New York: Majalah Playboy yang selama ini terkenal dengan gambar wanita telanjang atau hampir telanjang buat julung kalinya akan memaparkan seorang wanita Muslim berpakaian sopan.
Wartawan Amerika Syarikat, Noor Tagouri, 22, menjadi wanita pertama menampilkan imej jauh berbeza apabila dia muncul dalam edisi Oktober yang bertemakan ‘Renegades.’ Kemunculannya di majalah Playboy itu mendapat perhatian masyarakat di dunia maya. Ramai yang menyatakan bangga tetapi ada juga yang mencemuhnya.
Bercakap mengenai kritikan itu, Noor berkata, dia tidak mempedulikannya.
“Ini hal negatif dan tidak baik untuk difikirkan. Saya hanya memastikan saya berada dalam lingkungan yang benar bersama orang-orang yang baik dan menyanyangi saya,” katanya.
Noor yang tampil dalam majalah itu dengan berseluar jean, jaket kulit dan kasut Converse memberitahu majalah itu, dia berazam mahu menjadi pembaca berita wanita bertudung pertama dalam rangkaian televisyen komersial Amerika Syarikat.
Dia bekerja dengan portal berita Newsy yang menghasilkan video berita pendek.
Dia percaya sebagai Muslimah dia menjadi wartawan yang lebih baik.
“Sejujurnya saya rasa menjadi wanita Muslim berhijab membuatkan orang lebih terbuka dengan saya kerana cepat mempercayai saya.
“Secara tidak langsung orang yang saya wawancara percaya saya tidak akan memutarbelit kisah mereka,” katanya.
Noor mengaku tidak semua orang menyukainya, malah kerap dikritik dan dihina di Internet.
Katanya, dia tidak mempedulikan pandangan atau persepsi orang lain yang dibuat cuma berdasarkan pakaiannya.
Malah dia sengaja menampilkan dirinya berhijab dalam setiap liputan.
“Ia memberi kekuatan kepada saya untuk menjalankan tugas seharian. Laporan berita saya tidak akan terjejas semata-mata kerana saya menutup aurat,” katanya.
- Harian Metr
No comments:
Post a Comment