Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-22 yang bersidang pada 24 November 1988
telah membincangkan Imunisasi Hepatitis B.
Muzakarah telah memutuskan bahawa vaksin untuk Imunisasi
Hepatitis B yang dihasilkan daripada ragi adalah tidak najis dan harus
digunakan untuk tujuan tersebut kerana ragi adalah suatu bahan yang suci.
2) Vaksin Human Papilloma
Virus (HPV)
Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke-92 yang bersidang pada 15 - 17 Disember
2010 telah membincangkan Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV).
Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
a. Setelah mendengar taklimat daripada pihak Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan serta pandangan dan hujah-hujah yang dikemukakan,
Muzakarah berpandangan bahawa Islam menggesa umatnya supaya menjaga kesihatan
kerana penjagaan kesihatan seseorang individu akan menentukan tahap dan mutu
kesihatan masyarakat secara umumya.
Pemberian vaksin merupakan jalan pencegahan awal yang diambil
oleh pihak kerajaan dalam usaha mengelakkan penyebaran virus di kalangan
wanita.
b. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa
pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV) yang telah dipastikan tiada
unsur meragukan dalam kandungannya dan tidak mendatangkan kemudharatan adalah
diharuskan bagi mencegah penyakit kanser pangkal rahim (servik) dalam kalangan
wanita.
c. Muzakarah juga memutuskan bahawa pemvaksinan ini hendaklah
tidak mengandungi unsur-unsur eksploitasi terhadap pengguna atau digunakan
untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak.
3) Vaksin Meningitis Menveo
Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-94 yang bersidang pada 20 hingga 22
April 2011 membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo.
Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
a. Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Biro
Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan meneliti keterangan, hujah-hujah
serta pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa proses
penghasilan vaksin menveo keluaran syarikat Novartis Vaccines adalah sama
sepertimana penghasilan vaksin mencevax keluaran Syarikat Glaxo Smith Kline
(GSK).
b. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan pada dasarnya
hukum penggunaan vaksin menveo adalah harus atas dasar dharurah sama seperti
vaksin mencevax yang diputuskan pada Muzakarah kali ke-53 bertarikh 27 November
2002 kerana sehingga kini masih belum ada mana-mana vaksin meningococcal
meningitis yang dihasilkan 100 peratus halal dan suci daripada awal hingga
akhir proses penghasilannya.
c. Bagaimanapun untuk maslahah umat Islam, Muzakarah
berpandangan antara kedua-dua vaksin ini, keutamaan adalah kepada vaksin
mencevax yang telah digunakan sekian lama dan telah terjamin dari segi
keberkesanan dan keselamatan kepada pengguna. Manakala vaksin menveo masih
baharu di pasaran dan pemonitoran kesan jangka panjang masih berterusan.
d. Muzakarah juga berpandangan bahawa Sijil Halal tidak wajar
diberikan kepada vaksin menveo kerana penentuan harus adalah atas dasar
dharurah dan proses penghasilannya tidak mematuhi piawaian pensijilan halal
Malaysia.
4) Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela)
Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-21 yang bersidang pada 12 September 1988
telah membincangkan Pelalian Rubela (Imunisasi Rubela).
Muzakarah telah memutuskan bahawa vaksin rubela yang digunakan
oleh Kementerian Kesihatan pada masa ini tidak najis dan hukumnya harus
digunakan untuk suntikan dalam badan bagi mencegah penyakit rubela.
5) Vaksin Meningococcal Meningitis
Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-53 yang bersidang pada 27 November 2002
membincangkan Suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis Oleh Orang
Islam.
Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan pelalian
meningococcal meningitis mencevax yang diambil daripada sumber lembu adalah
harus.
Manakala vaksin pelalian meningococcal miningitis monumune yang
mengandungi unsur daripada babi adalah haram.
6) Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur
Babi Dalam Proses Penghasilannya
Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008,
telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang
Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya.
Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan
RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana:
a. Situasi kini dianggap tidak dharurat.
b. Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur
babi dalam pemprosesan keduadua vaksin.
c. Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara
ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.
* Setakat malam semalam, laman web Portal Rasmi Fatwa Malaysia
di http://www.e-fatwa.gov.my/tidak boleh diakses kerana difahamkan masih dalam penyelenggaraan
No comments:
Post a Comment