Rakan artis bidas Abby
Abby AbadiRakan artis bidas Abby
Umie Aida

BUKAN sekali kenyataan dikeluarkan dramatis yang baru berhijrah, Abby Abadi mendatangkan rasa kurang senang rakan artis lain.Seperti dilaporkan sebuah portal, Abby mendakwa artis yang berhijrah sepertinya hanya akan mempunyai pekerjaan jika kerajaan sedia ada tidak lagi memerintah.Abby yang baru menjadi ahli Pas seumur hidup berkata, ruang mereka untuk berkarya menjadi sempit dan hanya parti itu yang boleh membawa perubahan. Bagaimanapun, kenyataan Abby mendapat reaksi pelakon popular, Datin Paduka Umie Aida yang menganggapnya cetek pemikiran.Malah, Umie turut menasihatkan Abby agar tidak menggunakan politik untuk berdakwah.Sebelum ini, Datuk AC Mical turut berkecil hati dengan Abby kerana dikatakan menghina pasukan polis.

Ulasan:
Begitulah antara ujian yang pasti akan dihadapi oleh mereka yang mahu melakukan usaha dakwah. Cacian, cemuhan, sindiran, maki hamun adalah satu yang lumrah dihadapi oleh para pendakwah.Cemuhan akan dilakukan samada dgn mengungkit-ungkit kisah silam, hal-hal kekeluargaan sehingga ha-hal berkaitan dalam kelambu.Hanya mereka yang betul-betul kuat sahaja mampu menghadapi ujian berkenaan.Dalam hal ini Abby Abadi sedang dan akan terus diuji dari masa ke semasa. Hanya kekuatan mental, fizikal dan spiritual mampu menjadi benteng teguh kepada Abby Abadi.
Sunnah Rasulullah S.A.W telah membuktikan perkara ini. Bagaimana dakwah Rasulullah S.A.W di peringkat awal kedatangan Islam. Rasulullah ditentang oleh ahli keluarga dan kaumnya sendiri. Pelbagai cemuhan dihamburkan kpd Rasulullah S.A.W termasuk ada yang mengataknnya Baginda gila.Bukan itu sahaja, Rasulullah pernah disakiti batang tubuhnya sehingga yang terakhir mereka merancang utk membunuhnya.Namun taqdir Allah menentukan segala-galanya. Dakwah Rasulullah S.A.W akhirnya menerima kemenangan.
Dalam kes artis berhijrah spt Abby Abadi  saya nasihatkan jangan terlampau rungsing dengan perkara yang berlaku. Anggaplah ia sekadar ujian yang pastinya ada hikmah tersendiri.Di sinilah letaknya kemanisan iman. Selagi mana Abby Abadi tahan dengan ujian yang ditimpakan maka beliau akan mendapat ganjaran pahala dari Allah S.W.T. Pahala percuma datang kerana makian dan umpat cela dari musuh-musuh. Tunjukan akhlak yang baik dan jangan membalas cacian dengan cacian. Berbalas dendam bukannya menyelesaikan masalah tapi akan lebih memburukkan keadaan di samping merendahkan martabat sendiri.Pendakwah mesti menunjukan akhlak yang tinggi nilainya.Di sinilah sebenarnya kekuatan yang ada pada Islam. Insyaa Allah kebatilan tetap akan tewas akhirnya.