Thursday 22 September 2011

TERAPI IBADAH (DOA)

Melakukan amalan doa adalah dituntut di dalam Islam. Allah menyeru agar hamba-hambanya sentiasa melazimkan diri untuk berdoa. Amalan berdoa sememangnya mempunyai kelebihan dan khasiatnya sendiri.

Fadhilat Doa

Beberapa ayat al-Qur'an dan Hadis telah menjelaskan tentang amalan berdoa seperti berikut;

Firman Allah maksudnya “Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadaku berkenaan Aku maka (beritahu kpd mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kpd mereka), Aku perkenankan permohonan org yg berdoa apabila mereka berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku dan hendaklah mereka beriman kpdku supaya mereka menjadi baik serta betul.

Hadis

Dari Abu Hurairah bahawa, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Barangsiapa yg tidak mahu meminta kepada Allah, maka Allah murka terhadapnya (Riwayat Tarmizi)

Anas sering mendengar Rasulullah berdoa “ Aku berlindung padamu ya Tuhan dari rasa sedih dan gelisah, lemah dan malas, sikap bakhil dan pengecut, cengkaman hutang dan penindasan orang lain”.
Rasulullah bersabda: “ Jarak yang paling dekat antara hamba dengan Tuhannya iaitu ketika ia sedang bersujud maka perbanyaklah doa di dalamnya” (Riwayat Muslim)

Dari Said al-Khudri beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Tidak seorang Muslimpun yg berdoa dengan doa yg didalamnya tidak berisi dosa dan memutuskan Silaturrahim melainkan Allah memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan menyegerakan permohonannya itu atau menyimpannya untuknya di akhirat kelak, atau Dia memalingkan darinya keburukan yg setimpal dengan doanya itu.”

Dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda: “ Janganlah kamu enggan utk berdoa, kerana tidak ada seorangpun yg celaka kerana berdoa (Riwayat Ibnu Hibban, Hakim dan Dhiya)

Dari Salman al Farisi Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya Allah yang Maha Hidup dan Maha Pemurah sangat malu bila ada seorang yang mengangat kedua tangannya, lalu Dia membiarkan keduanya kosong tidak menghasilkan sesuatupun (Abu Daud dan Tarmizi)


Cadangan Amalan Doa:

Memohon kekuatan iman
Dihindari Syaitan, jin dan nafsu jahat
Keteguhan Iman,
Mendapat hakikat iman,
Mencapai tahap iman org Mukminin sebenar
Mati dlm iman,
tidak dipalingkan drp iman,
Dihindari drp Syirik dan kufur
Dihindari was-was
Menjadi kekasihnya
Keampunan
Dosa diri, ibubapa keluarga dan sekian Muslimin dan Muslimat
Mohon dilindungi drp Syaitan
Mohon diberi kekuatan utk beribadah

Keselamatan Dunia dan akhirat:

-Hati yg tenang
-Umur yg berkat
-Dihindari drp api neraka
-Kesihatan jasmani, rohani, intelek dan emosi
-Dihindar dari bala dan wabak
-Kesejahteraan keluarga dan keturunan
-Mendapat keturunan yg baik
-Anak yg soleh dan solehah

1 comment:

  1. Umat Islam semakin sibuk sehingga tak sempat nak berdoa. Lebih menyedihkan , ada golongan yang memperlekehkan zikir dan doa.

    ReplyDelete