Monday 14 November 2011

Anak-Anak 3 Bekas PM Ahli Sister In Islam (SIS) ?

Kemunculan kumpulan tertentu yang mendakwa memperjuangkan Liberalisma Agama di Malaysia dianggap satu kejutan baru bagi umat Islam di Malaysia. Antara NGOs yang dianggap aktif untuk memperjuangkannya ialah Sister In Islam (SIS). SIS merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Keahlian yang aktif tidak melebihi sepuluh (10) orang, tetapi mereka terdiri dari kalangan professional wanita, khususnya dalam bidang undang-undang sivil. (Gambar: Anak 3 Bekas PM Dlm Majlis Anjuran SIS)


                                               Marina Mahathir dan Zainah Anwar

Mereka terkenal dengan pendekatan drastik dalam mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan hak-hak wanita dan hak asasi. Beberapa tokoh SIS yang menonjol ialah Zainah Anwar selaku Pengarah Eksekutif, Nora Murad sebagai Pegawai Undang-Undang dan Nik Noraini Nik Badlishah seorang Pegawai Penyelidik (Mohd Kamil Abd Majid, Dr Fauzi Deraman, Mohd Asri Zainal Abidin dan Admin Armas 2006:154). Di samping itu, dipercayai beberapa individu terkenal dan berpengaruh seperti anak-anak perempuan beberapa orang bekas Perdana Menteri Malaysia turut terlibat dengan gerakan ini (Lihat gambar di atas).

SIS kerap terlibat dengan forum, diskusi dan juga penulisan di media massa dalam isu-isu hak wanita dan hak asasi Apa yang mengelirukan dan dianggap menyeleweng apabila mereka secara berani cuba membuat tafsiran semula terhadap teks-teks al-Qur’an dan hukum hakam Islam yang telah muktamad. Begitu juga beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Sister In Islam (SIS) dianggap cuba menafikan peranan Syariah di dalam Islam. Beberapa contoh kenyataan SIS yang dianggap megelirukan ialah;

i.                     Isu Fatwa

Berkaitan isu fatwa Sister In Islam (SIS) memberi pandangan seperti berikut  (Sister In Islam (SIS), 1997 : 7 );

“ There is also an immediate need for the public, and our wakil rakyat in particular, to be educated to understand the difference between what is revealed and therefore divine and infallible and what changeable. The opinion of the Mufti, or Fatwa Council or state religious authorities is merely a human effort in interpreting the limitless message of the Qur’an. It is therefore open to questioning, debate and discussion....” .


ii.          Seolah-Olah Meyakini Adanya Rasul Dari Kalangan Wanita.

SIS juga seolah-olahnya meyakini adanya Rasul dari kalangan wanita walaupun hakikatnya semua Rasul adalah lelaki sesuai dengan tanggungjawab dan peranan mereka. Dalam satu risalah bertajuk Adakah Wanita dan Lelaki Saksama Di Sisi Allah ? SIS menyatakan seperti berikut ( Sister in Islam (SIS) 2002: 4 ) :

“ Meskipun hanya wanita yang boleh melahirkan anak namun tidak terdapat apa-apa dalam al-Qur’an yang mengkhususkan sesuatu kepada lelaki. Malahan peranan risalah (yakni menjadi Rasul) tidak merupakan peranan kaum lelaki sahaja tetapi hanya dikhususkan kepada segolongan individu yang luar biasa sahaja. Ayat 21: 7-8 al-Qur’an menyatakan bahawa para rasul adalah lelaki hanya menjelaskan bahawa mereka adalah manusia bukan malaikat”.
           
           
iii.        Cadangan Tafsir Semula Ayat al-Qur’an

SIS menyatakan bahawa “ penyelidikan kami” menunjukkan bahawa tafsiran al-Qur’an yang mendorongkan penindasan wanita ini telah dipengaruhi oleh prasangka dan nilai budaya yang menganggap wanita sebagai rendah kedudukannya dan tunduk kepada lelaki …. Usaha kami mengkaji semula al-Qur’an dan mempelajari wahyu Allah untuk memahami maksud sebenar merupakan pengalaman yang membuka cakerawala jiwa kami ( Sister in Islam (SIS) 2002 : 1-2).

iv.      Isteri Tidak Perlu Taat Kepada Suaminya

SIS menyatakan bahawa “ merujuk kepada surah an-Nisa’ ayat 34, ayat ini sering disalah tafsirkan sebagai membawa pegertian bahawa seorang isteri mestilah taat kepada suaminya …. Al-Qur’an tidaklah memerintahkan para isteri supaya taat pada suami tidaklah membawa maksud sifat ketaatan isteri terhadap suaminya atau sifat berserah seorang manusia terhadap sebarang manusia lain …Rangkaikata “jika mereka telah taat kepadamu” tidak membawa erta bahawa wanita mesti menurut perintah lelaki”.

SIS juga telah terlibat dengan aktif untuk mewujudkan Suruhanjaya Agama Malaysia (IFC) ( Utusan Malaysia : 25 Febuari 2005). IFC ditubuhkan antaranya bertujuan memperjuangkan (Http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=12801 12 April 2005 dan YADIM, 2005 : 5);

i.           Untuk meletakkan semua agama adalah sama taraf.

ii.          Untuk menuntut agar anak yang lahir dari ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi Islam.

iii.         Untuk memperjuangkan nasib orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal (murtad).

iv.         Untuk menuntut orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam dan sebaliknya membenarkan untuk orang Islam murtad sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam dan;

v.          Memperjuangkan tuntutan untuk menggunakan wang zakat untuk keperluan dan kegunaan bukan Islam.

SIS telah dianggap melampaui batas apabila mereka tanpa berselindung lagi telah berperanan membela kumpulan ajaran-ajaran sesat atas nama perjuangan hak asasi manusia.  Sebagai contoh apabila  Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JAIT) cuba membenteras ajaran sesat kumpulan Ayah PIN ia telah mendapat pembelaan  dari kumpulan Sister In Islam. Tindakan JAIT ditohmahkan sebagai kejam, tidak demokratik dan menyalahi hak asasi manusia  (http://www.isterinislam.org.my/BM/knyataan akhbar/ 27072006 htm dalam talian 22.3.2005).

SIS telah bergabung dengan beberapa NGO bukan Islam menuntut agar kerajaan menghapuskan undang-undang moral di negara ini (Http:www.sisterinislam.org.my?BM?mamp/tandatangan.htm pada 8.8.2007 ). Berkaitan amalan Islam di Malaysia pula, mereka menuntut agar kerajaan mengkaji balik institusi mufti, mengkaji kembali keistemewaan Islam di dalam Perlembagaan Malaysia, dan beberapa tuntutan lainnya (Http://www.petitionline.com/consup/petition.htm dalam talian pada 22.8.2006) . Mereka secara berterusan menentang pelaksanaan dan juga memperlekehkan hukum hudud. Yang terbaru, dengan secara terang-terangan mereka membila golongan LGBT dengan mempertahankan hak mereka untuk menganjurkan program Seksualiti Merdeka (Sex Songsang spt Gay, Lesbian dan Trankseksual).


NGOs spt SIS dan lainnya yang memperjuangkan Liberalisma Agama adalah ancaman baru kepada ajaran Islam dan aqidah Ummah. Mereka adalah lebih merbahaya dari kumpulan Maunah, Ayah Pin dan Al Arqam itu sendiri. Penglibatan individu berpengaruh yang mendokong kumpulan ini adalah amat mendukacitakan. Kerajaaan hendaklah bertindak kepada kumpulan ini sebelum keadaan menjadi lebih mudarat.



No comments:

Post a Comment