Wednesday 25 September 2013

Program Diskusi Isu Penguatkuasan Dan Pendakwaan Undang-Undang Syariah : Kajian Perbandingan Pelaksanaan Undang- Undang Syariah Di Acheh, Indonesia


Acheh, 25 hingga 28 Ogos 2013: Jakim selaku penyelaras isu-isu berkaitan hal ehwal Islam seluruh Malaysia sentiasa prihatin dengan usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran bagi memacu transformasi Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pendakwaan Syariah Malaysia Kali Ke – 4 Tahun 2011 yang telah diadakan pada 18 hingga 19 November 2011 di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan telah bersetuju dengan cadangan lawatan kajian ke Acheh, Indonesia bagi tujuan mempelajari dan mengkaji undang-undang Syariah yang dilaksanakan di Wilayah Acheh.
Keputusan ini dibuat memandangkan Wilayah Acheh merupakan satu-satunya wilayah yang melaksanakan undang-undang Syariah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di Asia Tenggara. Program ini telah dilaksanakan pada 25 hingga 28 Ogos 2013 yang melibatkan Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia serta diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jakim.
Objektif program ini diadakan adalah untuk :
(a) Mendapatkan maklumat dan penjelasan yang tepat berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan serta kaedah- kaedah hukuman Syariah di Acheh;
b) Meningkatkan profesionalisme pegawai melalui pertukaran maklumat, pandangan dan saranan bagi mengatasi permasalahan berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah dengan pihak Pentadbiran, Penguatkuasaan, Pendakwaan dan Mahkamah Syariah Wilayah Acheh; dan
c) Meningkat dan menjalinkan hubungan strategik yang baik serta mengeratkan silaturrahim dengan agensi Agama seperti Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi Acheh (KANWIL), Dinas Syariat Islam Pemerintah Acheh dan Mahkamah Syar’iyah Acheh.
Antara tempat yang dikunjungi sepanjang program diskusi adalah seperti berikut:
a)   Kunjung Hormat Kepada Yth. Prof. Dr. Syahrizal Abbas MA Kepala Dinas Syariat Islam,Wakil Gubernur Acheh di Kantor Gubernur Acheh, Banda Acheh;
b)   Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth Bapak Abrar Zym. S.Ag Kepala Bidang Pendidikan Diniyah & Pondok Pasantren, Wakil Kepala Kantor di Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi Aceh (KANWIL) Banda Acheh;
c)   Kunjungan Hormat kepada Yth. Bapak Hamdan Kepala Seketeriat, Wakil Imam Besar di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Acheh;
d)   Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. Prof. Dr. Farid Wajdi, Rektor diInstitut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Banda Acheh;
e)   Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. DR. H. Idris Mahmudy, SH, MH, Ketua di Mahkamah Syar’iyah Acheh, Banda Acheh; dan
f)    Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. Prof. Dr. Syahrizal Abbas MA, Kepala Kantor di Dinas Syariat Islam Provinsi Acheh, Banda Acheh.
Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan perbincangan telah dapat diadakan pada masa yang ditetapkan. Ahli delegasi telah disambut dengan ceria dan meriah di semua lokasi yang dilawati. Di harapkan agar program ini dapat diteruskan dalam usaha mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara dua negara khususnya bagi mengkaji dan berkongsi pengetahuan atau knowledge sharing mengenai Perundangan Syariah dari segi penguatkuasaan, pendakwaan, kehakiman dan pentadbiran di Agensi Pemerintah Acheh, Indonesia.
Delegasi Program Diskusi Isu Penguatkuasan Dan Pendakwaan
Undang- Undang Syariahbergambar kenangan di Kantor Gubernur Acheh, Indonesia
Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth Bapak Abrar Zym. S.Ag, Wakil Kepala Kantor di Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi Aceh (Kanwil) Banda Acheh
Masjid Raya Baiturrahman, Banda Acheh, Indonesia
Kunjungan Hormat kepada Yth. Bapak Hamdan Kepala Seketeriat, Wakil Imam Besar di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Acheh, Indonesia
Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. Prof. Dr. Farid Wajdi, Rektor diInstitut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia.
YBhg. Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim sedang ditemuramah oleh wartawan semasa di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia.
Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. DR. H. Idris Mahmudy, SH, MH, Ketua di Mahkamah Syar’iyah Acheh, Banda Acheh, Indonesia.
Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. Prof. Dr. Syahrizal Abbas MA, Kepala Kantor di Dinas Syariat Islam Provinsi Acheh, Banda Acheh
Delegasi Program Diskusi Isu Penguatkuasan Dan Pendakwaan
Undang-Undang Syariahbergambar kenangan bersama Yth. Prof. Dr. Syahrizal Abbas MA, Kepala Kantor di Dinas Syariat Islam Provinsi Acheh, Banda Acheh.

No comments:

Post a Comment