Tuesday 25 April 2017
819 sekolah pondok, SMAR dan tahfiz terima bantuan
PUTRAJAYA: Sebanyak 819 sekolah pondok, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Institusi Tahfiz Berdaftar hari ini menerima bantuan peruntukan RM76.5 juta, bagi tujuan menambah baik dan menyenggara sekolah, selain penyelarasan bagi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN). Peruntukan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Seri Perdana di sini.
Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Dalam ucapannya, Perdana Menteri berharap bantuan berkenaan yang diumumkannya pada pembentangan Bajet 2017 yang lalu, dapat membantu memperkasa ketiga-tiga institusi berkenaan. “Selain itu, buat pertama kali, belum pernah dalam sejarah negara, kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk pembangunan tahfiz melalui DPTN.
“Saya lihat jika itu hasrat ibu bapa (menghantar anak ke sekolah tahfiz), maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menentukan bahawa ia bukan hanya pilihan ibu bapa tetapi juga pilihan melahirkan insan cemerlang. “Justeru saya memutuskan untuk meluluskan peruntukan itu dan ke arah DPTN yang kita gubal supaya pendidikan tahfiz lebih tersusun dan sistematik,” katanya.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, melalui pelaksanaan Indeks Syariah dan pengukurannya, Islam dapat dibangunkan di Malaysia secara istiqamah serta konsisten dalam lapan bidang yang ditetapkan.
Read more at: https://www.menara.my/819-sekolah-pondok-smar-dan-tahfiz-terima-bantuan/
No comments:
Post a Comment