Thursday 29 December 2011

Laman Sosial Facebook, twitter dll Punca Peningkatan Kadar Perceraian ?


Berita berkaitan perceraian melibatkan pasangan suami isteri sering menarik perhatian ramai pihak. Ia akan menjadi lebih sensasi kalau ia melibatkan golongan celebriti dan orang-orang kenamaan seperti ahli politik, artis dan lainnya. Pada hari ini Utusan Malaysia (UM) telah menjadikan isu perceraian menjadi berita utamanya. ‘Perkahwinan kian rapuh’ dengan mengulas sumber yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dijadikan sebagai tajuk berita utamanya. 

Apapun niat Utusan Malaysia mengeluarkan berita ini dan dijadikan berita utama hanya pihak pengurusan Utusan Malaysia (UM) yang mengetahui. Berdasarkan konsep ‘agenda media setting’ saya yakin berita ini dikeluarkan oleh pihak utusan dengan tujuan tertentu. Harap-harap ia adalah berniat baik dan untuk menimbulkan kesedaran banyak pihak. Pastinya berita ini mendapat perhatian ramai.

Banyak pihak selepas ini diyakini akan diminta mengulas , memberi pandangan dan komen berkaitan isu cerai ini. Sebagaimana sebelum-belum daripada ini mereka dijangka akan memberi komen yang lebih kurang sama sahaja dari segi hujah. Di samping akan ada juga di kalangan pengulas yang akan menuding jari menyalahkan orang itu dan orang ini, pihak itu dan pihak ini yang menyebabkan punca perceraian banyak berlaku. Paling tidak pasti akan ada yang  mengatakan kursus pra perkahwinan anjuran JAKIM dan JAIN negeri adalah tidak berkesan dan sebagainya.

"Bagi saya dengan mengaitkan kursus ‘pra perkahwinan’ yang kononnya dianggap tidak berkesan kepada penyebab peningkatan kadar perceraian adalah tidak adil dan berat sebelah".

"Mengharapkan Kursus ‘pra perkahwinan; yang diadakan hanya 2 hari dengan bahan ceramah sekadar 12 jam untuk menjamin keluarga individu akan harmoni seumur hidup merupakan satu harapan yang mengarut".

Bagi saya banyak lagi faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada berlaku kes-kes perceraian dan keruntuhan rumah tangga. Begitu juga banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi golongan yang telah mendirikan rumah tangga bagi memastikan keluarganya kekal bahagia. Aktiviti keagamaan, mencari rezeki halal, keberkesanan kepimpinan dan komunikasi berkesan sesama pasangan adalah antara ramuan yang mesti diguna pakai oleh pasangan suami isteri

Di samping itu jangan lupa perihal tanggungjawab kedua-dua pihak. Jangan pula bersikap ‘menduakan’ dan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing. Menyalahgunakan ‘Laman Face book’ atau Media baru untuk berseronok dan berhibur sehingga melupakan tanggungjawab juga perlu diambil perhatian. Bagi saya peningkatan mendadak kes percerai untuk tiga (3) tahun sebelum ini 2008-2010 kemungkinan ada hubungkait dengan fenomina ini. Tengok data berikut;
              
                                Data perceraian 2o tahun (1990 sehingga 2010)


  Sumber; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kalau mengikut data di atas trend perceraian 10 tahun 1990-2000 dianggap seimbang puratanya. Namun bagi sepuluh tahun berikutnya iaitu tahun 2000 sehingga 2010 peningkatan kadar perceraian meningkat secara berterusan. Trend ini kelihatan semakin meningkat secara ketara pada tahun 2007-2010 sehingga melibatkan secara purata 23,000 pasangan bagi setiap tahun. 


Kalau diperhatikan apakah fenomina yang mempengaruhi trend ini ? Tidakkah era ledakan Laman Sesewang..spt Facebook, Twitter, blog dan terbaru netlog berlaku bermula dalam tempoh tiga tahun tersebut. Walaupun belum ada satu kajian secara ilmiah dijalankan berkaitan hubungkait antara trend penggunaan Laman sesewang dan hubungkaitnya dengan peningkatan kadar percerai di kalangan umat Islam namun perkara ini sewajarnya dapat difikirkan bersama ? Pastinya bukan salah teknologi. Yang bersalah penguna-pengguna teknologi. Saya guna blog dan facebook untuk berdakwah…Insyaa Allah.

No comments:

Post a Comment