Menjelang 25 Disember setiap tahun penganut Kristian seluruh dunia akan menyambut perayaan Krismas. Perayaan Krismas merupakan perayaan agama bagi seluruh penganut Kristian sebagaimana perayaan Aidil Fitri bagi orang-orang Islam. Sepanjang perayaaan Krsimas ini banyak amalan-amalan keagamaan Krsitain diadakan bagi penganut Krsitian merayakan dan membesarkannya seperti pergi ke gereja, budaya santa claus dan lainnya.
Persoalan yang timbul di sini ialah apakah hukum bagi orang Islam merayakaan perayaan-perayaan keagamaan agama lain bukan Islam termasuk Kristian termasuk pengunaaan symbol-simbolnya termasuk berpakaian Santa Claus dan lainnya. Berikut adalah hukum hakam berkaitan amalan-amalan tersebut;
Mufti Kerajaan Negeri Johor Mefatwakan Haram Berpakaian Menyerupai Santa Claus
2010/12/24
JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.
Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian. Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya
Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam’
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Pandangan Ulama Salaf
Ibnul Qayyim dalam Ahkam Ahlu Dzimmah menyatakan ;
”Adapun memberi ucapan selamat pada syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi orang-orang kafir (seperti mengucapkan selamat natal, pen) adalah sesuatu yang diharamkan berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama. Contohnya adalah memberi ucapan selamat pada hari raya dan puasa mereka seperti mengatakan, ‘Semoga hari ini adalah hari yang berkah bagimu’, atau dengan ucapan selamat pada hari besar mereka dan semacamnya.” Kalau memang orang yang mengucapkan hal ini bisa selamat dari kekafiran, namun dia tidak akan lepas dari perkara yang diharamkan. Ucapan selamat hari raya seperti ini pada mereka sama saja dengan kita mengucapkan selamat atas sujud yang mereka lakukan pada salib, bahkan perbuatan seperti ini lebih besar dosanya di sisi Allah. Ucapan selamat semacam ini lebih dibenci oleh Allah dibanding seseorang memberi ucapan selamat pada orang yang minum minuman keras, membunuh jiwa, berzina, atau ucapan selamat pada maksiat lainnya.
Banyak orang yang kurang paham aqidah seseorang akan rosak kerana ucapan seperti itu. Ramai yang jahil berkaitan perkara berkenaan. Oleh karena itu, barangsiapa memberi ucapan selamat pada seseorang yang berbuat maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka dia pantas mendapatkan kebencian dan murka Allah Ta’ala.”
Syaikh Muhammad bin Shalih Al ’Utsaimin mengatakan, ”Ucapan selamat hari natal atau ucapan selamat lainnya yang berkaitan dengan agama kepada orang kafir adalah haram berdasarkan kesepakatan para ulama.”
Sebaiknya kita tidak menyuburkan sambutan perayaan agama bukan Islam yang boleh menjejaskan aqidah kita sendiri. Pendekatan ini adalah lebih baik. Ini bukan bermakna kita anti perpaduan dan menafikan kepentingan hidup secara harmoni. Pendekatan ini diyakini dapat memelihara maruah agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk di negara ini.
Lebih utama daripada itu setiap umat Islam hendaklah menolak fahaman yang menyatakan semua agama adalah sama sahaja atau yang sekarang dipanggil fahaman ‘Pluralisma Agama’ yang sedang diperjuangkan oleh kelompok tertentu di negara ini. Kefahaman ‘Pluralisma Agama’ adalah fahaman sesat lagi menyesatkan dan mereka yang beramal dengannya boleh menjadi Kufur.
No comments:
Post a Comment