Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS) pada 17 Julai 2014 lepas telah mewartakan fatwa
pengharaman NGO Sisters In Islam (SIS) setelah mendapati pertubuhan itu
terlibat secara aktif dalam menyebarkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme
yang bercanggah dengan ajaran Islam.
Pengharaman
itu selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan pada 2006 yang menyimpulkan mana-mana aliran pemikiran atau
fahaman liberal dalam beragama adalah menyeleweng dari aspek akidah dan syariah.
Bagaimana
pun, dua hari lepas SIS yang tidak berpuas hati dengan fatwa MAIS telah
memfailkan semakan kehakiman terhadap pengharaman tersebut dengan alasan mereka
tidak menentang sebarang undang-undang sebaliknya hanya menggunakan hak
kebebasan sebagai orang Islam & rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan.
Sekilas
lalu nampak seperti ada benarnya hujah SIS kerana Perlembagaan Negara memang
menjamin hak kebebasan individu atau pertubuhan untuk menyuarakan pendapat
mereka. Begitu juga Perlembagaan Malaysia turut menjamin hak kebebasan beragama
di kalangan warganegaranya.
Namun
SIS lupa betapa kebebasan tetap ada had batasannya sebagai Perlembagaan
menetapkan dalam Perkara 10 Fasal 2, 3 dan 4 yang menggariskan batasan dan
sekatan yang boleh dikenakan terhadap individu atau pertubuhan sekiranya
aktiviti mereka boleh menjejaskan kesejahteraan umum.
Demikian
halnya di mana Perlembagaan Malaysia juga memperuntukkan ketetapan dalam
Perkara 11 berkaitan Kebebasan Beragama di mana Fasal 4 membolehkan setiap
negeri-negeri menggunakan kuasa secara perundangan untuk menghalang sebarang
doktrin yang dikira berbahaya kepada orang Islam.
Barangkali
dari satu sudut kebebasan ala barat SIS berhak mempertikaikan fatwa
pengharamannya oleh MAIS namun di sudut yang lain SIS perlu menerima hakikat
MAIS bertindak betul dan ada asas kukuh kerana bertindak dalam ruang lingkup
kuasa yang diperuntukkan kepadanya selaku agensi agama Islam yang bertauliah.
Malah
penulis percaya sebahagian besar umat Islam di negara ini sedia berdiri di
belakang MAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mempertahankan kesucian Islam
apatah lagi di saat kerancakan kempen-kempen penyebaran fahaman Islam Liberal
& pluralisme yang giat dilakukan pihak tertentu.
SIS
mungkin merasakan pihaknya teraniaya dengan pengharaman itu tapi hakikatnya
khalayak tidak lupa SIS adalah antara NGO yang berlabel Islam yang telah secara
terbuka bersekongkol dengan gabungan NGO COMANGO dalam usaha mereka untuk
menghalalkan LGBT, Syiah dan kebebasan agama ala Barat.
SIS
juga terlibat langsung membela kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin apabila
mempertikaikan dan menyelar tindakan JAKIM & Jabatan Agama Islam Negeri
Terengganu (JAIT) yang berusaha membanteras penyelewengan akidah kumpulan itu
suatu ketika dulu yang dianggap oleh SIS sebagai tidak demokratik dan menyalahi
hak asasi.
Begitu
juga SIS pernah aktif dalam Suruhanjaya Antara Agama (IFC) atau dulunya
dikenali sebagai Inter Religiouc Council (IRC) yang menuntut supaya semua agama
adalah sama tarafnya dan hak kebebasan beragama turut meliputi orang Islam
sekaligus mengancam akidah Islam sekiranya tuntutan mereka dipenuhi.
Paling
diingati umum tentunya penglibatan SIS sebagai antara NGO yang terkehadapan
membela penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 dan secara terbuka mengecam
tindakan pihak berkuasa mengharamkan program yang mengiktiraf golongan LGBT
itu.
Itu
antara asas kukuh yang penulis percaya telah diambil kira oleh MAIS dan Majlis
Fatwa Kebangsaan dalam mengharamkan penyebaran fahaman Islam Liberal &
pluralisme di negara ini.
Mungkin
bagi SIS semua yang dilakukannya menunjukkan liberalisasi pemikiran dan
toleransi mereka sesuai dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia, namun NGO
SIS dan pendukungnya perlu menerima hakikat liberal dan toleransi ada had
batasannya dalam Islam.
Islam
agama yang menganjurkan tolenrasi, itu betul tapi Islam tidak bertolak ansur
atau bertolenrasi dalam hal beragama khususnya bila melibatkan pemikiran
songsang atau sebarang aktiviti yang didapati bercanggah dengan Islam atau
boleh mengancam akidah dan syariat Islam.
Jika
faham perkara itu, SIS sepatutnya memahami hak MAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan
untuk menghalang sebarang usaha penyebaran fahaman Islam Liberal &
pluralisme, di masa yang sama belajar menerima hakikat perlunya untuk SIS
mencermin diri dan memperbetulkan hala tujunya
No comments:
Post a Comment