Oleh ALANG IBN SHUKRIMUN
Kegagalan Peranan Media
Kemenangan Trump adalah manifestasi kegagalan media dalam menentukan trend pemilihan. Sebelum ini kita mudah mengagak siapa yang bakal menang Pilihanraya Presiden hanya dengan melihat siapakah yang dikempen oleh CNN, BCC, al-Jazeera dan agensi berita Zionis lain. Tetapi kali ini agak mengejutkan apabila calon tidak popular memenangi pilihanraya.
Trump bermula goyah apabila hanya menang tipis mengatasi beberapa calon lain dalam pemilihan calon Presiden mewakili parti Republican. Sepanjang kempen, media zionis tidak henti melaporkan Trump dari sisi negatif seperti bodoh politik, ganas, tidak matang sehingga ke tahap mendedahkan gambar bogel isterinya.
Namun Trump berjaya melawan permainan media dengan membawa idea-idea populis yang lebih disukai oleh penduduk Amerika kebanyakan. Walaupun menang tipis dan gagal meraih undi popular, tetapi beliau menguasai undi di kawasan pedalaman dan rakyat kelas bawahan seperti pinggiran Texas, Arizona, Iowa dan Utah. Ironinya, Republican kebanyakannya dianggotai oleh golongan elit. Demokrat pula lebih mendapat undi golongan pekerja dan pertengahan serta residen bandar-bandar besar.
Ini menunjukkan bahawa rakyat Amerika mula muak dengan politik persepsi yang dimainkan media. Rakyat tidak lagi percaya dengan retorik tetapi lebih menaruh harapan kepada politik yang realistik. Walaupun Trump menang tipis iaitu sekadar 9 undi melewati majorito mudah, namun ia sudah cukup untuk membuktikan kegagalan peranan media dalam kempen kali ini.
Sebagaimana yang kita tahu, media menjadi senjata zionis zaman berzaman untuk menguasai pemikiran manusia. Tapi tiada apa yang kekal. Mungkin kali ini bermula sudah ambang kejatuhan gagasan zionis. Walaupun kini teknologi maklumat sudah mengambil tempat yang sangat dekat kepada manusia terutama media sosial, namun kesan buruknya sudah disedari dan mula diperbincangkan secara akademik di banyak institusi negara maju seperti Amerika, Britain dan Jepun.
Realistik Vs Retorik Kempen Trump mudah sahaja, untuk mengembalikan rakyat Amerika kembali hebat seperti dulu. Slogannya "Make America Great Again". Ini kerana di sebalik bayangan kemegahan Amerika, sejak 70an lagi rakyatnya sudah mula merasai kesan negatif ekonomi liberal kapitalis yang diamalkan. Kita hanya melihat kehebatan Amerika melalui media di wilayah seperti, Virginia, New York, New Jersey ataupun Hollywood.
Tetapi kita jarang melihat kesengsaraan kehidupan petani dan penternak di wilayah, Iowa, Nebraska, Illinois, Minnesota, Kansas, Indiana, North Carolina, dan Wisconsin. Bahkan di wilayah yang dikatakan maju seperti California, New York dan New Jersey sendiri terdapat ramai rakyat yang masih terhimpit dengan masalah kos sara hidup.
Rakyat percaya puncanya adalah dasar liberalisasi ekonomi yang hanya mengayakan tidak sampai 5 peratus dari rakyat Amerika. Dasar ini juga telah membuka peluang kepada migran yang pandai berbisnes untuk mengaut kekayaan di negara terbabit.
Lalu Trump dalam kempennya berjanji akan mengetatkan polisi imigran, mengistimewakan golongan kulit putih sebagai bangsa asal, menyekat aliran dana Amerika yang selama ini banyak dihabiskan untuk Timur Tengah dan provokasi Rusia supaya digunakan untuk membangunkan ekonomi Amerika dan rakyat sahaja. Trump menggunakan pendekatan populis sehingga berjaya menambat hati rakyat Amerika.
Clinton pula asyik beretorik dengan dasar Liberalnya. Dia lebih menumpukan isu kesaksamaan dan dasar kebebasan individu sehingga menghalalkan semua jenis perkara termasuklah yang bertentangan dengan fitrah seperti pluralisme agama, kesamarataan gender, hak LGBT di samping pembodohan-pembodohan bahawa Amerika bakal menguasai dunia, berada pada tahap ekonomi hebat dan seumpamanya.
Rakyat yang tersepit sudah tidak pentingkan di mana Amerika di mata dunia. Rakyat hanya fikir apa mereka mahu makan hari ini.
Pengaruh Rusia Ramai penganalisis percaya kemenangan Trump banyak disumbang oleh pendedahan Wikileaks. Kira-kira seminggu sebelum pemilihan, Wikileaks mendedahkan beratus-ratus emel Clinton yang berunsur skandal dan korupsi. Perkara ini telah mempengaruhi sebahagian golongan pertengahan untuk menolak Clinton dan memilih Trump sebagai protes.
Wikileaks diasaskan oleh seorang penggodam web terkenal bernama Jullian Assange. Laman web ini pernah membongkar banyak skandal perang dan berbagai rancangan CIA lain termasuklah isu Panama Papers sehingga dia menjadi orang buruan no.1 Amerika. Mendapat perlindungan Rusia dan kini dikatakan berada di Kedutaan Ecuador di Britian.
Ramai percaya Wikileaks didanai oleh Rusia yang menjadi seteru utama Amerika. Sikap Rusia yang terbuka menyokong Trump mendedahkan lagi campurtangan mereka dalam hal dalaman Amerika. Dengan berjayanya Trump ke takhta, pengaruh Rusia dijangka akan bertambah kukuh di barat. Walaupun kelihatan zionis kini masih menjalankan kerja menjatuhkan Trump, pastinya Rusia juga akan memainkan peranan mempengaruhi Trump sebagaimana yang berjaya dilakukan ke atas as-Sisi, Duterte dan Erdogan.
Politik Amerika Sudah Tidak Stabil Sejak pengumuman kemenangan Trump, berbagai bentuk protes dan huru-hara berlaku di sekitar AS. Ura-ura California mahu menuntut kemerdekaan dari Persekutuan Amerika semakin jelas kedengaran. Selain itu media terus menjalankan kerjanya memburukkan Trump. Obama kelihatan melambatkan proses peralihan kuasa dari beliau kepada Trump.
Ramai yang sudah mengetahui bahawa instrumen kerajaan Amerika kebanyakannya dibayangi oleh Zionis Freemason. Presiden selama ini hanya sebagai rubberstamp yang menjalankan segala perancangan yang diatur pihak belakang tabir sejak sekian lama. Namun apa yang menarik, latarbelakang Trump amat sukar untuk dikaitkan dengan Zionis dan Freemason ini. Beliau bukanlah terlibat politik sejak dahulu tetapi lebih dikenali dalam dunia perniagaan. Kekayaannya juga tidak sealiran dengan jalur Rotschild, si Yahudi yang mendanai Pax Britannica dan zionis sendiri.
Apa yang akan berlaku selepas ini mungkin pergelutan kuasa antara Presiden dan pihak belakang tabir. Ditambah dengan peranan Rusia, boleh jadi keadaan akan lebih rumit daripada apa yang pernah berlaku terhadap pemerintahan Mursi di Mesir sebelum ini.
Brexit Berjangkit Sebelum ini ramai terkejut dengan referendum rakyat UK yang mahukan negara itu keluar dari Kesatuan Eropah. Perkara ini sehingga membawa Perdana Menterinya meletakkan jawatan.
Namun jika diteliti, ia cukup munasabah dengan keadaan ekonomi rakyat Britain ketika itu. Orang Inggeris semakin tersisih dari arus ekonomi, jurang kekayaan antara individu semakin melebar, migran ramai menguasai ekonomi, sama sebagaimana yang dialami rakyat Amerika. Mereka menolak dasar liberalisasi dan globalisasi ekonomi yang hanya membawa kesengsaraan kepada rakyat teramai.
Sebelum itu, rakyat Greece terlebih dahulu menerima akibat buruk kesan dasar liberal kapitalis ini. Sebagaimana rakyat Amerika dan Britain, mereka juga sudah serik dengan sistem ini. Protes rakyat telah membawa kepada kemenangan parti berideologi Anti-Capitalism dan Alter-Globalization iaitu The Coalition of the Radical Left atau lebih dikenali sebagai Syriza.
Inilah dia bukti kegagalan ekonomi kapitalisme. Malangnya masih banyak negara membangun dan negara dunia ketiga masih tidak sedar hakikat ini. Mereka masih memandang barat sebagai gergasi ekonomi sehingga mengikut segala telunjuk mereka, termasuklah negara mereka. Peralihan Filipina kepada blok ekonomi BRICS patut dijadikan iktibar.
Pax Judaica Sebahagian pakar eschatology berpandangan bahawa kuasa dunia yang sebelum ini beralih dari Pax Britannica ke Pax Americana akan sekali lagi berubah ke Pax Judaica pula. Pax Britannica adalah era kolonial di mana British menjadi negara kuasa besar proksi zionis yang menentukan permainan geopolitik. Pax Americana pula era selepas Perang Dunia Kedua dan penubuhan PBB, di mana Amerika pula menjadi proksi.
Kini mungkin sudah tiba masanya pengaruh Amerika dihentikan untuk diganti kepada penguasaan Yahudi secara zahir pula. Rancangan membentuk Israel Raya tampak semakin berjaya kini. Lalu watak Trump yang ganas diwujudkan bagi merealisasikan misi menjahanamkan Amerika.
Namun saya secara peribadi berpandangan bahawa Pax Judaica tidak akan berjaya walaupun Dajjal yang memimpin mereka. Apa yang berlaku kini adalah di luar rancangan zionis. Memang mereka merancang untuk menjatuhkan Amerika, tetapi ini bukan masanya. Kemenangan watak seperti Trump adalah terlalu awal dari perancangan.
Ini kerana keselamatan Israel masih belum terjamin. Turki yang kini beralih ke blok Timur membahayakan Israel dari Selat Bosphorus. Krisis terkini di Mesir mengancam keselamatan Israel dari Terusan Suez. Kini penguasaan Houthi di Yaman menyebabkan Iran sedang cuba bertapak di sana, lalu berdaya mengancam Israel dari Bab el-Mandab.
Keadaan di Palestin sendiri tidak menampakkan kebaikan buat Israel. Rakyat Palestin semakin ramai di Baitul Maqdis. Pintu pelancongan yang dibuka memberi kelebihan besar buat umat Islam di sana merangka misi-misi menakluk kembali al-Quds di samping ancaman dari Gaza dan Lubnan yang tidak berkesudahan.
Mengikut laporan sekretariat Lajnah al-Quds IIUM, umat Islam di sana semakin bertambah dan Yahudi pula yang berkurangan. Selepas perang Gaza tahun 2014, dianggarkan 1.5juta penduduk Yahudi telah berhijrah keluar dari Israel. Hasil pungutan suara melibatkan penduduk Israel mendapati 95 peratus rakyatnya mengakui hidup dalam ketakutan manakala 75 peratus menyatakan hasrat untuk keluar dari Israel!
Malah menurut mereka, kajian beberapa institusi di Britain, Perancis dan negara Eropah lain pada tahun 2012 menunjukkan bahawa negara haram Israel tidak akan dapat bertahan di bumi Palestin lebih dari 10 tahun. Dikhabarkan Israel telah mula merancang pelan untuk keluar dari Palestin jika keadaan tidak lagi memungkinkan mereka terus tinggal di sana.
Kemenangan Trump bakal menyebabkan mereka terpaksa mengkaji kembali pelan New World Order yang telah dirangka. Kemungkinan dalam keadaan terdesak ini, mereka akan memperawalkan demolisasi Amerika ke arah Pax Judaica. Tetapi percayalah dalam keadaan kelam kabut ini, banyak perancangan mereka yang akan tersasar.
Armageddon Ada analisis yang berpendapat kemelut dunia akan kembali tenteram dengan kemenangan Trump. Ini kerana tidak berlaku lagi persaingan kuasa antara dua blok utama dunia iaitu Amerika dan Rusia. Bagi mereka, Trump adalah Presiden pilihan Rusia maka sudah tentu Vladimir Putin akan menjalinkan hubungan baik bersama rakan sejawatnya itu.
Tetapi haruslah difahami bahawa sokongan Rusia terhadap Trump bukan kerana sukakan beliau. Sebaliknya menggemari dasar beliau yang lebih menumpukan pemerkasaan dalaman Amerika berbanding sibuk dengan urusan geopolitik. Dalam erti kata lain, sikap Trump bakal membuka ruang yang besar untuk Rusia beraksi ligat di kancah antarabangsa.
Tanpa penglibatan Amerika, mudah untuk Rusia berhadapan dengan NATO. Tanpa Amerika, senang bagi Iran menghadapi krisis di Iraq. Tanpa Amerika, peranan ISIS akan lumpuh. Tanpa Amerika, Saudi hilang pengaruh dan mudah untuk Iran menguasai Bab el-Mandab. Tentera arab bersekutu, Qatar, Ukraine, Singapura dan India juga akan menerima kesan yang besar.
Meluasnya pengaruh Rusia dan blok Timur bererti menurunnya pengaruh barat. Ini pasti akan membawa malapetaka buat zionis. Sudah tentu mereka tidak akan berdiam diri. Mereka akan memainkan peranan sehingga Trump berjaya dijatuhkan atau dipengaruhi. Namun bukan mudah. Mungkin makan masa beberapa tahun dan ketika itu, Rusia sudah jauh di depan dari segi kekuatan bersama China dari segi ekonomi.
Tidak mustahil juga, Rusia akan menggunakan kekerasan dalam kempen persaingannya terhadap barat. Jangan harap Rusia boleh mudah-mudah membiar Amerika begitu sahaja dalam keadaan mereka sedang berkuasa. Peluang melenyapkan seteru utamanya tidak akan dibiar begitu sahaja. Senario ini memaksa Amerika bertindak balas dan akhirnya, tibalah saat yang sangat ditakuti; WW3.
Mungkin kenyataan akhir ini agak mengarut bagi sesetengah pihak. Namun seandainya mereka meneliti krisis politik dalaman setiap negara, pasti ia akan membawa kepada jawapan yang hampir sama. Ditambah dengan persediaan ketenteraan dan bekalan survival yang dilakukan watak besar geopolitik, petunjuk itu semakin jelas. Itu belum lagi dikaitkan dengan hadis-hadis akhir zaman.
Sebagai penutup, saya sajikan sepotong kata-kata tokoh Islam yang paling banyak terlibat dalam menangani permasalahan geopolitik masakini, Tuan Guru Abdul Hadi Awang:
"Kita tak tahu apa akan berlaku. Dunia sekarang sedang huru-hara. Tanamlah ubi kayu banyak-banyak.
|
No comments:
Post a Comment