Friday 17 February 2012

Makanan Kita Mungkin Dicemari Bahan Arak ?

 
Mencari yang halal adalah wajib bagi setiap Muslim. Antara yg terpenting di sudut halal ialah persoalan makan minum. Hanya mereka yang benar-benar berhati halus (tasawuf) sahaja akan menitikberatkan persoalan makan minum. Di zaman moden sekarang ini teramat sukar untuk  memastikan makanan kita adalah  bersih dan halal. Apatah la
gi makanan yang diproses melalui kilang dan sebagainya.

Sedar atau tidak, mungkin selama ini kita mendakwa tidak pernah menyentuh atau meminum arak. Tapi bagaimanakah dgn makanan dan minuman kita seharian. Apakah tidak mustahil ia telah dicampur dgn bahan najis dan haram seperti arak. Untuk pengetahuan semua berikut adalah sedikit maklumat berkaitan istilah-istilah arak yg perlu difahami oleh kita semua.

Istilah-istilah bagi ARAK dan yang mengandungi CAMPURAN ARAK....

1. Wine - Hasil fermentasi/pemeraman/penapaian buah-buahan khususnya anggur
2. Beer - Hasil fermentasi gandum atau barley
3. Wiski - Hasil fermentasi bijian/gandum/jagung/barli
... 4. Brandy - Sejenis ark yg dihasilkan hasil penyulingan wine mengandungi
4. Cocktail - Minuman campuran yang salah satu bahannya mestilah mengandungi minuman beralkohol (istilah international).
5. Cider - Hasil fermentasi epal
5. Rum - Hasil fermentasi tebu
6. Tuak - Hasil fermentasi beras atau air kelapa (mengikut kawasan/daerah)
7. Mojito - Cocktail yg dihasilkan daripada campuran rum, gula, pudina, lime dan sparkling water.
8. Spirits - Istilah umum bagi arak/ minuman beralkohol
9. Liquor - Istilah umum bagi arak / minuman beralkohol
10. Pinacolada - Sejenis cocktail berasaskan jus nenas yang mengandungi rum.
11. Gin - Sejenis arak daripada buah 'juniper berries'
12. Bitters -Minuman beralkohol dengan mempunyai rasa pahit (bitter) drpd herba-herba.
13. Nasih , Baa atau b'a, Nasih , Kinomol , Lihing ,Bahar - merupakan nama lain bagi arak beras atau tuak dalam bahasa Kadazan.
14. Tequila - Minuman beralkohol yg dihasilkan daripada 'blue agave plant'
15. Margarita - Sejenis cocktail yang mengandungi tequila dengan campuran orange-flavoured liqueur dan lime atau lemon juice, sellunya dihidangkan dengan garam pada 'glass rim'.
16.Champagne - Adalah Sparkling wine, hasil fermentasi wine pada tahap kedua
17. Sake - Hasil fermentasi beras.
18. Mirin - Sejenis rice wine yang digunakan dalam masakan.(teriyaki sos mengandungi mirin)
19. Todi - Arak hasil daripada air kelapa (palm wine)
20. Scotch - Sejenis wisky dihasilkan di ScotlandSee more
Apapun sebagai orang Islam kita mesti berhati-hati dalam memilih makanan yang akan dimakan oleh kita dan anak-anak. Makanan akan membentuk peribadi. Makanan yang kotor inilah yang akhirnya menyebabkan kita akan menyukai benda-benda yang kotor juga.

No comments:

Post a Comment