Apa yang saya hendak tulis pada hari ini ialah sekadar untuk mengulas berita petikan sebuah akhbar internet bertarikh 5/1/2012. Berita adalah berkaitan tuntutan Christian Federation of Malaysia (CFM) meminta supaya Perdana Menteri Malaysia mewujudkan sebuah jabatan/kementerian agama bukan Islam di negara ini. .Walaupun berita tersebut tidak menjadi berita headline bagi hari itu, namun berita-berita seperti itu boleh menarik perhatian bagi mereka yang prihatin dengan isu-isu yang menimpa umat Islam. Berikut adalah antara petikan berita tersebut;
, 5 Jan — Datuk Seri Najib Razak seharusnya menghormati undang-undang dengan menggugurkan perundangan dan polisi yang menjadikan Kristian sebagai mangsa birokrasi, menurut satu kumpulan yang mewakili 90 peratus gereja semalam. Dalam kenyataan tegas mereka, kumpulan yang dikenali sebagai, Christian Federation of Malaysia (CFM): KUALA LUMPUR
"Bishop Anglican Ng Moon Hing, ketua CFM, menggesa Perdana Menteri untuk menubuhkan sebuah kementerian agama bukan Islam untuk menjamin keselamatan dan memelihara hak dan keinginan bukan sahaja untuk Kristian, malah Buddha, Siks, Taoisme, dan Hindu. “Kami berharap agar akan ada perundingan untuk menghormati struktur dan operasi kementerian tersebut,” katanya. Tambahnya lagi, ini adalah langkah pertama sebagai pemimpin Kristian yang tidak naif untuk meletakkan isu agama akan dapat diselesaikan tanpa komitmen dan penyertaan daripada seluruh kementerian dan organisasi kerajaan. Ng, yang juga merupakan ketua Anglican Barat Malaysia, menggesa Najib untuk menarik balik larangan penggunaan perkataan “Allah” yang turut merujuk kepada tuhan mereka."
Apabila membaca berita seperti ini sebagai rakyat Malaysia beragama Islam perasaan saya merasa resah dan tidak puas hati. Perasaan ini mungkin turut dikongsi oleh sebahagian besar umat Islam lainnya. Timbul perasaan di dalam hati beginikah sikap segelintir rakyat Malaysia apabila melihat orang lain lemah (umat Islam sedang berpecah) mereka akan membuat tuntutan yang bukan-bukan semata-mata untuk memenuhi kepentingan puak dan peribadi.
Sebenarnya desakan diwujudkan Jabatan Agama untuk bukan Islam pernah dilakuan oleh banyak pihak sebelum daripada ini. Namun dalam pemerhatian saya kebiasaannya tuntutan ini dilakuan secara bermusim atau sebab-sebab tertentu cthnya ketika suasana hampir menghadapi pilihanraya dan sebagainya. Di sini secara jelas ada sekelompok kumpulan rakyat Malaysia telah menjadikan isu agama sebagai bahan tawar menawar dengan parti pemerintah.
Sebagai contoh di sini saya utarakan balik ucapan se orang Yb di persidangan Parlimen pada tahun 2006 ketika kurang dua (2) tahun menjelang pilihanraya 2008.Dalam persidangan Parlimen tersebut YB Loh Seng Kok, Ahli Parlimen Kaw. Kelana Jaya (P104) ketika menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan SPB Yang Dipertuan Agong XII Di Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat, Parlimen Kesebelas, 14 & 15-3-2006 ..menyatakan:
Sebenarnya desakan diwujudkan Jabatan Agama untuk bukan Islam pernah dilakuan oleh banyak pihak sebelum daripada ini. Namun dalam pemerhatian saya kebiasaannya tuntutan ini dilakuan secara bermusim atau sebab-sebab tertentu cthnya ketika suasana hampir menghadapi pilihanraya dan sebagainya. Di sini secara jelas ada sekelompok kumpulan rakyat Malaysia telah menjadikan isu agama sebagai bahan tawar menawar dengan parti pemerintah.
Sebagai contoh di sini saya utarakan balik ucapan se orang Yb di persidangan Parlimen pada tahun 2006 ketika kurang dua (2) tahun menjelang pilihanraya 2008.Dalam persidangan Parlimen tersebut YB Loh Seng Kok, Ahli Parlimen Kaw. Kelana Jaya (P104) ketika menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan SPB Yang Dipertuan Agong XII Di Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Rakyat, Parlimen Kesebelas, 14 & 15-3-2006 ..menyatakan:
Apapun alasan dan waktu tuntutan ini dikemukakan bagi saya perkara ini adalah teramat sensitif dan menyetuh perasaan dan hati umat Islam yang menjadi penduduk majoriti di negara ini.Tidakkah mereka menyedari bahawa tuntutan mereka adalah bertentangan dengan semangat perlembagaan Perkara 3(1) yang memperuntukkan bahawa Islam sebagai agama Persekutuan/Negara. Begitu juga ia samasekali bertentangan dengan konsep Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu adalah ketua agama bagi agama Islam.Sebagai sebuah negara demokrasi sebenarnya semua rakyat di negara ini telah mendapat haknya sebagaimana yang diperuntukan oleh perlembagaan negara.
"….lanjutan daripada itu, sebagai langkah pengiktirafan kepada agama-agama lain, mematuhi prinsip kebebasan hak beragama mengikut Perlembagaan Persekutuan, maka pelan tindakan pragmatik menggalak dan memupuk persefahaman serta hubungan harmoni rakyat berbilang agama perlu bermula dari sektor awam. Dengan itu, mungkin sudah tiba masanya untuk saya mencadangkan kepada Kerajaan agar ditubuhkan Jabatan Kemajuan Agama-agama di Malaysia (JAKAM)."
Apa yang saya bayangkan sekiranya tuntutan seperti ini dipenuhi kemungkinan besar sistem pentadbiran agensi agama Islam di Malaysia akan dirombak keseluruhannya. Sebagai contoh, kemungkinan besar kewujudan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sudah tidak boleh wujud atas entitinya sendiri melainkan JAKIM mesti akan berada di bawah satu jabatan Induk yang dipanggil Jabatan Agama Malaysia (JAM) yang mengabungkan semua agama-agama.Begitu juga mungkin kita akan menyaksikan kewujudan Komplek Pentadbiran Agama-Agama di Malaysia dalam satu kawasan. Apa yang pasti ialah kerajaan tidak akan membina bangunan-bangunan baru walaupun berlaku pertambahan jumlah jabatan kerajaan, lebih-lebih lagi kerajaan buat masa kini sedang melaksanakan dasar penjimatan
Oleh kerana itu, berkemungkinan beberapa infrastruktur sediaada yang digunakan oleh agensi agama seperti JAKIM akan dikongsi bersama. Sebagai cth;Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berkemungkinan akan ditukar menjadi Institut Latihan Agama Malaysia (ILAM) di mana sebahagian kompleks institut akan digunakan untuk menjalankan kursus untuk agama Kristian, Hindu, Budha dan lainnya. Walaubagaimanapun saya berdoa keadaan itu tidak akan berlaku di Malaysia, walaupun ia telah berlaku di negara jiran kita Indonesia. Semoga Perdana Menteri mempunyai kekuatan untuk menolak tuntutan dan desakan mengarut dari kumpulan berkepentingan ini.
No comments:
Post a Comment