Saturday 25 March 2017

Pindaan Akta 164 Cabar Akidah Islam: PAS


Berita
 
 
BANGI, 26 Jamadil khir 1438H, Sabtu – Pindaan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] perlu diteliti semula sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

Mahu kerajaan menanganinya dengan lebih cermat, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hasan berkata, Akta 164 ini melibatkan isu sensitif khususnya berkaitan status akidah anak-anak.

Katanya, setiap umat Islam bertanggungjawab untuk mempertahankan akidah anak-anak kita.

“Jika Akta 154 ini dipinda, ia akan merobek akidah anak kecil dan memberi kemenangan kepada perjuangan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu masa dahulu yang kita sama-sama telah tolak dahulu secara keseluruhannya

“Tapi kini kenapa perjuangan IFC yang dibawa secara berasingan ini, kita mahu terima pula?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai proses Pindaan RUU ini yang akan mengambil tempat dalam perbahasan di Parlimen.

Terdahulu, pindaan ini akan dibaca kali kedua dalam sesi Dewan Rakyat kali ini.

Jelas beliau, akta ini telah menimbulkan krisis yang berpanjangan khusus melibatkan kes apabila salah seorang pasangan bukan Islam mengambil keputusan untuk memeluk Islam.

Justeru, Nasaruddin berkata, pindaan Akta 164 perlu melihat kepada kepentingan agama Islam, agama bagi persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan ia juga dilindungi dibawah bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agung (YDPA).

“Maka jaminan menganut dan mengamalkan agama di dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bukan hanya dinikmati golongan minoriti sahaja tetapi juga golongan majoriti.

“Namun kini dilihat seolah-olah semua yang ada pada golongan majoriti hendaklah dikompromi,” katanya.

No comments:

Post a Comment