"
Di Moscow, sehari selepas pembunuhan Duta Rusia ke Turki, menteri-menteri luar dan pertahanan Iran, Rusia dan Turki bertemu untuk mencari penyelesaian isu Syria. Agenda utama adalah konflik Syria dan perang yang telah meragut nyawa sekurang-kurangnya setengah juta orang yang menyebabkan kehilangan separuh daripada penduduk di negara itu.
Apa yang bermula enam tahun lalu di Tunisia sebagai kebangkitan rakyat dan memperoleh nama 'Arab Spring' kini mencetuskan kemusnahan di Yemen dalam perang yang dilaksanakan oleh Arab Saudi dengan persenjataan dibekalkan Barat, pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Syria, dan harapan yang dimusnahkan di Mesir. Walau bagaimanapun, mengharapkan bahawa perjumpaan di Moscow dapat menyediakan jalan keluar terhadap tragedi tersebut adalah rendah. Ia hanya memadai untuk mengharapkan gencatan senjata dapat dilaksanakan.
Turki tidak lagi tunduk kepada NATO |
Sidang 'Moscow Declaration’ menunjukan satu perubahan penting iaitu Turki tidak lagi tunduk kepada Amerika dan NATO. Walaupun Turki tidak memutuskan hubungannya dengan NATO dan ia juga tidak membuat sebarang kenyataan yang jelas mengenai hubungannya dengan Amerika Syarikat. Tetapi walau bagaimanapun, Turki telah memulakan perbincangan terbuka dengan Iran dan Rusia tanpa Amerika berada di meja rundingan. Ini dengan sendirinya sudah cukup sebagai kejutan. Semua percubaan sebelumnya oleh Amerika Syarikat dan sekutunya untuk bersetuju mengenai tindakan yang diselaraskan telah menemui kegagalan, kata Ketua Pertahanan Rusia Sergey Shoigu. "Tiada seorang pun daripada mereka mempunyai pengaruh sebenar ke atas keadaan di atas tanah".
'Moscow Declaration' telah ditandatangani oleh ketiga-tiga negara tersebut mengatakan bahawa Iran, Rusia dan Turki adalah bersedia untuk melaksanakan perjanjian yang telah dirundingkan antara kerajaan Syria dan pembangkang, dan menjadi penjaminnya.
Mereka bersepakat dalam 8 perkara utama, antaranya;
- Menghormati kedaulatan Republik Arab Syria sebagai sebuah negara demokratik sekular yang berbilang kaum, agama dan mazhab.
- Tindakan ketenteraan melalui peperangan bukanlah penyelesaian kepada konflik di Syria
- Kepentingan mempercepatkan usaha gencatan senjata dan misi kemanusiaan
- Kesediaan menjadi fasilitator dan penjamin bagi perjanjian antara pihak kerajaan dan kumpulan penentang. Mereka menjemput negara lain yang berpengaruh turut berusaha bersama.
- Mengalukan usaha bersama di Timur Aleppo bagi membolehkan pemindahan sukarela orang awam dan kumpulan penentang bersenjata. Mereka juga mengalukan pemindahan sebahagian orang awam dari Fuaa, Kafraia, Zabadani dan Madaya.
- Berkeyakinan bahawa Perjanjian ini akan memainkan peranan penting untuk mewujudkan momentum yang diperlukan untuk menyambung semula proses penyelesaian politik di Syria selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
- Rundingan seterusnya bukan di Geneva tetapi di Kazakhtan setelah menerima tawaran Presiden Kazakhstan untuk menjadi tuan rumah bagi rundingan tersebut di Astana. Kuasa Barat tidak lagi mempunyai pengaruh dalam rundingan tersebut.
- Menegaskan kesungguhan untuk memerangi bersama kumpulan ISIL / Daesh, Al-Nusra dan untuk memisahkan mereka daripada kumpulan pembangkang bersenjata.
Setelah kejatuhan Aleppo ke tangan pemerintah Syria pada awal December yang lalu. Turki sebagai salah satu pendukung penentang Syria nampaknya mulai bersikap realistik. Tidak ada lagi keinginan memaksakan jatuhnya Bashaar Assad dan tidak ada lagi sentimen sunni-syiah seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini dan selama perang oleh corong media Amerika dan sekutunya.
Tindakan Turki bebas dari pengaruh Arab sekutu Amerika |
Langkah Turki condong ke Moscow berarti meninggalkan sekutu sunninya, iatu Arab Saudi dan Qatar. Turki telah menunjukkan sebagai negara merdeka tidak takut dengan gertakan Amerika, NATO atau siapapun. Turki merasa berhak bekerja sama dengan siapapun tanpa memusuhi yang lain. Langkah Turki adalah langkah rasional sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Dan memang seharusnya demikianlah tindakan sebuah negara yang merdeka tanpa tunduk kepada tekanan asing.
Berbeza dengan Turki: Arab Saudi dan Qatar adalah negara dimana satu kakinya sudah dirantai oleh Amerika. Hampir tidak mungkin meninggalkan pakatan Amerika dan NATO. Kedua negara ini tidak berani membantah dalam banyak persidangan timur tengah terutama ketika ada kepentingan Amerika Syarikat disitu. Arab Saudi dan Qatar lebih banyak bersembunyi di ketiak Amerika dan NATO.
Apakah Turki akan keluar dari NATO? |
Jelas, Moscow Declaration menjadi petanda awal perdamaian dan pemulihan rakyat Syria. Sekaligus memberikan tamparan dan mengakhiri the dirty war atau perang kotor yang digagaskan Amerika dan NATO serta sekutu Timur Tengahnya. Mengakhiri perang paling mengerikan setelah WWII. Mudah-mudahan ia mengakhiri drama paling menjengkelkan dengan isu konflik sunni-syiahnya. Semoga kedamaian dan kesejahteraan dilimpahkan kepada rakyat Syria semuanya.
No comments:
Post a Comment