Wednesday 5 September 2012

KELEBIHAN SUSU IBU TELAH DIJELASKAN OLEH AL QUR'AN SEJAK 1400 TAHUN DAHULU


Susu ibu adalah satu sebatian yang tiada tandingan yang diciptakan oleh Tuhan yang merupakan sumber-makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan saru sebatian yang meningkatkan kerintangan melawan penyakit. Sekalipun makanan bayi tiruan yang dihasilkan oleh teknologi terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi ini yang sungguh menakjubkan.
Setiap hari, faedah susu ibu ini kepada bayi ditemui. Satu dari fakta bahawa sains telah menyingkap mengenai khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah. Tuhan memberikan kita satu maklumat penting yang ditemui oleh sains baru ditemui kini, dengan ayat ".. susuannya mengambil dua tahun" 1400 tahun lalu.
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu. (Surah Luqman; 14)

No comments:

Post a Comment