Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 menjadi bukti akan usaha awal pemerintah umat Islam menegakkan sistem pemerintahan Islam dalam wilayah naungannya. Walaupun pada abad ke 14 Masihi negeri Terengganu belum lagi menjadi sebuah negeri yang besar dalam sistem pemerintahan beraja yang teratur, namun dikatakan agama Islam telahpun rasmi diisytiharkan didaerah Kuala Berang yang jauhnya 25 batu dari pantai Kuala Terengganu dalam pemerintahan seorang penguasa tempatan yang bernama Raja Mandalika. Dalam Batu Bersurat itu, baginda menyentuh soal Hukum Hudud yang dilaksanakan dalam usaha baginda menegakkan syariat Islam.
PEMERINTAH DAHULU BERSUNGGUH MELAKSANAKAN TUNTUTAN ALLAH
TERENGGANU
Dengan kerjasama dan pemimpin dari penasihat agama Baginda yang bernama Sayed Abdul Rahman (Tokku Sayed Paloh) iaitu seorang Ahlul Baiyt, Sultan Zainal Abidin III (1881 - 1918 M) Terengganu dipercayai menggunakan kitab-kitab Feqah dan perundangan Islam seperti kitab Minhaj At-Tabilin, Mughni Al-Muhtaj, An-Nihayyah dan Al-Umm, kesemuanya dalam Mazhab Syafie, sebagai panduan dan teks undang-undang pemerintahan negeri Terengganu disamping Fatwa-Fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti. Pada ketika itu Ulama-Ulama diberi peranan penting bagi menccorak pemerintahan negeri Terengganu berdasarkan Undang-Undang Islam.
KELANTAN
Pada abad ke 19M dibawah pemerintahan Sultan Muhammad II (1839 - 1886M) berserta dua orang Ulama terkemuka disana, iaitu Haji Abdus Samad bin Muhammad Salleh (Tuan Tabal) dan Haji Wan Ali Kutan, baginda Sultan memerintahkan sebarang hukuman yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan Hukum Syarak iaitu Hukum Had. Baginda memberi keutamaan kepada para Alim Ulama untuk mengajar Agama di istana bagi Keluarga Diraja dan anak orang-orang besar sehingga menyebabkan ramai pembesar negeri menjadi orang-orang 'alim.
MELAKA
Sultan Alaudin Riayat Syah yang memerintah Melaka dalam tahun 1477-1488 M telah berusaha menegakkan Hukum Islam atau Hukum Had dalam pemerintahannya untuk menyekat kegiatan jenayah. Baginda dikatakan sanggup keluar diwaktu malam untuk menghapuskan kegiatan kecurian yang berleluasa pada masa itu dan mengenakan hukuman potong tangan bagi pencuri yang sabit kesalahannya. Dengan usaha gigih baginda, akhirnya ketenteraman Melaka dapat dikembalikan. Hubungan rapat baginda dengan Khadi Munawar Syah yang menjadi penasihat agama peribadi baginda membuahkan hasil yang amat menakjubkan.
KESIMPULAN
Sejarah tidak boleh menipu dan ianya terbukti sehingga hari ini. Kita boleh lihat sendiri betapa gigihnya pemerintah yakni Raja-Raja Melayu dahulu dalam menegakkan Syariat Allah dimuka bumi ini. Ulama juga diberi peranan yang penting dalam mencorakkan pemerintahan negeri. Ulama dijadikan tempat rujukan Raja-Raja Melayu. Dahulunya nama para Ulama amat harum semerbak di rantau Alam Melayu. Tanpa Ulama generasi kita sekarang tidak akan mengenali Islam yang kita pegang hari ini. Begitulah peranan yang sebenar Ulama dalam mentadbir sesebuah negeri atau negara. Sesungguhnya Politik para Ulama ini mengcakupi keberkatan Dunia dan Akhirat.
Wallahuaqlam.
Syed Abu Iqbal Al-Jamalulai
No comments:
Post a Comment