Sekalilagi kesabaran Umat Islam Malaysia untuk mengamalkan agamanya berdasarkan al Qur'an dan Sunnah telah dicabar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Apa yang menyedihkan ia dilakukan oleh warga Malaysia sendiri yang cuba menyeret bersama negara luar untuk turut campur tangan dengan hal ehwal negara Malaysia.
Dalam hal ini usaha yang dilakukan oleh gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR (COMANGO), untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam sebagai agama Negara melalui Proses Semakan Berpenggal Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia HRC (UN) diGeneva, Switzerland yang akan melibatkan Malaysia pada 24 Oktober 2013 adalah perbuatan melampau dan bersifat anti Islam. Perbuatan mereka perlu ditentang dan dikutuk.
Sekadar menyebutkan beberapa tuntutan tuntutan COMANGO yang berikut adalah terlalu jelas mendedahkan agenda mengganggu-gugat kedudukan Islam di Malaysia. Berikut adalah antara beberapa tuntutan mereka;
i. Tuntutan yang bersifat provokasi keagamaan dan sentimen perkauman dengan mengaitkan larangan Kerajaan terhadap penggunaan nama Allah oleh majalah The Catholic Weekly dengan kejadian letupan molotov cocktail di beberapa buah gereja selepas keputusan kes Kalimah Allah sebagai perbuatan “ultra Malays pressure groups”;
ii. Mempertikaikan keputusan mengharamkan penyebaran fahaman Syiah dan lain-lain ajaran menyeleweng sebagai kekangan kepada hak kebebasan beragama dan dominasi oleh pihak berkuasa agama dari kalangan Ahlus Sunnah Waljama’ah yang mengekang hak kebebasan berfikir;
iii. Menuntut hak kebebasan untuk murtad sebagai hak kebebasan beragama dengan menafikan bidangkuasa mahkamah Syariah untuk menentukan kedudukan Islam seseorang;
iv. Tuntutan untuk menghapuskan undang-undang jenayah Syariah yang sedang berkuatkuasa di Negeri-negeri;
v. Memberikan persepsi buruk kepada kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan Agama di seluruh Negara dengan penggunaan label stereotaip media barat iaitu moral policing;
vi. Memberikan gambaran negatif terhadap usaha-usaha kerajaan menyampaikan dakwah kepada masyarakat orang asli dan dimanipulasikan sebagai paksaan pemelukan agama Islam;
vii. Tuntutan untuk mengiktiraf hak sosial dan hak undang-undang kelompok manusia pengamal seks songsang LGBT ;
viii. Membenarkan amalan seks songsang dengan menghapuskan peruntukan undang-undang yang menyifatkan amalan seks di luar tabiĆ itu sebagai perbuatan jenayah;
ix. Mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan larangan dan siasatan pihak Polis ke atas penganjuran perarakan Seksualiti Merdeka adalah tindakan yang tidak boleh disemak oleh Mahkamah.
x. Menuntut supaya Prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang mengiktiraf hak mengamalkan seks songsang LGBT diterima oleh Malaysia;
xi. Menuntut diberhentikan serta merta sebarang tindakan terhadap kanak-kanak atau orang dewasa atas asas indentiti gender dan orientasi seks dan mereka dibayar ganti rugi;
xii. Tuntutan untuk membenarkan buku tulisan Irshad Manji yang jelas mengandungi perkara-perkara yang menyanggahi hukum syarak- termasuk menyeru supaya pemikiran Islam (Islamism) diperangi, mendakwa nama Allah diambil oleh Rasulullah dari nama sebuah berhala; menghidupkan semula teori jahat Salman Rushdie satanic verses; mendakwa amalan solat boleh dilakukan mengikut pemikiran sendiri; mendakwa amalan seks songsang kaum Lut hanya diharamkan jika dilakukan secara paksa;
Berdasarkan beberapa tuntutan yang dinyatakan diatas jelas ia adalah tuntutan yang bersifat sensitif dan menyentuh asas agama Islam itu sendiri. Cubaan menghalalkan amalan LGBT, menentang penguatkuasaan Syariah, menuntut kebebasan murtad dan lainnya merupakan tuntutan yang boleh membangkitkan kemarahan umat Islam.
Begitu juga dalam kontek Perlembagaan sebenarnya ia bertentangan dengan Perkara 3(1) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam pada kedudukan istimewa iaitu sebagai agama Persekutuan/negara.
Dalam kontek demografi penduduk negara mereka seolah-olahnya cuba menafikan hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya adalah umat Islam.
Berlindung atas gerakan hak asasi manusia (HAM) yang berlatarbelakangkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan fitrah agama seperti sekularisme, liberalism dan pluralism perbuatan mereka sebenarnya cuba mengelirukan dan sekaligus menyesatkan umat Islam.

No comments:
Post a Comment