Tuntutan solat berjamaah secara jelas dinyatakan di dalam Hadis Rasulullah. Selain kerana menjanjikan kelebihan pahala berlipat kali ganda iaitu 27 darjat ia juga mempunyai kelebihan-kelebihan lainnya. Apa pula pandangan sains mengenai solat berjamaah.
Seorang profesor dalam bidang sains fizik di sebuah Universiti di Amerika Syarikat iaitu Profesor John Herbert telah membuat satu kajian tentang mengapa disyariatkan solat berjemaah di dalam Islam dan kelebihan solat berjemaah tersebut di dalam kehidupan umat Islam.
Menurut Profesor tersebut, tubuh badan kita (manusia) terdiri daripada dua cas elektrik iaitu cas positif dan negatif. Dalam perjalanan hidup manusia setiap hari, semasa kita bekerja, beribadah atau berehat, kita banyak menggunakan tenaga dan dalam proses ini banyak berlaku pertukaran cas-cas positif dan negatif yang menyebabkan ketidak seimbangan cas-cas tersebut di dalam tubuh badan kita. Ia menyebabkan kita berasa letih dan lesu setelah kita menjalankan aktiviti-aktiviti harian.Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan kita kepada keadaan normal supaya kita kembali segar dan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lain tanpa gangguan.
Menurut beliau semasa kita melakukan solat berjemaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan saf, bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran tubuh kita dengan tubuh jemaah lain yang berada dikiri dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jemaah lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang berlawanan dari tubuh badan kita. Dengan berlaku keseimbangan cas-cas poitif dan negatif. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.
Menurut beliau keadaan ini amat diperlukan di dalam kehidupan harian kita sebagaimana keperluan tidur setiap hari yang melaksanakan fungsi yang sama. Setelah kita berehat selama beberapa jam setelah tidur tubuh badan kita mengandungi cas positif dan negatif yang seimbang.
Timbul satu persoalan di minda Profesor ini mengapa di dalam Islam, disyariatkan malah sehingga keperingkat diwajibkan mengerjakan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama iaitu (Zuhur 4 rakaat, Asar 4 rekaat, Maghrib 3 rekaat, Isyak 4 rekaat dan subuh 2 rekaat sahaja).Hasil kajian beliau mendapati, subuh hanya perlu dua rakaat kerana ia hanya memerlukan sedikit pertukaran cas di dalam tubuh badan kita.
Berlainan dengan zuhur ia memerlukan cas yang lebih kerana setelah kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran cas-cas yang banyak dan solat berjemaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.Begitu juga keperluan cas yang lebih juga diperlukan diwaktu asar kerana kebiasaannya kita akan menyambung tugasan dan kerja kita selepas rehat waktu tengah hari.
Selepas waktu asar, setelah pulang dari kerja atau pada waktu kebiasaannya kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan tidak terlalu lama. Oleh itu, tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Solat berjemaah waktu maghrib yang hanya 3 rekaat adalah disesuaikan kerana kita tidak mengeluarkan banyak tenaga dibandingkan dua waktu sebelumnya.
Seterusnya timbul persoalan difikiran beliau tentang mengapa solat Isyak mengandungi 4 rekaat. Secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak untuk tidur. Setelah kajian beliau lakukan, terdapat hikmah di sebalik jumlah rekaat ini. Seperti yang kita sedia maklum, kita umat Islam sangat digalakkan supaya tidur awal pada waktu malam dan bangun semula pada sepertiga malam untuk menunaikan solat-solat sunat, terutamanya solat untuk Tahajud. Dari fakta ini, dapat disimpulkan bahawa solat Isyak berjemaah sebanyak empat rekaat dapat menyediakan penyimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun pada waktu sepertiga malam untuk menunaikan solat Tahajud dan berqiam menghambakan diri kepada Allah SWT di waktu yang dingin dan sunyi.
Dalam proses kajian ini, beliau mendapati bahawa Islam satu agama yang lengkap dan segala amalan suruhan Allah mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam sendiri. Beliau merasakan betapa besarnya Pencipta segala yang ada di muka bumi ini dan bertapa kerdilnya beliau. Pada waktu inilah, beliau telah diberi hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk agama Islam dan menukar namanya menjadi Profesor Abdullah Herbert.
Kalau seorang bukan Islam akhirnya memeluk agama Islam kerana keyakinan atas hikmah yang tersembunyi daripada ibadat solat yang dilakukan secara berjemaah. Maka sebagai Muslim sejak lahir lagi, maka apa yang hendak ditunggu lagi. Marilah penuhi masjid dengan beramai-ramai kita mendirikan solat berjemaah. Pahala dapat, kesihatanpun dapat. Allah Hu Akhbar.
No comments:
Post a Comment