Majikan berhak untuk mengharamkan kakitangan mereka dari mengenakan pakaian melambangkan simbol agama termasuk pemakaian hijab bagi pekerja Muslim.Demikian laporan terbaru yang diputuskan pada Selasa, 15 Mac oleh mahkamah undang-undang tertinggi Kesatuan Eropah.
Laporan tersebut dipetik melalui sumber agensi berita AFP dan Al-Jazeera semalam.
Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) berkata, sekatan itu tidak bermaksud menimbulkan diskriminasi kepada mana-mana pihak.
Sebalikya, Presiden Peguam Wanita Muslim, Kim Lecoyer, yang berpangkalan di Belgium mewakili Hak Asasi Manusia memberitahu bahawa pemerintah itu disahkan bagi menimbulkan diskriminasi atas dasar agama.
AFP berkata, isu penggunaan simbol-simbol agama, terutama hijab telah menjadi isu kontroversi di Eropah sejak beberapa tahun lalu.
Sebelum ini ulas AFP, Samira Achbita, seorag pekerja Muslim diterima bekerja di sebuah syarikat d Belgium.
Pada tahun 2006, Achbita memakumkan beliau akan mengenakan hijab ditempat kerja namun dihalang.
Ekoran kejadian itu syarikat tersebut telah mengenakan undang-undang larangan pemakaian hijab dan Achbita memaklumkan ianya satu tindakan yang menjurus kepada diskriminasi agama.
Dalam perkembangan lain di Perancis, pereka grafik, Asma Bougnaoui turut dikenakan larangan sama.
Bougnaoui merupakan pekerja sepenuh masa di syarikat swata sejak tahun 2008 diberi amaran utuk tidak berhijab dengan alasan ianya boleh mengakibatkan masalah terhadap pelanggang mereka.
Sumber:
http://aje.io/upab
No comments:
Post a Comment