"
Amat malang umat ini ada manusia seperti Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin. Apa fahaman yang dibawa oleh mufti ini? Wahabi? Liberal? Atau apa yang diperjuangkannya sebenarnya? Pandangan, komen dan kritikan beliau lebih menjurus kepada konklusi bahawa RUU355 tidak perlu disokong kerana “RUU355 bukan undang-undang tuhan”.
Apa maksud beliau dengan “RUU355 bukan undang-undang Tuhan”? Sebat 40 – 80 rotan bukan undang-undang tuhan? Ini suatu jenis spin yang bermaksud memperlekehkan mufti dan ulama yang menyokong RUU355? Tak perlu pun putar belit begitu. Semua orang tahu itu baru peringkat rang undang-undang. Malah rang itu pula berbentuk pindaan kepada yang sedia ada. Rang belum lagi menjadi undang-undang. Apabila diterima dan disokong nanti serta dibekalkan dengan segala prosedur nanti, barulah menjadi undang-undang.
Sebenarnya, tidaklah layak bagi penulis kampung berhujah dengan seorang doktor falsafah. Tetapi Dr Asri perlu insaf,” sampai bila denda tarian tiang yang menjolok mata dikenakan RM25? Hukum khalwat RM250. Minum arak disebat 6 rotan sedangkan Quran dan hadis kata 40 hingga 80 rotan.”
Apakah mufti doktor falsafah ini tak rasa apa-apa dengan penghinaan terhadap hukum Allah begitu? Kenapa tak komen denda RM25 untuk tarian tiang? Kenapa membisu dan tak melakukan apa-apa untuk melaksanakan hukum Allah? Apabila ada pihak yang sudah berdekad-dekad berjuang untuk mengangkat hokum Allah, tiba-tiba dikomen, dipertikai dan diperli.
Adakah Asri, Rozaimi, golongan wahabi dan liberal di satu pihak? Manakala mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Idrus bersama dengan barisan ulama yang menyokong RUU355 berada di suatu pihak yang lain? Kalau benar RUU355 itu bukan undang-undang tuhan, adakah Dr. Zulkifli al-Bakri, mufti Wilayah Persekutuan itu menyokong sesuatu yang tidak betul? Apakah ‘Doktor’ yang Zulkifli perolehi jenis cap ayam manakala ‘Doktor’ yang Asri perolehi jenis cap musang berbulu ayam?
Mala fide Asri tak habis di situ. Menurutnya, “wujud segelintir pihak memperjuangkan isu hudud demi kepentingan politik, bukannya atas kecintaan terhadap agama.” Kepentingan politik apanya jika PAS selalu kalah pilihanraya kerana memperjuangkan hudud. PAS disumpah-seranah oleh pengundi kerana hududlah. PAS ditendang oleh DAP bukankah kerana hudud?
Asri kata lagi bahawa dia bimbang pelaksanaan syariah di Malaysia akan gagal seperti mana beberapa negara Islam lain seperti Pakistan dan Sudan. Doktor falsafah apa bercakap macam pencacai DAP. Habis tak payah laksanakanlah Islam sebab negara lain gagal kerana laksana Islam? Hujah taraf apakah ini, Asri?
Mala fidenya lagi, “Saya bimbang orang curi kereta dipotong tangan, tetapi mereka yang mencuri berbilion ringgit tidak dipotong tangan. Bimbang yang amat prejudis sifatnya. Bagi Asri, RUU355 hanya bertujuan untuk denda ikan bilis, ikan jerung dilepaskan.” Jahat betul si Asri ni. RUU355 secara tidak langsung telah mendedahkan kebusukan yang tak patut datang dari bau tubuh seorang bertaraf mufti
No comments:
Post a Comment