Monday 3 October 2011

SOLAT MENYIHATKAN OTAK

Sebut sahaja otak kita terbayang organ paling penting dalam tubuh kita. Kita sanggup untuk menempuh penyakit-penyakit lain dalam tubuh kita tapi jangan sesekali kita berhadapan dengan penyakit berkaitan otak. Penyakit seperti strok dan gila ia ada kaitan dengan organ otak kita. Mari kita llihat bagaimana solat akan menyehatkan organ otak kita.

Sistem peredaran darah manusia menyebabkan oksigen dan ‘zat makanan’ teredar ke seluruh tubuh. Perbuatan sujud di dalam solat adalah satu-satunya mekanisme terbaik untuk menyalurkan darah keorgan otak secara sempurna. Sujud meningkatkan aliran darah ke kepala. Secara otomatiknya ia meningkatkan kandungan oksigen dalam otak sehingga melancarkan metabolisme dalam otak. Aliran darah meningkat akibat sujud juga memberikan penambahan tekanan pada saluran darah. Ini melatih dinding-dinding saluran darah di kepala supaya lebih bersedia menghadapi tekanan sehingga mampu menjadi lebih kuat apabila menghadapi trauma.

Pada badan yang menghadapi kejutan, khususnya anafilaktik shock di mana tekanan darah ke otak menurun. Antara rawatan yang dilakukan adalah pemposisian pesakit dengan meletakkan kepala lebih rendah kebawah. Ini bertujuan meningkatkan aliran darah ke kepala. Keperluan oksigen dalam otak penting kerana sel-sel saraf otak akan mati dalam masa lima minit apabila tidak dapat oksigen. Pesakit strok yang mengalami kelumpuhan anggota badan akibat gangguan peredaran darah ke otak tidak dapat dipulihkan lagi.

Sujud yang wajib sebanyak 34 kali dalam sehari ketika solat menjamin aliran darah ke otak khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan kekuatan kontraksi dan degupan jantung meningkat sehingga dapat mencegah terjadinya strok. Seperti sistem limfatik, saluran vena tidak memiliki kekuatan kontraksi internal bagi mengepam darah. Berbeza dengan saluran arteri yang memiliki kemampuan kontraksi pada dindingnya. Oleh itu, aliran darah dalam vena juga dibantu oleh posisi tubuh dan kontraksi otot.

Berdasarkan kajian, tubuh badan kita mengandungi 75 trillion sel. Otak kita sahaja mengandungi 100 billion sel neoron, bersama-sama glial yang bilangannya lebih dari 12 kali ganda sel-sel neuron. Setiap sel hidup berfungsi, memerlukan makanan, mengeluarkan najis, membiak dan mati. Oleh itu, jika sel-sel itu berada dalam keadaan yang sehat, maka sehatlah diri kita. Maka melalui gerakan solat (sujud) sel-sel otak dapat bergerak aktif dan mencapai tahap yang sempurna.

Hebatnya ciptaan Allah yang bernama otak ini, maka Allah juga yang paling layak memberi tahu kita kaedah terbaik penjagaannya. Maka, bersolatlah dan bersujudlah dengan penuh ketaatan, Insyaa Allah pahala dapat kesihatan otakpun dapat juga.Allah Hua'lam.

No comments:

Post a Comment