Saturday 17 December 2011

Sudah Ada Melayu Kahwin Sejenis? Gerakan LGBT Semakin Berani




Cerita orang Melayu jadi Gay, macam cerita dongeng saja sebelum ini. Tapi sekarang ini bukan saja dongeng tapi sekarang orang Melayu menjadi lebih hebat dan canggih sehingga dikalangan Gay Melayu mereka sanggup kahwin sejenis. Mungkin mereka (berkahwin sejenis) tidak dilakukan di dalam negara. Namun perbuatan terkutuk mereka ini amat menyentuh hati dan perasaan sesama bangsa apatah lagi mereka adalah orang Islam. Sekarang orang Melayu bukan sahaja menjadi Leberal tetapi mereka secara terang-terangan berani mencabar Allah S.W.T. dan sanggup melakukan perbuatan terkutuk kaum Lut secara terbuka dan seterusnya memperjuangkannya. Di bawah adalah bukti-bukti menunjukan sememang telah wujud apa yang dinamakan gerakan LGBT (Lesbian, Gay Biseksual dan Trankseksual) yang memperjuangkan aliran mereka agar diterima sebagai norma yang mesti diterima oleh rakyat Malaysia. 
                               
 Ada orang Melayu sudah kahwin sejenis ?



Contoh Surat   Golongan Gay  dihantar kepada saya melalui email.

Date:
 12/16/11 6:37 PM

Subject: Kenyataan Golongan Gay sebagai 'Pesakit' Kurang Bijak dan Matang !!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Tuan/Puan terutamanya YAB Puan Saimah,

     Terima kasih atas artikel yang bertajuk Usah pandang jelek, anggap ‘pesakit’ di laman Harian Metro bertarikh hari ini yang ditujukan buat umat lelaki islam gay dengan kata lain menjalani kehidupan dengan melakukan hubungan seks sesama jantina. Saya rasa amat terkilan dan tersinggung dengan kenyataan ini mengapa gol gay dikatakan sebagai pesakit kerana buat pengetahuan Tuan/Puan, ramai golongan gay di luar sana adalah terdiri daripada golongan profesional yang mana mempunyai pekerjaan yang hebat seperti doktor, pensyarah, arkitek, akauntan dan pelbagai jawatan tertinggi di jabatan kerajaan.

   Apakah fakta yang membuatkan puan menyatakan bahawa golongan ini adalah pesakit ?? Saya rasa tidak sesuai dan amat dukacita dengan kenyataan ini seperti menghina dan mencaci lebih teruk daripada perkataan jelek. Saya rasa perkataan jelek lebih manis berbanding dengan perkataan pesakit...

  Maaflah nak cakap, dengan kenyataan ini memang amat memberikan penangan yang hebat buat saya kerana terus terang saya juga merupakan tergolong dalam kategori ini tetapi bukan dengan secara rambang akan tetapi mempunyai pasangan terpilih pada waktu-waktu tertentu dan pasangan saya adalah seorang yang mempunyai seorang isteri dan anak.

  Saya tidak faham mengapa perkataan 'pesakit' digunakan dalam memberikan pandangan terhadap golongan ini umpama menghina dan meletakkan saya pada satu golongan yang amat teruk dan salah satu penyakit yang kritikal berbanding dengan penyakit2 lain seperti diabetis, jantung dan kanser.

  Saya rasa tidak patut meletakkan status seseorang gay itu adalah seseorang yang berpenyakit..Seriusly saya berasa amat malu dan kejam sekali dengan kenyataan puan dalam halaman harian metro ini.

  Buat pengetahuan puan, kenyataan ini membuatkan orang sekeliling terutamanaya tempat saya bekerja mengata, mengeji, mengumpat dan memerli saya di belakang kerana secara realitinya saya adalah seorang lelaki normal dan straight akan tetapi mempunyai naluri sex yang bertentangan dengan fitrah semulajadi. Teman sekerja saya yang nakal pernah menceroboh emel2 saya dan seterusnya kantoi yang saya ni gay dan mengikut gerak hati mengatakan mereka tahu akan rahsia saya akan tetapi berdiam diri.Perlu dilihat juga mengapa seseorang itu menjadi gay kerana golongan ini lahir daripada latar belakang keluarga yang berbeza dan mempuanyai faktor2 tertentu yang menjadikan mereka gay seperti pengaryh rakan sebaya, pengaruh video lucah gay, kurang kasih sayang, rasa terpencil sejak dari kecil dan sebagainya.

  Disini ingin saya nyatakan bahawa tidak patut golongan Gay ini disifatkan sebagai PESAKIT...Memang tidak patut dan perlulah bertapis dahulu sebelum memberikan sebarang kenyataan...Sesungguhnya dengan ayat 'pesakit' membuatkan saya terkejut dan 'down' dengan artikel yang kurang berilimu daripada seorang yang bekerja di tempat yang berilimu dan disanjung tinggi.Entah berapa lama kenyataan ini akan bermain dalam fikiran dan bagaimana pula rakan2 sekerja memandang saya selepas ini. Artikel ini adalah tatapan semua orang..

Sekian,

Yang Dicaci dan Dihina lebih dahsyat daripada ayat 'jelek,
Insan Kerdil

Mungkin Allah sahaja yang akan menghukum golongan-golongan yang degil seperti ini. Allah Maha Besar dan maha Perkasa. Ditangannya segala kekuasaan. Dia Maha Penghukum dan Maha Adil.

No comments:

Post a Comment