Monday 16 July 2012

PEMILIK KUCING DI KALANGAN KAUM WANITA CENDERUNG UTK MEMBUNUH DIRI ?



MENURUT satu kajian, pemilik kucing di kalangan wanita memiliki lebih kecenderungan untuk cuba membunuh diri disebabkan jangkitan parasit yang berasal daripada najis haiwan peliharaan itu.

Wanita yang dijangkiti oleh sejenis parasit, Toxoplasma gondii (T.gondii) yang disebarkan melalui sentuhan terhadap najis ataupun memakan daging mentah atau sayuran yang tidak dicuci bersih memiliki lebih kecenderungan berfikir untuk membunuh diri.

Dianggarkan sekitar satu pertiga penduduk dunia telah dijangkiti oleh parasit tersebut, yang mana ianya bersembunyi di sel-sel otak dan otot dan biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan.

Jangkitan yang dinamakan sebagai toxoplasmosis itu dikaitkan dengan penyakit otak seperti, schizophrena dan perubahan tingkah laku.

Penyelidik dari U.S, Denmark, Jerman dan Sweden telah menjalankan kajian ke atas lebih 45,000 wanita Denmark yang dilahirkan di antara tahun 1992 hingga 1995.


Para penyelidik mendapati, wanita yang dijangkiti T.gondii memiliki satu setengah kali ganda kecenderungan untuk membunuh diri dibandingkan dengan wanita yang sebaliknya.


Ulasan:


Persoalannya apakah dapatan kajian itu boleh diterima 100 % lebih-lebih lagi bagi insan Muslim. Mengapa cuba mengaitkan perbuatan membunuh diri dengan tabiat mulia memelihara kucing. Memelihara kucing adalah amalan mulia sedangkan perbuatan membunuh diri adalah perbuataan kufur. Menjaga kucing dengan segala batasnya mendapat pahala. Membunu diri adalah perbuatan berdosa besar dan kufur dan masuk ke dalam neraka Allah.

Mana mungkin amalan mulia ( membela kucing) boleh menjadikan seseorang yang melakukan mendapat kebinasaan. Di dalam Islam setiap perbuatan baik akan menatijahkan perkara yang baik juga walaupun ianya satu yang bersifat sunat untuk melakukan atau meninggalkan satu-satu perbuatan kerana ia dihukumkan makruh.Memelihara kucing adalah amalan mulia.Ia bukti seorang hamba untuk menyayangi makhluk Allah yang lemah. Kucing buknlah binatang najis. Seorang sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Abu Hurairah dikenal kerana tabiatnya memelihara kucing.Sayangnya beliau kepada kucing sehingga beliau pernah menyimpan anak kucing di dalam poket jubahnya. 

Mengaitkan perbuatan bunuh diri dengan amalan membela kucing atas apa alasan adalah bertentangan dengan aqidah umat Islam. Binatang tidak berupaya menjejaskan aqidah seseorang, melainkan manusia itu melakukan perbuatan menyembah binatang tersebut. Kemungkinan perbuatan membunuh diri yang berlaku kepada pemelihara kucing ini ada kaitan dengan perkara lain. Kemungkinan mereka ini berhadapan dengan masalah kemurungan, masalah psikologi dan lainnya. Perkara ini yang perlu diteliti.


No comments:

Post a Comment