Monday 21 October 2013

Persidangan Jawatankuasa Bertindak (Focal Point) Menangani Gejala Sosial


          Persidangan yang telah diadakan pada 25-27 September 2013 di Eastin Hotel Petaling Jaya, Selangor ini telah dihadiri oleh wakil Jabatan Agama Islam Negeri, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan bahagian-bahagian di Jakim. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan Jakim. Objektif persidangan adalah untuk membincangkan aktiviti dan program menangani gejala sosial antara Jakim, JAIN, agensi-agensi kerajaan dan NGO seluruh Malaysia. Seterusnya, menerusi pengemblengan keupayaan, kemahiran dan kepakaran secara sistematik dan terancang di antara agensi-agensi tersebut, dapat menyediakan pelan tindakan menangani gejala sosial khususnya dalam isu Anak Tak Sah Taraf.
 
 
TKPPI sedang memberi ucap utama sempena majlis perasmian persidangan
          Sepanjang persidangan berlangsung, terdapat 6 pembentangan kertas kerja yang memfokuskan kepada tema persidangan pada kali pertama ini iaitu Ke Arah Sifar Anak Tak Sah Taraf. Perbincangan merangkumi perkara-perkara berkaitanMaklumat Anak Tak Sah Taraf Mengikut Rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Anda Bijak Jauhi Zina(Raudatus Sakinah), Pendidikan dan Rawatan Remaja Hamil Luar Nikah : Perkongsian Pengalaman (Baitul Rahmah), Penguatkuasaan Jenayah Syariah (Salah Laku Seksual): Perkongsian Pengalaman Bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Menangani Isu-Isu dan Permasalahan Anak Tak Sah Taraf Mengikut Undang-Undang Syariah (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia) dan Implikasi Anak Tak Sah Taraf Kepada Pembangunan Institusi Kekeluargaan di Malaysia (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
 
Salah seorang penceramah sedang membentang kertas kerja

Wakil daripada BAKA turut berkongsi pandangan
          Di akhir persidangan telah diadakan sesi perbincangan dan cadangan resolusi bagi merumuskan hasil persidangan tersebut.  Sesi ini telah dikendalikan oleh Dr. Abdul Ghafar bin Surip, Ketua Penlong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti dan Tuan Hj. Mat Radzi bin Hj. Mat Ali, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah.  Adalah diharapkan persidangan ini dapat menggerakkan usaha menangani isu Anak Tak Sah Taraf dengan lebih efisien selaras dengan tuntutan semasa demi melahirkan ummah berkualiti untuk agama, bangsa dan negara.
 


Date: 
 Oct 18, 2013

No comments:

Post a Comment