya. Mudah-mudahan mereka akan beristiqamah dengan cara hidup Islam yang sedang dan akan dilaluinya. Sememangnya bukan mudah untuk meninggalkan dunia glamour dan penuh keseronokan duniawi. Pastinya mereka akan berhadapan dengan ranjau dan duri dalam mengharungi gaya hidup baru yang lebih Islamik. Paling tidak mereka akan berhadapan dengan godaan Syaitan yang sedaya upayanya cuba memalingkannya mereka supaya berbalik mengamalkan gaya hidup sebagaimana sebelumnya yang penuh glamour dan menyeronokan sebagai artis dan pelakun.


Berita artis terlibat dgn Usrah spt yang dilaporkan, adalah satu amat menakjubkan. Bukan apa kerana sesetengah daripada kitapun tidak memahami istilah 'Usrah'. Hanya mereka yang memahami istilah usrah dalam kontek P&P di dalam gerakan Islam sahaja akan memahami secara sebenar-benarnya apa yang akan dilalui oleh para artis ini. Apabila artis terlibat dengan usrah maknanya mereka benar-benar bersedia untuk berubah.  Pendidikan melalui usrah hanya boleh dihadiri oleh mereka yang betul-betul  kental semangat dan sanggup berkorban. 


Melalui usrahlah mereka akan di dedahkan ilmu-ilmu Islam secara inntensif yang berkemungkinan melibatkan hafalan ayat-ayat al-Qur'an.Calang-calang orang mereka akan cabut lari hanya setelah melalui sesi Ta'aruf dan beberapa sesi sahaja.Bukanlah niat saya hendak menakutkan sesiapa dengan istilah usrah ini. Saya antara orang yang pernah mengikuti usrah ketika belajar di kampus dahulu.Al Hamdulillah, kesan daripadanya sangat dirasai sehingga sekarang ini. Jiwa sentiasa bersemangat berkobar-kobar untuk berjuang dan berjihad.Paling tidak berjihad memerangi hawa nafsu sendiri.

Melibatkan artis baru berhijrah dengan aktiviti usrah satu yang amat dialu-alukan. Sememang itupun yang mesti dilakukan sebelum mendedahkan mereka ke dunia 'jihad' yang penuh mihnah dan ujian. Pada pendapat saya perkara ini amat penting kerana  artis yang baru berhijrah sememangnya perlukan bimbingan. Ini penting kerana tanpa bimbingan bagaimana mereka akan dapat memahami persoalan agama yang sebenar-benarnya dan seterusnya beramal dengannya. Tanpa ilmu agama manusia akan tergelincir dan tersesat dalam arus kehidupan. Bukan sahaja artis yg baru berhijrah, perkara ini juga akan berlaku kepada sesiapa sahaja yang mengabaikan aspek tarbiah dan pendidikan Islam.

Saya berpendapat biarlah para artis ini mengikuti sistem tarbiah yang tersusun. Maksud saya ada kurikulum yang kemas meliputi aspek-aspek asas dalam agama Islam di samping pendedahan lainnya. Pelajaran asas seperti al Qur'an, aqidah, fiqh perlu dititik beratkan disamping subjek lain spt Tasawwur Islam dan isu-isu semasa. Bukan hendak merendahkan ilmu agama yang mereka miliki tapi pengajaran yg dilakukan secara bersistem akan memudahkan mereka memahami Islam dan seterusnya beristiqamah dengan agama Islam itu sendiri.


Begitu juga janganlah sistem usrah yang dilalui itu menyebabkan mereka terasa terbeban atau tertekan. Didiklah mereka dengan kelembutan, berhikmah dan berpsikologi.Maklumlah mereka orang baru. Didiklah mereka sebagaimana Rasulullah mendidik para sahabatnya. Dalam kontek Islam mereka ibarat Mualaf (maaf kalau tidak sesuai). Mereka baru berminat dengan Islam. Jangan dibebankan kepada mereka dengan suatu yang mereka sendiri tidak mampu memikulnya. Risikonya amat berat ! Saya teringat kisah-kisah artis seperti Sahara Yacub. Apa kesudahannya ? Di mana beliau agaknya sekarang ini.

Begitu juga mereka perlu dibimbing oleh Ustaz yang betul-betul bersifat Murrabi. Pengaruh guru Murrabi ini amat penting untuk mereka kerana guru yang bersifat  Murrabi mampu mendidik bukan sahaja soal ilmu dan pegetahuan tetapi sekaligus mampu menanamkan benih-benih iman dan kerohanian. Dengan bekalan ilmu zahir dan batin ini sahajalah bagi saya memungkin para artis ini dapat menangkis godaan dari luar dan  dalam diri mereka sendiri. Apapun kita mesti mendoakan mereka semua supaya dapat beristiqamah dgn Din al Islam dan seterusnya menjadi aset berguna sebagai pendakwah kepada umat Islam amnya dan para peminat mereka khususnya.



No comments:

Post a Comment