Tuesday 4 April 2017

Kerja orang orang yang benci dengan Islam



Analisis Isu


Apa hendak dikatakan,itu memang kerja mereka. Memang kutuk mengutuk kerja orang orang yang benci dengan Islam.


Macam juga bapa saudara, anak saudaranya sendiri hendak dibunuhnya. Beberapa kali ditahan perangkap untuk membunuh Nabi SAW.Usah kita hari ini. Benci dengan Pas, usah kiralah.
Apabila kita cakap begitu ada pula yang kata memang orang  pas gemar dan pandai menghukum dan melabelkan itu dan ini.Ada juga yang kata kita ambil hak Allah.


Ada juga yang kata pas bukan islam. Jadi tidaklah salah kutuk pas dan kerajaanya dan boleh nak kata itu dan ini,malah ia tidak melanggar ajaran Islam.

Bermakna tidak berdosa kutuk kerajaan Pas Kelantan, kerana kerajaan itu bukan Islam. Yang salah, kutuk Islam.


Demikian pendapat orang orang yang benci dengan pas.sebab itu bukan sahaja yang datang ke negeri Kelantan tak segan silu mereka kutuk kerajaan habis habis.

Kalau DAP kutuk kerajaan Kelantan tak apa jugak, kerana DAP anti Islam dan Pas telah putuskan hubungan tiada kaitan lagi dengan DAP. Wajar dia kutuk kerajaan Kelantan, kerana pas sudah jadi musuh partinya.
Yang peliknya ada juga orang Pas bekas naib presiden yang tergamak berkata Pas gopoh hendak pinda RUU 355.Kita tidak hairan  DAP cakap macam itu, kerana memang dia anti Islam.

Lagi pelik, Datuk Mahfuz Omar pula yang tuduh pas gopoh gapah hendak pinda RUU 355. Bermakna tak sabar sabar hendak tengok undang undang Islam dipinda kearah lebih perkasa berbanding RUU 355 sebelum ini.
Sehubungan dengan itu tak semena mena Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Awang pula jadi mangsa dan diminta oleh Datuk Husam Musa letak jawatan, kerana salah bersikap gopoh dalam melayari bahtera yang sedang dilanda ombak  besar.

Presiden pas dianggap salah dan kena letak jawatan yang disandang sekarang. Itulah motif politik mereka yang benci dengan Islam macam juga musyrikin Mekah benci dengan Nabi SAW.
Oleh itu, jangan rasa bimbang dengan tindak tanduk orang orang yang benci dengan ulamak sekarang ini, kerana mereka duduk sekapal dengan DAP dan terpaksa ikut kafir dan mahu tidak mahu mesti jadi macam kafir tidak menyokong dan menentang RUU355 dibentang dan dipinda.

manakala RUU 355 Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) yang akan dibentang dan bercanggah dengan Islam mereka membisu pulak.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria meminta kerajaan menarik kembali pindaan terhadap Akta Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Akta 164) daripada dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menurutnya, cadangan pindaan Akta 164 itu dilihat bertentangan dengan Islam dan hukum syarak seperti yang diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ke-87 pada Jun 2009.
“Pada muzakarah itu memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan ibu atau bapa yang memeluk Islam, status agama anak-anak di bawah umur secara langsung adalah Islam dan ia diterima dalam negara.
“Pembentangan (Akta 164) ini seolah-olah memperlekeh dan menghina serta tidak menghormati fatwa. Diharapkan kerajaan menarik balik pindaan itu agar tidak menimbulkan kekeliruan.

“Saya nasihatkan kepada semua ahli kerajaan atau pemegang tampuk kuasa untuk menghormati perlembagaan, melaksanakan perlembagaan, menghormati agama serta menghormati perasaan rakyat beragama Islam dalam negara,” katanya pada sidang media di Pejabat Mufti Perak di sini, hari ini.
Terdahulu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pindaan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] wajar diteliti semula sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ini kerana menurutnya, akta ini melibatkan isu sensitif iaitu melibatkan status aqidah anak-anak.

“Pindaan ini akan merobek aqidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu masa dahulu yang kita sama-sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

No comments:

Post a Comment