PETALING JAYA: Seorang lelaki Hispanik mendakwa lelaki bersenjata Orlando yang menembak mati golongan gay di sebuah kelab, melakukan serangan itu atas motif membalas dendam selepas khuatir dia terdedah kepada HIV.
Dalam serangan yang membunuh 49 orang dan mencederakan 50 orang, spekulasi bahawa Mateen mungkin seorang gay atau biseksual mula wujud.
Malah, terdapat laporan bahawa Mateen melawat kelab itu lebih daripada sepuluh kali dan pernah menggunakan aplikasi dating gay.
Kini, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Miguel, mengaku pernah menjadi kekasih Mateen selepas mengenalinya di Grindr, salah sebuah aplikasi dating.
Katanya Mateen selalu keliru dengan orientasi seksualitinya dan didikan Islam.
Dia juga menyatakan Mateen sebagai seorang pemabuk dan tertarik dengan lelaki Latin tetapi selalu tidak diendah oleh mereka.
Menurut Independent.uk, Miguel percaya Mateen terlibat dalam hubungan seks dengan dua lelaki Puerto Rica dan salah seorang daripada mereka penghidap HIV positif.
Walaupun pemeriksaan kesihatan mendapati dia negatif, namun dia tetapi mahu membalas dendam.
“Objektifnya di sini, Mateen membunuh atas dasar balas dendam dan bukan keganasan,” katanya yang menyatakan pernah ‘bersama’ Mateen di hotel lebih 20 kali dan dia seorang yang penyayang dan suka dimanjakan.
“Suatu hari apabila saya mahu mengambil selfie, dia tempias dengan mengakui sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. Selepas bertikam lidah, dia meminta maaf dan akui isternyai sedar tentang orientasi seksnya.
“Dia marah pada lelaki Peurto Rico itu,” katanya.
Pihak berkuasa mengeluarkan maklumat mengenai serangan dan beberapa transkrip perbualan Mateen dengan polis.
Dalam salah satu perbualan, Mateen memberitahu polis dia melakukan serangan atas nama Abu Bakr al-Baghdadi, ketua pemimpin Isis.
“Kamu semua akan berhadapan dengannya jika cuba melakukan sesuatu yang bodoh,” katanya.
Sungguhpun Isis mendakwa Mateen sebagai “askar khalifah”, para penyiasat berkata belum ada bukti bahawa lelaki bersenjata itu sebahagian daripada konspirasi yang besar
Tranungkie blogspot.com
Posted on Friday, June 24 @ 07:51:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
No comments:
Post a Comment