Wednesday 25 September 2013

7 rombongan iblis ketika sakaratul maut


ustazharidrus.blogspot.com,23 Sep 2013
Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.” 

Rombongan 1 

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya. 

Rombongan 2 

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya. 

Program Diskusi Isu Penguatkuasan Dan Pendakwaan Undang-Undang Syariah : Kajian Perbandingan Pelaksanaan Undang- Undang Syariah Di Acheh, Indonesia


Acheh, 25 hingga 28 Ogos 2013: Jakim selaku penyelaras isu-isu berkaitan hal ehwal Islam seluruh Malaysia sentiasa prihatin dengan usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran bagi memacu transformasi Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).
Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pendakwaan Syariah Malaysia Kali Ke – 4 Tahun 2011 yang telah diadakan pada 18 hingga 19 November 2011 di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan telah bersetuju dengan cadangan lawatan kajian ke Acheh, Indonesia bagi tujuan mempelajari dan mengkaji undang-undang Syariah yang dilaksanakan di Wilayah Acheh.
Keputusan ini dibuat memandangkan Wilayah Acheh merupakan satu-satunya wilayah yang melaksanakan undang-undang Syariah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah di Asia Tenggara. Program ini telah dilaksanakan pada 25 hingga 28 Ogos 2013 yang melibatkan Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia serta diketuai oleh YBhg. Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jakim.
Objektif program ini diadakan adalah untuk :
(a) Mendapatkan maklumat dan penjelasan yang tepat berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan serta kaedah- kaedah hukuman Syariah di Acheh;
b) Meningkatkan profesionalisme pegawai melalui pertukaran maklumat, pandangan dan saranan bagi mengatasi permasalahan berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan Syariah dengan pihak Pentadbiran, Penguatkuasaan, Pendakwaan dan Mahkamah Syariah Wilayah Acheh; dan
c) Meningkat dan menjalinkan hubungan strategik yang baik serta mengeratkan silaturrahim dengan agensi Agama seperti Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi Acheh (KANWIL), Dinas Syariat Islam Pemerintah Acheh dan Mahkamah Syar’iyah Acheh.
Antara tempat yang dikunjungi sepanjang program diskusi adalah seperti berikut:
a)   Kunjung Hormat Kepada Yth. Prof. Dr. Syahrizal Abbas MA Kepala Dinas Syariat Islam,Wakil Gubernur Acheh di Kantor Gubernur Acheh, Banda Acheh;
b)   Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth Bapak Abrar Zym. S.Ag Kepala Bidang Pendidikan Diniyah & Pondok Pasantren, Wakil Kepala Kantor di Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi Aceh (KANWIL) Banda Acheh;
c)   Kunjungan Hormat kepada Yth. Bapak Hamdan Kepala Seketeriat, Wakil Imam Besar di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Acheh;
d)   Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. Prof. Dr. Farid Wajdi, Rektor diInstitut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Banda Acheh;
e)   Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. DR. H. Idris Mahmudy, SH, MH, Ketua di Mahkamah Syar’iyah Acheh, Banda Acheh; dan
f)    Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. Prof. Dr. Syahrizal Abbas MA, Kepala Kantor di Dinas Syariat Islam Provinsi Acheh, Banda Acheh.
Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan perbincangan telah dapat diadakan pada masa yang ditetapkan. Ahli delegasi telah disambut dengan ceria dan meriah di semua lokasi yang dilawati. Di harapkan agar program ini dapat diteruskan dalam usaha mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara dua negara khususnya bagi mengkaji dan berkongsi pengetahuan atau knowledge sharing mengenai Perundangan Syariah dari segi penguatkuasaan, pendakwaan, kehakiman dan pentadbiran di Agensi Pemerintah Acheh, Indonesia.
Delegasi Program Diskusi Isu Penguatkuasan Dan Pendakwaan
Undang- Undang Syariahbergambar kenangan di Kantor Gubernur Acheh, Indonesia
Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth Bapak Abrar Zym. S.Ag, Wakil Kepala Kantor di Kantor Wilayah Kementerian Agama Provinsi Aceh (Kanwil) Banda Acheh
Masjid Raya Baiturrahman, Banda Acheh, Indonesia
Kunjungan Hormat kepada Yth. Bapak Hamdan Kepala Seketeriat, Wakil Imam Besar di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Acheh, Indonesia
Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. Prof. Dr. Farid Wajdi, Rektor diInstitut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia.
YBhg. Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim sedang ditemuramah oleh wartawan semasa di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Banda Acheh, Indonesia.
Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. DR. H. Idris Mahmudy, SH, MH, Ketua di Mahkamah Syar’iyah Acheh, Banda Acheh, Indonesia.
Kunjung Hormat dan Diskusi Kepada Yth. Prof. Dr. Syahrizal Abbas MA, Kepala Kantor di Dinas Syariat Islam Provinsi Acheh, Banda Acheh
Delegasi Program Diskusi Isu Penguatkuasan Dan Pendakwaan
Undang-Undang Syariahbergambar kenangan bersama Yth. Prof. Dr. Syahrizal Abbas MA, Kepala Kantor di Dinas Syariat Islam Provinsi Acheh, Banda Acheh.

Ulama terkenal Rusia membantah Arahan terjemahan al-Quran dimusnahkan

  • Ulama bantah mahkamahRavil (kiri) ketika mengadakan pertemuan bersama Putin ketika beliau memegang jawatan perdana menteri pada 2010.
 1 / 1 
MOSCOW - RUSIA . Ulama terkenal Rusia membantah keputusan sebuah mahkamah yang mengarahkan terjemahan al-Quran dimusnahkan selepas mengisytiharkan ia sebagai ekstremis.

Kelmarin, Ketua Majlis Mufti Rusia Ravil Gainutdin menyatakan bantahan beliau menerusi surat terbuka kepada Presiden Vladimir Putin.

Ravil turut mengecam keputusan tersebut yang dianggap sebagai buta huruf dan satu bentuk tindakan provokatif yang sengaja mahu mencetuskan kemarahan orang Islam.

"Masyarakat Islam di negara ini sememangnya terkejut dengan keputusan mahkamah di Pelabuhan Novorossiisk itu yang jelas seperti mengabaikan undang-undang.

"Perintah mahkamah untuk memusnahkan al-Quran sangat keterlaluan. Kami menggesa keputusan tersebut ditarik balik," tegasnya menurut laporan AP.

Minggu lalu, mahkamah mendakwa terjemahan al-Quran oleh Elmir Kuliyev diterbitkan di Arab Saudi pada 2002  melanggar undang-undang persekutuan yang mengharamkan bahan berunsur ekstremis

Tuesday 24 September 2013

Mufti Kedah: 'Sedia hadapi apa juga tindakan'


  • Datuk Syeikh Muhamad Baderudin AhmadDatuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad
 1 / 1 
ALOR SETAR - Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad kesal masih ada pihak mempersoal ketetapan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung fahaman Syiah di negara ini.

Katanya, pengikut fahaman itu tidak wajar menolak ketetapan termasuk mengambil tindakan perundangan kerana ajaran selain Sunnah Wal Jamaah adalah melanggar fatwa diwartakan di negara ini.

“Enakmen yang diluluskan kerajaan negeri Ogos lalu, Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 menetapkan setiap pelanggaran terhadap fatwa adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, fatwa yang diwartakan termasuk merangkumi fahaman Syiah menyalahi ajaran yang diamalkan di negara ini, iaitu Sunnah Wal Jamaah.

“Tidak perlu dipersoalkan mengenai fatwa itu termasuk peruntukan di bawahnya,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan yang tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana didakwa mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung Syiah, Syeikh Muhamad Baderudin berkata, beliau bersedia demi menegakkan syiar Islam.

“Jika mereka berhasrat ambil tindakan undang-undang terhadap saya, dipersilakan. Amanah saya untuk menegakkan kebenaran dan saya tidak gentar berdepan mana-mana pihak untuk menegakkan syiar Islam,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bukan sengaja mahu membangkitkan isu Syiah, sebaliknya membangkitkan fatwa yang diwartakan, di mana sebahagian adalah kesalahan berkaitan dengan ajaran selain Sunnah Wal Jamaah.

“Jika ada ajaran lain selain Syiah, juga akan diambil tindakan kerana ia suatu kesalahan. Pindaan yang kita buat adalah pelanggaran fatwa yang diwartakan, agar tindakan boleh diambil,” katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia bersemuka dengan pengikut Syiah untuk memperjelas pertikaian dibangkitkan golongan minoriti itu, Syeikh Muhamad Baderudin berkata, ia perlu bersyarat.

“Jika mereka mahu bersemuka untuk dapatkan kebenaran, tiada masalah. Tetapi jika mereka mahu pertahan pendirian, tidak perlu kerana saya percaya jika kita berdakwah sekalipun, mereka tetap dengan fahaman itu, seperti pernah berlaku di Perak sebelum ini,” katanya.

Mengulas amaran keras yang dikeluarkan golongan Syiah di Kedah, yang tidak menolak kemungkinan membukukan penulisan lebih 500 halaman berhubung fahaman itu yang tidak diterbitkan.

Syeikh Muhamad Baderudin berkata, tindakan boleh diambil jika dijadikan bahan bercetak bawah enakmen terbabit.
“Jika dibukukan penulisan berkenaan, bermakna ia satu kesalahan bawah enakmen dan tindakan boleh diambil berdasarkan peruntukan sedia ada,” katanya.

Mengulas perkembangan penguatkuasaan enakmen diluluskan Ogos lalu, Syeikh Muhamad Baderudin berkata, beberapa perkara bawah enakmen itu sedang diperhalusi untuk lebih terperinci.

“Beberapa perkara sedang diperelok untuk lebih penjelasan. Jabatan Mufti sedang memperhalusi proses itu sebelum serah kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang bagi tindakan lanjut,” katanya

S'gor peruntuk RM1.1 juta biasiswa Ijazah Lanjutan


Harakahdaily,24 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor terus merancang agenda membantu rakyat negeri itu termasuk menyediakan biasiswa kepada mereka yang bercadang melanjutkan pelajaran ke tahap Ijazah Lanjutan.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, pada Belanjawan Selangor 2014 nanti, kerajaan akan membentangkan tawaran biasiswa tersebut dengan peruntukan permulaan sebanyak RM1.1 juta.

Katanya, bantuan yang dinamakan Biasiswa Menteri Besar itu akan diberikan kepada pelajar Ijazah Lanjutan melalui terbitan bon sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor (Selangor Brain Bank).

“Bagi portfolio Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, kita menyediakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi rakyat Selangor.

“Selepas berjaya memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyatnya negeri ini penggal lalu, Pakatan Selangor akan meningkatkan lagi khidmat itu dengan tawaran ini,” katanya dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas pembentangan kertas cadangan Majlis Dialog Belanjawan Negeri 2014, di Hotel Grand Dorset Subang Jaya semalam.

Dr Halimah juga memberitahu, antara perkara lain yang akan dilaksanakan pada tahun depan ialah mewujudkan Pusat Kajian Polisi Sosial.

“Pusat ini akan dikawal di bawah Pihak Berkuasa Tempatan negeri bertujuan untuk mengkaji apakah dasar-dasar yang akan kita lakukan, bagaimanapun kos untuk mengendalikan pusat ini masih dalam perbincangan,” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan sebanyak RM11.6 juta akan peruntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi pembangunan modal insan di negeri itu.

Dalam pembentangan itu yang bertajuk ‘Mengehsankan Insan di Selangor’, sebanyak tujuh rancangan jangka pendek dan panjang akan dilaksanakan dalam lima tahun akan datang dalam program pendidikan, pendidikan tinggi dan menangani gejala sosial.

Antaranya, mewujudkan program pembelajaran sepanjang hayat, peningkatan kemahiran, Kampus Terbuka Selangor, IMBE program kemahiran, Sultan Salahuddin Idris Shah Centre of Excellence dan Enakmen Yayasan Pendidikan Islam Selangor Maahad Tahfiz Integrasi.

“Rancangan ini sedang dalam kajian untuk dilaksanakan. Sebagai contoh, kita mahu mewujudkan Maahad Tahfiz di setiap daerah, setakat ini kita sudah mempunyai tiga buah dan memerlukan enam buah lagi,” katanya

Tuesday 10 September 2013

Pulau Pinang Berjaya Menjadi 'Global Halal Centre'


Usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai “Global Halal Centre” semakin membuahkan hasil di peringkat antarabangsa.


Penang International Halal Hub (Halal Penang) semakin menerima pengiktirafan apabila saya selaku Pengerusi Halal Penang yang mewakili kerajaan negeri, telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan “4th Istanbul Halal Expo & Conference 2013 ” di Istanbul, Turki yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Turki; Yang Berbahagia Bulent Arinc.


Jemputan ini merupakan pengiktirafan dan penghormatan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas aspirasinya untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Pusat Halal Global (Global Halal Centre).

Sebelum ini, Halal Penang telah diberi penghormatan yang sama di persidangan Halal Antarabangsa di Kuwait, Pakistan, Thailand, Riyadh dan London.

Malah, pada 26 – 28 September 2013 nanti, sekali lagi Halal Penang diberi penghormatan di Persidangan Halal Antarabangsa Morocco diikuti pada Disember di Persidangan Halal Antarabangsa Belgium.

Usaha penjenamaan ( branding approach) selama 3 tahun sejak penubuhan Halal Penang pada Ogos 2008 sedang menuai hasilnya.

Sehingga akhir tahun 2012, Halal Penang telah berjaya menarik pelaburan dalam dan luar negara berjumlah RM484 juta.

“4th Istanbul Halal Expo & Conference 2013 ” anjuran CNR Expo telah berlangsung dari 5 hingga 8 September 2013.

Sebanyak 300 pemamer tempatan dan antarabangsa daripada 80 buah negara terutamanya dari Timur Tengah dan Eropah telah mengambil bahagian.


Perjumpaan bersama Timbalan Perdana Menteri Turki, Yang Berbahagia Bulent Arinc

Sebagai pengiktirafan kepada Halal Penang, saya turut dijemput sebagai tetamu kehormat menyertai delegasi Timbalan Perdana Menteri Turki, melawat tapak pameran.

Dalam ucapan, saya menjelaskan tentang pencapaian Halal Penang dan usaha berterusan kerajaan negeri membangunkan industri halal di Pulau Pinang yang berkonsepkan ‘Halal Ecosystem’ sejak penubuhannya 5 tahun lalu.

Juga dijelaskan beberapa inisiatif oleh kerajaan negeri yang dinikmati para pelabur industri halal di Pulau Pinang.

Selain mengalu-alukan pemain industri halal, khususnya dari Turki, saya turut menzahirkan hasrat Pulau Pinang mewujudkan jalinan kerjasama dua-hala bersama Turki dalam membangunkan industri halal.

Pada kesempatan itu, saya telah menjemput CNR Expo untuk menyertai Pameran dan Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang 2014 yang akan berlangsung pada 17 sehingga19 Januari 2014.

Saya juga berkesempatan mengadakan pertemuan rasmi dengan beberapa syarikat dan agensi kerajaan Turki antaranya dengan Pengerusi Caprice Gold Groupe Encik Fadil Akgunduz.

Caprice Gold Groupe adalah syarikat industri perhotelan dan resort terkemuka di Turki.

Perbincangan awal berkisar usahasama dalam membangunkan industri perhotelan dan hospitaliti berkonsepkan Syariah di Pulau Pinang.

*Kenyataan media oleh Dato’ Haji Abdul Malik Kassim,EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang*

Monday 9 September 2013

Syiah agama baharu ciptaan Yahudi

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Fahaman Syiah disifatkan sebagai agama sesat baharu yang diasaskan Yahudi untuk merosak dan menghapuskan umat Islam.
SMVS-MohamadKetua Unit Kajian Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (IMM), Mohamad Ismail berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan doktrin Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pegangan Islam sebenar.
Menurut beliau, perbezaan paling ketara iaitu pengikut Syiah meletakkan sebanyak imam 12 sebagai maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil serta besar.
Malah, pengikut ajaran Syiah juga percaya sesiapa yang mengingkari salah seorang daripada imam tersebut adalah kafir dan akan kekal dalam neraka.
“Nikah mutaah pula mendapat kedudukan tinggi dan mulia dalam ajaran Syiah sedangkan perbuatan itu adalah pelacuran yang menggunakan nama agama serta bersifat nafsu semata-mata yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Sejarah, Konsep dan Doktrin Syiah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, ajaran Syiah meletakkan kepercayaan al-Quran hari ini merupakan naskah yang sudah diubah suai para sahabat Nabi Muhammad SAW dan mendakwa kitab sebenar akan muncul bersama Imam Mahdi pada akhir zaman.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, amat sukar mengenal pasti pengikut-pengikut Syiah memandangkan mereka mengamalkan ‘taqiyah’ iaitu menyembunyikan akidah dengan berselindung dan bermuka-muka.
Jelasnya, taqiyah merupakan asas agama atau rukun dalam ajaran Syiah yang mana pengikut Syiah yang tidak bertaqiyah dianggap sama seperti meninggalkan solat.

Mimpi Abdullah Mubarak Berkenaan Seorang Hujat Yang Di Terima Hajinya


Ketika Abdullah bin Mubarak melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari langit. Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi :

“Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?”
Berkata malaikat yang seorang lagi : “Enam ratus ribu orang.”

Bertanya malaikat yang bertanya :”Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji mereka?”

Berkata malaikat yang menjawab : “Di antara 600,000 ribu itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan haji diterima.”

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu,maka Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari dalam.

Abdullah bertanya lelaki itu : “Apa nama saudara.” Berkata lelaki itu: ”Nama saya Muwaffaq.” Abdullah bertanya : “Tolong terangkan kepadaku amalan apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?”

JawabMuwaffaq : “Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku niat untuk berhaji pada tahun ini.

“Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu aku pergi ke rumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita, maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya.”

Jiranku itu berkata : “Oleh kerana kamu tidak tahu keadaanku maka aku terpaksa memberitahumu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan aku bertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk kamu.”

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kapada wanita itu danaku katakan kepadanya : “Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu. Dan aku berkata pada diriku : Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka kemanakah aku akan pergi.”

Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki tetapi ia memandang pada niat yang suci.

Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah, tunjukkanlah padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga.”

Sabda Rasulullah SAW : “Jadilah kamu orang yang baik.”

Orang itu bertanya lagi : “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah berbuat baik?”

Sabda Rasulullah SAW :

“Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk, maka buruklah kamu.

Selipar Terpakai Jadi Mas Kahwin

by SUPER ADMIN on 9 SEPTEMBER 2013
Selipar Terpakai Jadi Mas Kahwin
Kuala Lumpur : Selipar terpakai, duit RM2, sudu, buku atau apa saja barang yang ada ketika majlis akad nikah dijalankan, boleh dijadikan mas kahwin. Lebih memalukan, ada antara pernikahan itu hanya sah selama 30 minit. Selepas tempoh itu, pasangan berkenaan akan bercerai secara automatik.
Majlis pernikahan secara mutaah (kontrak) ini mungkin perkara biasa di negara yang majoriti penduduknya pengikut Syiah seperti Iran dan Iraq. Bagaimanapun, pernikahan yang sekadar mahu menghalalkan zina ini turut berlaku di Malaysia.
Ini diakui Suhana, 34, yang pernah tiga kali bernikah secara mutaah sepanjang dua tahun menjadi pengikut Syiah sebelum bertaubat setahun lalu.
Katanya, kali pertama dia berkahwin secara mutaah untuk tempoh empat bulan, kedua tiga minggu dan kali ketiga bagi tempoh dua bulan.
Suhana berkata, dia yang sebelum itu janda anak tiga, dipelawa mengikuti kumpulan Syiah itu menerusi kenalan lelakinya yang juga rakan perniagaan. – Webberita | Terkini via Metro

Thursday 5 September 2013

Aqidah Dan Kehidupan Siri 5: Ajaran Sesat Adalah Virus Ummah




Banyak ajaran sesat di Malaysia.Yg terus aktif antaranya al Arqam yg sekarang dikenal sebagai Global Ikhwan.Pengikut aktifnya dianggarkan 4000 orang. Itu belum lagi yg tersembunyi dan ahli keluarga mereka.Lain2 kumpulan banyak lagi termasuk yg hendak ceroboh Istana negara baru-baru ini.Semalan saya diMelaka juga dimaklumkan satu lagi kumpulan ajaran sesat muncul.Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka dah sahkan kesesatannya.


Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan MKI menegaskan fatwanya bahawa semua Syiah adalah sesat dan haram untuk diamalkan di negara ini. Kata KDN jumlah pengikutnya sudah 250,000 orang. Belum lagi sesat jenis geng Sister In Islam (SIS), golongan pluralis dan yg sejenis dengannya. Kalau dicampur semua pengikut kumpulan-kumpulan sesat  ini tak tahu ramai mana mereka sebenarnya.

Ajaran sesat adalah virus Ummah. Maknanya sekarang Ummah sedang diserang virus merbahaya dalam tubuhnya. Ibarat orang sedang diserang virus kanser. Virus kanser apabila menyerang seseorang ia akan terus hidup dan memusnahkan system pertahanan tubuh seseorang itu. Orang yg diserang Kanser lama kelamaan akan lemah dan mati.


Apakah Umat Islam di Malaysia akan terus lemah dan akhirnya menemui ajal sebagaimana pesakit kanser tadi. Masa akan menentukan! W'bagaimanapun sebagai orang Islam kita dilarang bersikap  mengalah tanpa berjuang Walau macammana parah penyakit yang dihidapi walaupun seganas kanser usaha mesti dibuat untuk berubat.Ubat perlu dicari.

Kalau tubuh yang sedang diserang kencing manis perlu dipotong untuk menyelamatkan tuan punya badan daripada mati, apasalahnya seluruh pengamal ajaran sesat ini dihapuskan hingga keakar umbinya untuk mengelakkan Negara dan umat Islam daripada hancur.

Siapa yang mesti dihapuskan dahulu. Mengikut kiraan saya Syiah adalah kumpulan yang mesti didahulukan untuk dihancurkan dan disekat pergerakkannya. Bagi saya Syiah  
adalah ancaman terbesar untuk  umat Islam di Malaysia buat masa kini dan masa hadapan

Dengan jumlah pengikut agak ramai  sekiranya dibiarkan ia akan memberi implikasi yang cukup merbahaya kepada Negara.Yang pasti akidah, perpaduan, sistem social dan keselamatan Negara dan umat Islam akan terjejas teruk. Tengok apa yang berlaku di Negara seperi Iraq, Yaman dan lainnya yang mempunyai pengikut Syiah yang ramai.

Antara ubat terbaik mengubat ajaran sesat terutama Syiah buat masa kini ialah penguatkuasaan undang-undang. Pertubuhan dan apa sahaja aktiviti yang menjurus kepada pengamalan Syiah hendaklah disekat dan dihapuskan. Markaz-markaz kegiatan Syiah hendaklah ditutup. Ketua-ketua kumpulan Syiah hendaklah dikenakan tahanan berdasarkan kesalahan yang dilakukan.

Usaha mengawal dan penguatkuasaan hendaklah melibatkan semua agensi kerajaan dan yang terbaik diketuai oleh Bahagian Keselamatan KDN sendiri. Dengan hanya mengharapkan Jabatan-Jabatan Agama Islam semata-mata untuk bertindak saya yakin ia agak kurang berkesan dan berkemampuan. Ini kerana bidang kuasa yang dimiliki oleh Jabatan-Jabatan agama adalah amat terbatas sama sekali. Apapun bertindaklah sebelum terlambat untuk berhadapan dengan kumpulan-kumpulan ini sebelum keadaan menjadi semakin parah.



Syiah sesat, haram untuk umat Islam dari Malaysia


Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
  • Profesor Tan Sri Dr Abdul Shukor HusinAbdul Shukor Husin
 1 / 1 
SHAH ALAM - Majlis Fatwa Kebangsaan menegaskan Syiah adalah ajaran sesat sekali gus haram diamalkan oleh orang Islam dari negara ini.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, majlis fatwa tetap dengan keputusan sebelum ini  yang dikeluarkan sejak tahun 1996, di mana ajaran Syiah adalah ajaran yang menyeleweng daripada Islam dan tidak boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia.

“Syiah ini adalah ajaran sesat sepenuhnya kerana ianya memang menyeleweng daripada akidah.

“Bagaimanapun untuk menyatakan ia bukan Islam kita belum tetapkan, kerana kumpulan ini juga mengucap dua kalimah syahadah namun tidak mengikut ajaran sunnah.

“Sesiapa rakyat Malaysia yang beragama Islam yang sememangnya telah berpegang kepada ajaran Sunnah Wal Jamaah sejak beratus tahun lalu haram mengikut ajaran ini, dan tindakan boleh dikenakan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik sebagai berkata, penganut ajaran Syiah di negara ini tidak mempunyai halangan mengamalkan mazhab itu.

Bagaimanapun menurut beliau yang menjadi kesalahan apabila pengikut Syiah cuba untuk menyebarkan ajaran tersebut.

"Siapa pun mereka sama ada penganut Buddha, Hindu mereka berhak untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing namun yang menjadi salah apabila mereka cuma mengembangkan ajaran tersebut kepada orang Islam," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mempunyai pendirian yang sama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu membenarkan pengikut Syiah asal daripada negara Islam yang lain meneruskan mazhab tersebut  di negara ini.

Namun, beliau berkata ajaran mazhab tersebut tidak boleh disebarkan dan dikembang secara terang atau sulit kepada penduduk Islam di Malaysia.

“Pengikut Syiah dari Iran yang datang ke Malaysia boleh teruskan mazhab mereka, tetapi tidak boleh disebarkan kepada penduduk Islam di sini.

“Itu yang kita bimbangkan, lama kelamaan jika mazhab ini terus disebar dan menular akan berlaku perpecahan ummah yang selama ini kita bersatu dan hidup dengan harmoni,” tambahnya.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan kenyataan Jamil Khir yang bercanggah dengan kenyataan Jakim sebelum ini, Abdul Shukor berkata beliau telah diberitahu kenyataan menteri itu merujuk kepada pengamal asal ajaran tersebut sahaja.

“Saya ada berjumpa dengan Jamil Khir dalam satu program, dia telah membetulkan balik kekeliruan yang timbul mengenai kenyataan yang membenarkan ajaran Syiah terus diamalkan di negara ini,” jelasnya

Ummu Jah Akui Amal Ajaran Sesat

  • Aurad MuhammadiahUmmu Jah (tengah) dan pengikutnya berjanji untuk meninggalkan Aurad Muhammadiah.
 1 / 1 
RAWANG - [Dikemaskini] “Saya mengakui sebelum ini mengamalkan ajaran sesat. Lafaz sumpah taubat secara rasmi masih belum dilaksanakan tetapi kita bersedia melakukannya di hadapan pihak berwajib.

“Tetapi daripada segi dasar saya dan kepimpinan akan kembali kepada fatwa serta menghebahkan kepada ahli untuk berbuat perkara sama,” kata Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam atau dikenali Ummu Jah.

Balu pengasas pertubuhan yang diharamkan pada 1994, Al-Arqam, Ashaari Muhammad ini semalam berikrar untuk patuh kepada fatwa dan dengan rela hati meninggalkan ajaran Aurad Muhammadiah.

Beliau juga meminta masyarakat tidak mempersoal atau membuat andaian pengakuannya untuk kembali patuh kepada fatwa sebagai lakonan.

Ummu Jah berkata, tindakan tersebut juga sama seperti memperkecilkan bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab memantau pergerakan GISB yang sebelum ini dikaitkan dengan ajaran sesat, Aurad Muhammadiah.

Menurutnya, beliau berharap isu ajaran sesat diselesaikan segera tanpa mengaitkan dengan GISB.

“Kita mahu memperbetulkan akidah dahulu dan kemudian memfokuskan kepada perniagaan untuk memberi keyakinan kepada pelabur dan orang awam.

“Isu ini telah berlarutan dalam tempoh yang lama menunjukkan ia diambil serius oleh pihak berwajib,” katanya.

Katanya, melalui perbincangan bersama Jais sebelum ini tidak wujud isu pengharaman GISB sebaliknya pertemuan hanya bersifat perbincangan isu akidah.

“GISB didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kita akan membuat pembentangan aset akaun. Sekiranya ia jelas maka tidak akan wujud pembatalan pendaftaran.

“Perbincangan adalah ke arah membantu mengadakan program atau memberikan penjelasan supaya ahli-ahli GISB patuhi fatwa," katanya.

Katanya, masyarakat perlu memberi peluang kepada ahli GISB yang dianggar seramai 4,000 orang untuk memahami fatwa dan kembali ke pangkal jalan.

Mengulas berkenaan dakwaan bekas ahli GISB apabila anak dan isterinya dikuarantin serta disembunyikan, UmmuJah berkata, beliau dalam proses memfailkan kes itu ke mahkamah.

“Semua syarikat mempunyai polisi, dan dakwaan menyembunyikan itu tidak benar sebaliknya ia bersifat melindungi ahli selain mendisiplinkan mereka,” katanya.

JAKIM membantah kehadiran kumpulan heavy metal 'Lamb Of God'

  • JAKIMJAKIM
 1 / 1 
PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantah kehadiran kumpulan heavy metal 'Lamb Of God' yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur, pada 28 Sept depan.   

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, bantahan berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.   

"Kumpulan itu juga pernah mengundang kontroversi sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat dan anti ketuhanan oleh masyarakat Kristian sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  
Beliau berkata bantahan itu juga, selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-72 bahawa amalan dan perbuatan kumpulan heavy metal adalah sesat serta bercanggah dengan ajaran Islam.   

Justeru, Jakim bimbang dengan kemasukan artis heavy metal seumpama itu dikhuatiri akan menyuburkan semula aliran black metal di negara ini.
  
"Diharapkan pihak berkaitan tidak meluluskan kemasukan kumpulan tersebutdengan mengambil kira sensitiviti umat Islam di samping tidak membuka ruang kepada berlakunya krisis akidah, permasalahan moral dan keruntuhan akhlak," menurut Jakim.
  
Kumpulan yang berasal dari Amerika Syarikat itu sebelum ini dikenali dengan nama 'Burn The Priest'. - Bernam

Misteri binaan piramid terjawab Bukti Kebenaran Al Qur'an


http://www.wartautara.com,04 Sep 2013

Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori

yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?


Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.


Al-Quran Telahpun Mempunyai Jawapan



Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”

(Al-Qasas: 38)


Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.


Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.  Gambar – Gilles Hug (duduk kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri)


Profesor Davidovits


Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”


Piramid Bosnia

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.


Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.


Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

Rakyat Marhaen

Wallahu’alam…