Menurut beliau, “Ajaran Islam dan ceramah yang dilakukan Dr Zakir adalah bertentangan dari ajaran Al-Quran yang boleh mengakibatkan perpecahan antara kaum di negara ini”. “Sebab itulah kami menentangnya dan ini adalah perjuangan demi menyelamatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya dari termakan hasutan puak ekstremis,” katanya. Menyentuh mengenai batasan bersuara, Siti Kasim berkata, “Dr Zakir boleh bercakap tetapi tidak boleh memberi maklumat yang tidak tepat selain memberi ajaran yang salah dengan mengajak masyarakat umum untuk menjadi pengganas”.
Kata beliau, “Berapa ramai yang berminat untuk membuat semakan dan kajian mengenai apa yang Dr Zakir cakap? Sebenarnya apa yang dikatakan oleh Dr Zakir semuanya boleh dikatakan “Rubbish” (sampah). Saya hairan, apa yang orang melayu di Malaysia ini suka sangat pada Dr Zakir termasuklah Mufti Perlis Dr Maza? Dr Zakir Naik bukanlah seorang yang boleh dikategorikan sebagai ulama tetapi beliau cuma seorang doktor”. Kata Siti, “Sebagai mufti beliau (Dr Maza) sepatutnya tahu apa ajaran yang dibawa dalam setiap ceramah Dr Zakir dan berusaha menyekat elemen negatif tersebut dan bukan menyokongnya. Untuk pengetahuan umum, sehingga kini bukan sahaja di negara India tetapi banyak negara lain telahpun mengharamkan ceramah Dr Zakir termasuk negara-negara di benua Asia dan Eropah”. “Ini disebabkan kesemua negara-negara tersebut telah menyiasat latar belakang dan isi kandungan ceramahnya yang tidak membawa data-data yang betul serta menjurus ke arah keburukan sehingga mencetuskan keganasan pengikutnya,” katanya.
Buktinya jelas kata beliau, apabila semua negara-negara besar di rantau ini telah menyekat kemasukkan Dr Zakir ke dalam negara mereka namun cuma Malaysia sahaja belum berbuat demikian dan bertindak mahu memberi kerakyatan pula pada beliau. Menurutnya, “Apa yang lebih mengecewakan ialah Dr Zakir ini langsung tidak memberi sokongan terhadap golongan wanita termasuk hak asasi yang wanita perjuangkan. Saya hairan kalaulah Dr Zakir tidak membuat kesalahan takkanlah negaranya sendiri menahan dan mengecamnya menjadi penggalak kepada kewujudan lebih ramai pengganas. Jelas di sini bahawa,
Dr Zakir sememangnya bukan seorang ulama dan perlu diingatkan berkali-kali bahawa dia cuma seorang doktor yang mempunyai pengetahuan umum selain pandai berbicara dan kini menjadi ancaman kepada penduduk dunia,” katanya. Ditanya apakah selari dengan batasan beragama apabila beliau sendiri pernah mengecam ulama dengan menyifatkan bahawa ulama adalah golongan yang paling banyak masuk neraka, Siti Kasim menjelaskan bahawa dia bukanlah Tuhan untuk tentukan sesiapapun untuk masuk neraka atau syurga. “Bagaimanapun kita boleh merujuk sebaris ayat yang dinyatakan di dalam Al-Quran berhubung ulamalah yang banyak membawa ke jalan yang salah dan kesesatan,” katanya. Tambah beliau lagi, “Disebabkan itu pihaknya giat memperjuangkan agar seluruh masyarakat dapat menggunakan akal dan berfikir secara rasional bagi melihat hal ini”. “Kita jangan mengikut secara membuta tuli, tanpa berfikir secara logika terlebih dahulu baik dan buruk sesuatu perkara itu hatta datangnya dari seorang yang bergelar ustaz mahupun seorang yang menggelar diri mereka sebagai ulama,”katanya.
Beliau berkata, “Berbeza dengan kehendak Tuhan yang menyuruh kita(manusia) supaya menggunakan akal, tapi ulama bertegas mengatakan jangan gunakan akal apabila melibatkan agama. Tidakkah ini bertentangan dengan Al Quran itu sendiri?” “Jadi apa tujuan mereka (ulama) mengajar kita dengan perkara yang tidak betul seperti itu? Kita boleh menyelidiki samada betul ataupun tidak apa yang ulama katakan sebelum mengikut secara membuta tuli,” katanya. Menurutnya, “Ulama dan ustaz-ustaz yang ada di Malaysia ini jelas mengajar kita dengan cara yang tidak betul. Mereka menyekat kebebasan bersuara dan tidak dapat memimpin kita menjadi orang yang baik.”
“Bayangkanlah, apabila kita gunakan akal untuk menyelidik dan mendalami sesuatu perkara, para ulama ataupun ustaz-ustaz yang berkepentingan ini bertegas mengatakan tidak boleh,” katanya. Beliau berkata, “Jelas mereka ini hanya mempunyai kepentingan peribadi selain bertujuan mendapatkan dana dan peruntukkan dari kerajaan untuk kegunaan sendiri dan tidak lebih dari untuk dihormati oleh masyarakat sahaja”. “Saya berharap kerajaan mengambil tindakan sewajarnya apakah ajaran agama yang sebenarnya yang patut diajar di Malaysia ini. Adakah agama yang begitu kejam untuk kita tunjukkan kepada dunia seperti yang diajarkan oleh Dr Zakir?”.
Beliau berkata, “Perlu diingat disebabkan itulah persepsi negatif masyarakat dunia terhadap agama Islam semakin jelas tergambar sekaligus mengaibkan Islam itu sendiri. Maka disebabkan itu juga Islam dikatakan buruk, dilabelkan sebagai pengganas dan ekstremis. Salah siapa jika bukan kita sendiri yang meletakkan label untuk menggambarkan Islam itu sebegitu,” katanya. Beliau berkata, “Apa yang diajarkan dari Al Quran oleh ulama kepada orang melayu di Malaysia khususnya tidak menunjukkan Islam sebenarnya dan itu amat menyedihkan. Apabila kami cuba menggambarkan Islam itu indah, Islam itu mudah dan tidak gemar menghukum, orang melayu pula bertegas menentangnya”. Seperkara, menurut Siti Kasim, “Dr Zakir kini masih berada di Malaysia dan ketika ini sedang membawa begitu ramai pengikut-pengikutnya ke Malaysia termasuk ahli keluarganya dan kini menetap di Cyberjaya”.
Katanya, “Dr Zakir sedang bercadang untuk membeli sebuah kondominium mewah tetapi belum berjaya dan ketika ini sedang menyewa sebuah kondominium yang agak mahal dan telahpun membayar sewanya untuk tempoh satu tahun”. Beliau menambah, “Dr Zakir ialah lelaki yang merbahaya, jika dia tidak menarik ramai anak muda di Malaysia ke arah perkara yang negatif sudah tentu kita tidak mengganggu beliau. Namun berlaku sebaliknya, dia merupakan satu ancaman besar dan patut disedari oleh pemimpin dan rakyat”. “Bayangkan seorang mufti juga telah menjadi salah seorang pengikut beliau apatah lagi rakyat biasa,” katanya. Menurut beliau, “Pihaknya cuba lakukan apa yang terbaik untuk menyedarkan rakyat Malaysia dan memperjuangkan nasib masyarakat umum agar tidak termakan hasutan Dr Zakir dan pengikutnya”.
Bagaimanapun katanya, “Jika tidak berjaya sekalipun kami akan berpuashati kerana telah berusaha keras ke arah itu”. Kata beliau lagi, “Jangan nanti apabila negara ini sudah hancur dipenuhi dengan puak ekstremis dan pengganas yang sedang di susun oleh Dr Zakir serta masyarakat terpaksa hidup susah dan tertekan barulah rakyat akan mengenang jasa kami yang sedang memperjuangkan nasib mereka hari ini”. “Bukalah akal fikiran kita sedikit, jika ada orang katakan sesuatu selidiklah jangan terus mengecam dan membuat tohmahan,” katanya. Kata beliau, “Kerajaan dilihat masih memantau ajaran yang terkeluar dari landasan sebenar ini dan tidak pasti mengapa kerajaan tetap berdiam diri dari mengambil tindakan. Saya amat berharap kerajaan memberi sebab dan penjelasan adakah ajaran Dr Zakir ini merbahaya atau tidak untuk Negara ini,” katanya.
Read more at: https://www.menara.my/siti-kasim-ajaran-dr-zakir-naik-bertentangan-dengan-islam/
Read more at: https://www.menara.my/siti-kasim-ajaran-dr-zakir-naik-bertentangan-dengan-islam/
No comments:
Post a Comment