- Diterbitkan: 20 Jun 2016
- Ditulis oleh Dr Mohd Khairuddin
Istighfar Menambah Rezeki & Barakah Hidup
Allah berfirman menceritakan ungkapan Nabi Nuh alaihissalam:
"Lalu aku katakan; mohonlah keampunan daripada Rabb kamu kerana sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia utuskan langit menurunkan hujan ke atas kamu dengan mencurah-curah, Dia hulurkan kepada kamu harta-benda dan anak pinak, Dia jadikan untuk kamu kebun-kebun dan Dia jadikan untuk kamu sungai-sungai"
(Surah Nuh 71: 10-12)
(Surah Nuh 71: 10-12)
Menurut Syeikh Ibnu 'Aasyur, ayat ini merupakan dalil bahawa Allah Taala memberi ganjaran kepada hamba-Nya yang soleh dan taat dengan kehidupan yang baik di dunia.
Syeikh Tantawi dalam al-Wasit meriwayatkan cerita Hasan Basri yang ditanya oleh 3 orang penyelesaian 3 masalah berlainan iaitu kemiskinan, kemarau panjang dan keturunan yang sedikit. Beliau menasihatkan kepada mereka bertiga untuk beristighfar. Apabila ditanya kenapa penyelesaian yang sama bagi 3 masalah beliau lantas membacakan ayat di atas.
Maksiat menjadi antara sebab bala dan ujian musibah maka *Istighfar* memohon keampunan menjadi sebab untuk dilepaskan daripada bala bencana dan dikurniakan pula limpahan rezki yang barakah.
Moga kita tergolong di kalangan mereka yang sentiasa beristighfar.
Sekian.
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Isnin 20hb Jun 2016 / 15 Ramadhan 1437 H
Isnin 20hb Jun 2016 / 15 Ramadhan 1437 H
No comments:
Post a Comment