Sunday 12 February 2017

Pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) Peluk Islam Dalam Ceramah Zakir Naik di Arau


Posted on Friday, February 10 @ 19:18:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman


Berita

ARAU: Penjelasan terperinci mengenai agama Islam oleh pendakwah terkenal Dr Zakir Naik pada ceramah di Universiti Malaysia Perlis (Unimap) hari ini membuka hati seorang pelajar warga India untuk memeluk Islam.

Pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti awam di negara ini, melafazkan 2 kalimah syahadah dibimbing Zakir dengan bersaksikan kira-kira 1,000 hadirin.Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, R A Shivaleela, 40, berkata sebelum ini beliau membaca dan mencari ilmu tentang Islam melalu buku dan video di YouTube.

“Tapi, kini saya amat tertarik dan berpuas hati dengan penjelasan Zakir tentang kewujudan Allah,” katanya sambil menyatakan tindakan memeluk Islam adalah atas kerelaannya sendiri.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut hadir pada ceramah itu.



Hadir sama Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), Mohamad Nazim Mohamad Nor dan Naib Canselor Unimap, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal.
Terdahulu, dalam ceramahnya bertajuk “Quran and Modern Science: Conflict or Conciliation” yang berlangsung di Dewan Kecemerlangan Unimap, Zakir berkata, umat Islam perlu menghindari perbalahan sesama sendiri kerana ia hanya akan merugikan masyarakat Islam.


“Saya ingin menegaskan saya hadir bukan untuk menimbulkan fitnah atau menghina mana-mana agama, namun untuk mencari persamaan dan penyatuan,” katanya yang pertama kali berkunjung ke Perlis.

No comments:

Post a Comment