Monday 6 March 2017
Dari Zarinah Anwar, Sister In Islam (SIS) ke Siti Kasim.
Kegiatan secara aktif kumpulan liberal mula dikesan kewujudannya di negara ini seawal tahun 1990an lagi. Atau mungkin lebih awal lagi seawal kemunculan Aminah Wadud yang kebetulan pada ketika itu bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Aminah Wadud yang pernah mengemparkan dunia Islam adalah tokoh Liberal Islam yang pernah menjadi Imam yang makmumnya dikalangan kaum leleki di Amerika Syarikat satu ketika dahulu.
Di Malaysia antara NGOs yang paling menonjol memperjuangkan liberalisma ketika itu ialah Sister In Islam (SIS).SIS mempejuangkan isu-isu berkaitan hak-hak wanita dan isu-isu Syariah. Tokoh-tokoh terkenal yang terlibat antaranya Zainah Anwar dan ramai lagi. Kumpulan ini mendapat sokongan secara langsung dan tidak langsung daripada individu dan kumpulan tertentu termasuk dari golongan politik, segelintir profesional seperti peguam dan kelompok bukan Islam.
Antara beberapa 'akidah' kepercayaan mereka ialah meyakini semua agama sama sahaja, semua orang berhak untuk membuat tafsiran berkaitan agama seperti ayat-ayat al Qur'an dan Hadis, tidak ada kebenaran mutlak, meyakini hukum hakam agama yang ada sekarang ini (Syariah) adalah ciptaan para Ulama dan beberapa keyakinan lainnya.
Mereka menentang isu-isu berkaitan Syariah seperti poligami, isu menutup aurat, isu pembahagian harta pusaka menurut Islam yang dianggap tidak adil dan menindas. Secara vokal mereka juga memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia yang bebas hingga terbabas. Sebagai contoh, mereka menentang pihak berkuasa agama menangkap kumpulan ajaran sesat seperti ajaran sesat ayah Pin, menentang tangkapan khalwat dan pelaksanaan Syariah lainnya. Mereka menggelar penguatkuasa agama sebagai 'polis moral' yang mesti ditentang.
Mereka juga menghasut orang ramai untuk membenci institusi agama Islam seperti Institusi mufti, jabatan agama Islam dan apa sahaja yang berkaitan Islam. Orang agama dan para Ulama digambarkan sebagai kumpulan orang yang jahat, bengis, tidak bertimbang rasa, ketinggalam zaman dan pelbagai gambaran buruk lainnya.Manakala Institusi agama digambarkan sebagai institusi yang lemah, tidak cekap, makan rasuah.Semua itu dilakukan atas tujuan untuk menjauhkan dan menghilangkan kepercayaan orang ramai kepada institusi agama.
Diawal pertengahan 2000an hingga kini kumpulan libearal semakin dirasai kewujudan dan pengaruhnya. Mereka semakin kuat. Kumpulan seumpama SIS semakin bertambah dengan pelbagai nama. Masing-masing menonjolkan diri secara terang-terabgan samaada dalam bentuk tulisan, ceramah-ceramah bahkan, gerakkan politik dan demontrasi terbuka.
Mereka meresap dalam organisasi awam. Mereka bercakap hal berkaitan demokrasi, hak asasi, keadilan, kesaksamaan hak dan pelbagai slogan yang muluk-muluk. Secara ketara mereka telah meraih dokongan dari banyak pihak samaada dari individu, kelompok politik dan pejuang-pejuang hak asasi manusia. Kumpulan bawah tanah seperti gerakkan LGBT juga mendapat manfaat dari gerakkan mereka.
Kemunculan Siti Kasim dan kumpulannya adalah lanjutan daripada gerakkan sesat Liberal yang sesat lagi menyesatkan. Apa yang dilakukan oleh kumpulan liberal lainnya juga cuba dilakukan oleh kumpulan liberal versi Siti Kasim dan kumpulannya. Sebagai contoh, terkini mereka menentang RUU 355 dengan hujah-hujah karut marutnya.
Terbaru mereka menyaman kerajaan Malaysia yang kononnya kerana gagal menghalang kemasukan pendakwah Dr Zakir Naik untuk berdakwah dinegara ini. Pelbagai tuduhan tidak berasas telah diberikan kepada Dr Zakir Naik termasuk tuduhan kononnya beliau adalah pemecah belah, penganas dan pelbagai tuduhan lainya. Semua adalah tuduhan dan fitnah belaka.
Kemunculan aliran liberal ini telah menjadi virus yang cukup membahaya.Virus liberal lebih bahaya dari virus penyakit kanser. Mereka sanggup berkerjasa dengan kumpulan anti Islam samaada dalam gerakkan politik, NGOs dan gerakkan hak asasi manusia dari dalam dan luar negara semata-mata untuk melihat Islam dan Syariah Islam hancur. Apa yang pasti kumpulan seperti ini WAJIB ditentang oleh semua orang Islam.
Oleh: AAAR
No comments:
Post a Comment