Wednesday 31 July 2013

Sara Amelia cemas lihat wartawan di pejabat JAWI



 
Seorang peserta Miss Malaysia World 2013, Sara Amelia Muhamad Bernard cemas apabila melihat kehadiran para wartawan dan jurugambar yang berada di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada petang semalam.

Laporan Utusan Malaysia menyebut, beliau bertindak berlari semula ke kawasan letak kereta apabila melihat kehadiran petugas media berkenaan yang berada di kawasan pejabat tersebut secara kebetulan.

Para pegawai JAWI kemudiannya terpaksa memujuk Sara Amelia untuk memasuki bangunan JAWI yang terletak di kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Petugas JAWI juga mengarahkan petugas media berkenaan, yang membuat liputan satu operasi jabatan tersebut, ke satu bahagian lain di pejabat tersebut demi keselesaan jelitawan itu, lapor Utusan.

Menurut laporan tersebut, Sara Amelia hadir ke jabatan berkenaan untuk memberi keterangan berhubung penyertaannya dalam pertandingan kontroversi tersebut, yang diputuskan haram oleh Majlis Fatwa.
JAWI pada 23 Julai lalu membuka kertas siasatan bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) ekoran kenyataan peserta berkenaan yang didakwamempertikaikan keputusan fatwa berhubung penyertaan pertandingan tersebut.

Selain Sara Amelia, tiga lagi wanita Islam - Wafa Johanne De Korte, Kathrina Rizuan dan Miera Sheikh - menghadapi hukuman denda tidak melebihi 3,000 atau penjara oleh Mahkamah Syariah, selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Tuesday 30 July 2013

Qardhawi seru negara umat Islam bantu rakyat Mesir


Harakahdaily,30 Jul 2013

MESIR: Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyeru negara-negara Umat Islam bertindak memberi tekanan kepada kerajaan kudeta Mesir yang dipimpin tentera agar menghentikan pembunuhan kejam terhadap rakyat mereka sendiri.

Bercakap di stesen Al-Jazeera yang turut disiar secara langsung kelmarin, Qaradhawi berkata negara umat Islam termasuk Malaysia dan Indonesia mempunyai kewajipan membantu rakyat Mesir yang sedang dizalimi.

"Umat Islam di seluruh dunia, di Indonesia, Malaysia (beliau menyebut beberapa lagi negara...) mempunyai tanggungjawab untuk menolong saudaranya di Mesir, agar menghentikan pertumpahan darah ini," katanya.

Kenyataan Qardhawi dibuat dalam keadaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak dilihat masih lagi berdiam diri, tanpa sebarang pendirian konkrit berhubung kudeta dan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi.

Dalam tragedi terbaru menjelang Subuh Sabtu lalu, sekurang-kurangnya 120 penyokong Morsi dilaporkan terbunuh di Raba'ah manakala lebih 4000 cedera apabila dibedil dengan peluru hidup oleh pasukan polis Mesir dan samseng upahan mereka.


Berikut antara mesej yang disampaikan Qaradhawi: [LIHAT VIDEO]

1) Kepada Menteri Pertahanan, Abdul Fatah As-Sisi yang telah mengkhianat janji sewaktu mengangkat sumpah dilantik ke jawatan itu di hadapan Mursi. Sisi beranggapan dia telah diberikan "kuasa" melalui himpunan menyokongnya Jumaat lepas manakala selain mereka itu bukan rakyat Mesir bahkan bukan manusia. Lalu dia menggunakan "kuasa" itu melakukan apa yang disukainya.

2) Menyifatkan Adli Mansour, Presiden sementara sebagai "boneka"dan kerajaan kudeta pimpinan Perdana Menteri Hazim Beblawi sebagai "kerajaan zalim".

3) Sisi sebelum menyingkir Mursi telah memansuhkan perlembagaan 2012 yang telah diperakui dengan sokongan 64 peratus pengundi. Lalu Sisi membentuk jawatankuasa penggubal yang terdiri hanya 10 orang dalam tempoh hanya sebulan bagi mengadakan pindaan perlembagaan. Sedangkan pada zaman Mursi tahun lalu, perlembagaan dibincang oleh 100 orang panel yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh 6 bulan sebelum diadakan pungutan suara pada Disember 2012.

4) Syeikh Qaradhawi turut menyalahkan Sisi terlibat dengan pembunuhan terbesar yang membunuh lebih 140 orang dan mencederakan 4,500 yang lain.

5) Beliau berkata, korban syuhada itu bukan hanya dari kelompok Ikhwan, tapi semua elemen rakyat turun jalan menuntut konstitusi dan legitimasi dikembalikan. Apakah kalian tidak rasa bersalah membunuh orang yang sedang Solat?

6) Beliau menyeru, polis dan tentera, agar tidak mentaati pemimpin yang menyuruh maksiat dan zalim."Tidak ada ketaatan terhadap makhluk dalam bermaksiat" (Maksud Hadis).

7) Beliau mempersoalkan pendirian Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib. "Siapa yang kata bunuh manusia merupakan perkara yang lebih ringan dari dua dhoror (kaedah akhaffu dhororoin)? Pernahkah anda meminta pandangan Haiah Kibar Ulamak Al-Azhar? Wajib bagi anda untuk undur kembali dari pendirian ini. Saya menyeru saudara-saudara saya dalam Haiah Kibar Ulamak dan Lembaga Penyelidikan Islam untuk sama-sama mengkaji pendirian Syeikh Al-Azhar."

8) Mengecam media Mesir yang tidak profesional dalam melaporkan kejadian yang berlaku. "Saya menyeru Majlis Keselamatan PBB, mereka yang mulia di seluruh dunia untuk datang sendiri ke Mesir bagi melihat apa yang sebenarnya berlaku."

9) Menyeru kepada rakyat Mesir untuk turun ke Raba'ah dengan damai dan "jangan takut". Turun bersama-sama keluarga dengan penuh berani. "Termasuk warga Kristian juga datang bersama-sama orang Islam lain ke Raba'ah.

Plot Najd Cuba Bunuh Morsi Terbongkar


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ الْحَسَنِ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”.
Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah muncul tanduk setan” [Shahih Bukhari 2/33 no 1037]
Pusat Tipudaya Najd
Rencana ini memaparkan rancangan menjatuhkan Morsi dilakukan secara terancang bermula dari peringkat awal pengunduran Mubarak lagi. Perancangan ini dilakukan secara menyeluruh dan dilakukan oleh rangkaian perisikan Saudi dan UAE. Berbanggalah Saudi ketika ini melihat darah umat Islam sedang membasahi bumi Mesir hanya kerana mereka mahukan NUR Islam menyinari Mesir. Boleh dikatakan setiap musibah menimpa umat Islam di rantau tersebut terdapat sumbangan yang besar dilakukan oleh Saudi.

Pada 22 April 2011, Putera mahkota Mohammed bin Zayed telah membawa ketua perisikan dan keselamatannya bertemu dengan Raja Abdullah Arab Saudi bagi membincangkan kesan yang mengancam mereka akibat kebangkitan arab. Bin Zayed memberi amaran melainkan negara Kesatuan Negara-Negara Teluk (GCC) merangka polisi yang proaktif bagi membendung gelombang kebangkitan arab diseluruh arab pada ketika itu, kalau yidak dilakukan sesuatu semua kerajaan beraja arab akan jatuh. Tiga minggu kemudian dalam satu sidang kemuncak di Riyadh dia menyampaikan seruan yang sama terhadap ketua-ketua kerajaan negara GCC. Hanya Qatar mempunyai pandangan berbeza tetapi semua lima negara lain bersetuju. Bin Zayed dan Putera Bandar bin Sultan, ketua perisikan Saudi, menjalankan tugas untuk merangka rancangan yang berkesan bagi menghadapi fenomena Arab Spring dalam wilayah tersebut. Seterusnya Raja Abdullah mendapatkan persetujuan Raja Abdullah II untuk bersama-sama menjayakan rancangan tersebut manakala Qatar telah dikeluarkan dari kumpulan tersebut.

Selama berdekad, UAE amat rapat dengan Mubarak dan juga kroninya. Sudah berbilion dolar hasil negara yang di songlap dimasukkan kedalam bank-bank di Abu Dhabi dan Dubai. Selepas kejatuhan Mubarak, ramai

Misteri Syuhada Meninggal Dalam Keadaan Senyum Terbongkar!

Gambar-Gambar Para Mujahidin Di Syiria Dan Mesir Yang Gugur Syahid Dengan Senyuman:
Syuhada' Syiria

syuhada' syiria
Syuhada' Mesir
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' mesir
Mengapa Mereka Yang Gugur Syahid Itu Tersenyum?
Jawapan:
Firman Allah ertinya:
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati,bahkan mereka itu hidup disisi Rabb-Nya dengan mendapat rezeki.Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka,dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang masih belum menyusul mereka,bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Ali Imran: 169-170)
RasuluLLah saw bersabda:
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. (Hadith Riwayat Bukhari).
“Ya Allah jadikan kami di kalangan mereka”..
Allahumma amin!

Monday 29 July 2013

Hikmah Solat Terawikh Menurut Sains Kesihatan


Bulan Ramadhan menjanjikan pahala amalan akan dilipatgandakan oleh Allah SWT.Yang paling istemewa dalam bulan ramadhan ini wujud apa yang dipanggil perintah untuk menunaikan solat Terawikh, solat yang tidak dilakukan di bulan lain.Mengikut hukum solat ini dilakukan samaada 8 rakaat atau 20 rakat atau lebih daripada itu.

Solat adalah satu aktiviti pergerakan yang dimulakan dari mengangkat takbir sehingga perbuatan memberi salam.Bayangkan sekiranya seorang itu melakukan solat terawikh mengikut jumlah-jumlah rakaat yang disebutkan tadi.Berapa banyak pergerakkan yang dilakukan ? Solat terawikh yang dilakukan 20 rakaat membolehkan seseorang itu melakukan pergerakan yang begitu banyak.Tempoh masa yang diambil juga banyak iaitu hampir satu jam.

Di sudut ilmu kesihatan tubuh badan akan sehat sekiranya seseorang itu berupaya melakukan riadah selama 3 kali seminggu dan setiap kali mengambil masa 30 minit.Dengan solat terawikh 20 rakaat tiap hari sebenarnya kita telah menyahut kehendak doktor-doktor perubatan supaya kita mengamalkan gaya hidup sehat.Bahkan apa yang dilakukan dalam tempoh sebulan ini sudah melebihi apa yang telah ditetapkan oleh pakar-pakar kesihatan.

Begitulah indahnya Islam. Allah memerintahkan sesuatu bukan bersifat sia-sia sahaja.Maknanya di dalam bulan Ramadhan ini disiang harinya setiap Muslim yang berpuasa berlapar dahaga yang juga baik untuk kesihatan tubuh badan. Manakala di malam harinya pula mereka beramai-ramai melakukan pergerakan riadah (solat terawikh berjamaah) secara berkumpulan. Ini bermakna dalam sehari semalam (24 jam) sepanjang ramadhan setiap Muslim melalui terapi diri.Terapi diri untuk fizikal, spiritual dan mental.

Berikut disenaraikan manfaat yang diperolehi melalui pergerakan-pergerakan di dalam solat terawikh (atau solat-solat lain) bagi mereka yang melakukannya disudut ilmu kesihatan;


Keajaiban besar sujud dalam solat Menurut Sains Perubatan

Pernahkah kita terfikir setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda. Firman Allah SWT yang bermaksud:- 

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”(Surah Al-Ankabut ayat:45) 

Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi’li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud. 

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa 

“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”. 

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:- 

“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani). 
Cerita Sujud:

Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud apabila mereka bangun mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya jadilah ia Iblis dengan bertukar rupa. Rupanya seperti kera dan badannya seperti babi justeru para malaikat merasa kecut dan takut lantas mereka sujud sekali lagi kerana syukur tidak kena laknat oleh Allah SWT. 

1.      SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH)
2.      SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH) 

Tatkala Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit yang ketiga para malaikat-malaikat di sana sememangnya sujud selama- lamanya tetapi dikehendaki waktu Nabi SAW sampai mestilah mengangkat kepala tanda hormat. 

Apabila Nabi SAW memberi salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana menjawab salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW kemudian mereka sujud semula. 

Mengapa Doa Tetap Ditolak Walau Di Malam Lailatul Qadar?


Ramadhan bulan penuh berkat, keampunan, dan tentunya bulan yang makbul untuk kita memohon kepada Allah. Memasuki 10 hari terakhir Ramadhan sungguh istimewa, kerana merupakan salah satu hari di mana terdapat malam lailatul QADAR; malam yang penuh berkat, malam yang lebih baik dari seribu bulan (Surah Al Qadar [97]: 3-5).

Sudah sepatutnya sebagai seorang muslim berusaha mempersiapkan diri berkemas supaya menjadi dari golongan yang boleh mendapatkan berkat malam lailatul QADAR.

Terdapat banyak pendapat mengenai bila-bila terjadinya malam tersebut di antaranya, pertama "Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (HR Bukhari).


Kedua, "Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir, namun jika ia ditimpa keletihan, maka janganlah ia dikalahkan pada tujuh malam yang tersisa." (HR. Muslim)

Yang perlu diperhatikan adalah bahawa Allah akan menilai bukan hanya secara segera, namun kesinambungan kita beribadah, tidak serta merta kita hanya memfokuskan penuh beribadah pada hari-hari ganjil saja.

Sambil beriktikaf dan memburu Lailatul QADAR, segunung doa dipanjatkan. Akankah segera pula dikabulkan? Belum tentu.

Mengutip Ibrahim bin Adham seorang sufi yang hidup pada abad ke-8 Masihi, pernah berpidato di hadapan jamaah di Basrah, yang rata-rata mereka hampir putus asa dalam doa, lantaran sudah lama berdoa tetapi tidak terkabul.

Kata Ibrahim Adham, "Doamu tidak dikabulkan Allah lantaran sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak mendatangkan kewajiban kepada-Nya.

2. Engkau membaca Al-Quran, tetapi engkau tidak mengamalkan kandungannya.

3. Engkau mengatakan menjadi musuh syaitan, tetapi engkau mengikuti dan bersesuaian dengan syaitan.

4. Engkau mengatakan menjadi Umat Nabi Muhammad SAW, tetapi engkau tidak mengikuti jejaknya.

5. Engkau berkeinginan masuk syurga, tetapi tidak mahu beramal yang boleh menghantarkannya ke syurga.

6. Engkau menginginkan selamat dari api neraka, tetapi engkau mencampakkan dirimu ke dalamnya.

7. Engkau mengatakan bahawa mati itu pasti, tetapi engkau tidak mahu mempersiapkan bekal untuk mati.

8. Engkau sibuk meneliti cela kawan-kawanmu, tetapi engkau tidak mahu memperhatikan cela dirimu sendiri.

9. Engkau makan nikmat dari Tuhanmu, tetapi engkau tidak pernah bersyukur kepadanya.

10. Engkau ikut menguburkan orang mati, tetapi engkau tidak boleh mengambil iktibar (pelajaran) dari peristiwa itu.

Maka setiap orang yang berdoa dan menginginkan doanya akan terkabul hendaknya bercermin kepada Rasulullah SAW. Bagaimana beliau berdoa. Sesudah itu harus pula mengetahui dan memenuhi etika dan estetika berdoa.

Sesudah itu, perhatikan benar-benar huraian di atas. Saudara akan dapat menjawab di mana letak kesalahan doanya sehingga tidak atau belum terkabul. Pada akhirnya nanti pasti akan sedar bahawa tidak akan terkabulnya doa itu faktornya berada pada diri orang yang berdoa, bukan berada pada Allah.

Oleh: Ahmad Nurarifin
Penulis adalah sahabat Republika Online yang kini sedang bekerja di Makkah, Arab Saudi.

Satu Malam Bersamaan 1000 Bulan

'' Lailatul Qadar telah dikurniakan kepada umat ini (umatku) yang tak diberikan kepada umat-umat sebelumnya.'' (Al-Hadis).

Suatu hari, dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW berkisah kepada para sahabat tentang seorang seorang yang soleh dari Bani Israil. Orang tersebut menghabiskan waktunya selama 1,000 bulan untuk berjihad fi sabilillah. Mendengar kisah itu, para sahabat merasa iri, kerana tak boleh mempunyai kesempatan untuk beribadah selama itu.

Usia umat Nabi Muhammad SAW memang lebih pendek dari umat terdahulu. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa Rasulullah SAW pernah merenungi hal itu. Nabi SAW pun bersedih, kerana mustahil umatnya dapat menandingi amal ibadah umat-umat terdahulu.

'' Dengan penuh kasih sayang yang tak terhingga, Allah SWT lalu mengurniakan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW,'' ungkap Maulana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi dalam kitab Fadha'il Ramadhan. Menurutnya, Lailatul Qadar adalah suatu malam kurniaan Allah yang sangat besar kebaikan dan keberkahannya.

Lalu apa sebenarnya Lailatul Qadar itu? Dr HM Muchlis Hanafi, pakar tafsir dari Universiti Al Azhar Mesir, mendedahkan, Lailatul Qadar bererti malam yang penuh dengan kemuliaan. Pada malam itu, kata dia, diturunkan Al-Quran yang mempunyai kemuliaan, melalui seorang malaikat yang juga sangat mulia dan diterima seorang nabi yang juga sangat mulia.

'' Qadar juga boleh bermakna saiz. Ukuran segala sesuatu itu ditetapkan pada malam itu, rezeki seseorang, apakah dia bahagia atau tidak? Sampai setahun ke depan ditetapkan pada malam itu,'' tutur Dewan Pakar Pusat Pengajian Al-Quran (PSQ) itu.

Menurut Muchlis, Lailatul Qadar mempunyai sejumlah keistimewaan. Betapa tidak. Pada malam itu, Al-Quran diturunkan. Selain itu, Lailatul Qadar itu lebih baik dari 1,000 bulan. Pada malam itu, kata dia, para malaikat dan Ar-ruh (yang dimaksudkan adalah Malaikat Jibril) turun ke bumi.

'' Para malaikat itu turun dengan membawa rahmat dan keberkatan,'' ujarnya. Yang tak kalah penting, malam yang istimewa itu membawa kedamaian, rasa aman kepada siapa saja yang menjumpainya sampai terbit fajar.

Dalam sebuah riwayat, papar dia, yang dimaksudkan fajar adalah terbit fajar di keesokan harinya. Tapi hatta mathla'il fajr, bererti sampai tiba saatnya fajar kehidupannya yang baru di akhirat nanti.

Lalu adakah ciri-ciri akan datangnya Lailatul Qadar? Menurut Muchlis, tanda-tanda fizikal seperti yang popular di kalangan masyarakat bahawa malam itu tenang, angin sepoi-sepoi, kemudian matahari di keesokan harinya mendung dan tidak terlalu panas, riwayat-riwayatnya tidak boleh dipertanggungjawabkan kesahihannya.

'' Tanda-tanda fizikal seperti itu secara logik, juga sukar diterima. Kerana, sangat relatif, bergantung musim. Kalau musim hujan, ya, pasti mendung, apalagi dengan perubahan iklim sekarang. Jadi, tanda-tanda fizikal itu tidak boleh dijadikan ukuran. Tanda yang pasti adalah salaamun hiya hatta mathla'il fajr,'' katanya.

Yang pasti, kata dia, salah satu tanda yang pasti dari Lailatul Qadar adalah orang selalu merasa damai, selalu menebar kedamaian dalam hidupnya sampai dia meninggal dunia, bahkan sampai dibangkitkan kembali menyongsong fajar kehidupan yang baru.

Tak ada seorang pun yang tahu bila-bila tetamu agung itu akan datang. Hanya Allah SWT yang mengetahui bila-bila malam yang lebih baik dari 1,000 bulan itu akan menghampiri hambanya. Terlebih, sebagai tetamu agung, Lailatul Qadar hanya dianugerahkan kepada orang-orang yang mendapat taufik dan beramal soleh pada malam itu. Mengapa begitu? Supaya kita semakin giat mencarinya sepanjang hari, khususnya pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan.

Prof Nasaruddin Umar, menambah Lailatul qadar itu mempunyai banyak makna. Menurut dia, Lailatul Qadar boleh diertikan secara fizikal bahawa betul-betul memang malam itu ada sesuatu yang istimewa.

Menurut dia, pada malam itu malaikat turun berbendong-bondong sangat luar biasa dan hanya saat itu, minit itu atau jam itu. Adalagi yang memaknai lailatul qadar simbolik sesungguhnya. Laila ertinya malam, malam bererti keheningan, kesyahduan, kepasrahan, tawakal, kerinduan, kehangatan, termasuk juga kekhusyukan.

Sebagaimana banyak dijelaskan dalam pelbagai buku sejarah, termasuk Sirah Nabawiyyah, Lailatul Qadar itu hanya terjadi sekali dalam setahun, yakni hanya pada bulan Ramadhan. Dan itupun, waktunya tidak ditentukan. Ada yang berpendapat, terjadi di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

Pakar hadis, Dr Lutfi Fathullah MA mendedahkan, kerana begitu mulianya Laailatul Qadar, Rasulullah saw mengajak seluruh sahabatnya, isteri-isterinya sampai kepada pembantu-pembantunya untuk memperbanyak ibadah. Kerana itu, ketika isteri-isteri Rasulullah diminta untuk mencari Lailatul Qadar, Aisyah RA berkata, Ya Rasulullah bagaimana kalau saya yang mendapatkan? Apa yang perlu saya baca? Minta rumah, minta kekayaan atau minta yang lain?

Rasulullah mengajarkan bacalah,'' Allahumma innaka afuwwun karim tuhibbul afwa fa'fu anni (Ya Allah Engkalau Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pemurah, Engkau senang mengampuni hamba-hambaMu kerana itu ampunilah dosa-dosaku).'' Semoga, kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar.sumber republika.co.id

Pandangan Sains Mengenai Lailatul Qadar


Artikel tentang Lailatul Qadar ini bersumberkan dari buku tulisan Rajendra Kartawiria, Quranic Quotient Centre. Sebahagian isi buku ini kemudiannya dipublikasikan di internet oleh Aulia Muttaqin dan beberapa sumber lain.

Manfaatkan malam Ramadhan untuk memperluas ilmu dan membangun keyakinan, Mengapa Ramadhan?
Dalam Islam kita mengenali kewujudan 4 bulan suci, iaitu Dzulkaidah, Dzulhijjah, Muharram dan Rejab. Ramadhan yang bererti panas tidak termasuk sebagai bulan suci. Mengapa Ramadhan dipilih untuk puasa sebulan penuh?
Dalam ilmu astronomi, Radiasi Matahari memiliki siklus 11 tahun. Tahun 2007 sendiri merupakan pengakhiran dari siklus ke 23 sejak pengamatan pertama pada abad 18.
Bumi dilindungi Magnestosphere, sehingga kesan gelombang radiasi tidak terjadi pada sisi bumi yang menghadap matahari (siang hari).
Ketika gelombang radiasi matahari datang, kesannya terasa pada bahagian bumi yang membelakangi matahari (malam hari).
Radiasi di malam hari mempengaruhi tahap getaran otak.
Radiasi dan daya tarikan graviti bulan purnama meningkatkan permukaan air laut dan kehidupan makhluk laut di malam hari. Juga menarik air dalam membran otak dan lebih menggetarkan sel-sel otak. Getaran sel otak menggambarkan tahap  kesedaran dan aktiviti otak.
Umat Islam dianjurkan untuk berpuasa sunat 3 hari “shaumul biidh” pada ketika bulan penuh setiap tanggal 13,14, dan 15 bulan-bulan Hijriyah dan menghidupkan malam-malamnya.
Tahap radiasi ini bervariasi antara 0-100,000 dan di skala S1-S5 oleh NOAA
Berdasarkan kajian  , radiasi sebesar 1000 MeV particles s-1 ster-1 cm-2 terjadi 10 kali dalam satu siklus 11 tahun, atau terjadi setiap 13 bulan sekali. Radiasi sebesar1000 MeV particles s-1 ster-1 cm-2 ini digolongkan dalam skala S3, dan mulai berbahaya bagi manusia sebesar 1 chest x-ray.
Radiasi dengan siklus 11.7 bulan (1 tahun hijriyah) adalah sebesar 800 MeV particles s-1 ster-1 cm-2.
Mengarah pada hipotesis malam Lailatul Qadar Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan (QS Al Qadr 97:3).
Building Block
  • Siklus satu tahunan (hijriyah) bernilai 1000 x bulan purnama.
  • Malam yang nilainya 1000 bulan purnama adalah Lailatul Qadr.
  • Lailatul Qadr terjadi di bulan Ramadhan.
  • Jadi siklus badai matahari yang berulang setiap satu tahun (hijriyah) terjadi setiap bulan Ramadhan.
Itulah sebabnya
  • Sejarah para nabi menunjukkan bahawa mereka senang merenungkan hakikat kehidupan, bertapa, pada setiap bulan Ramadhan.
  • Secara
    umum wahyu-wahyu tentang ajaran agama yang memerlukan tahap pemahaman
    yang tinggi, banyak diturunkan di malam-malam bulan Ramadhan.
  • Penataan
    ayat-ayat Al Quran ke dalam surah-surah seperti yang wujud ketika ini,
    dilakukan Nabi Muhammad pada malam-malam bulan Ramadhan.
  • Umat Islam diajak untuk menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan.
  • Lebih utama adalah i’tiqaf di masjid pada 10 malam terakhir, pada malam-malam sebelum dan setelah Lailatul Qadr.
Tenaga tambahan untuk pembelajaran di bulan Ramadhan
  • Untuk dapat beribadah pada malam Ramadhan diperlukan tenaga ekstra.
  • Kenyataannya puasa siang hari bukanlah menyebabkan tubuh kekurangan / kehabisan tenaga.
  • Oleh itu puasa menggunakan 10% tenaga tubuh  kerana tidak digunakan untuk mencerna makanan.
  • Tenaga yang diguna ini sangat membantu pemahaman pelajaran di malam hari.
Three in One di bulan Ramadhan
  1. Efektif memahami Al Quran di malam hari.
  2. Detoksifikasi dan Manajemen Tenaga di siang hari.
  3. Kembali fitrah setelah berpuasa 28 hari berturut-turut.
Manfaatkan malam-malam Ramadhan
  • Untuk dapat
    dengan mudah memahami makna kehidupan secara komprehensif dan benar,
    manfaatkan kecerdassan otak di kesunyian malam Lailatul Qadar.
  • Untuk mendapat pemahaman lebih luas, malam-malam di sekitar Lailatul Qadr (10 malam terakhir Ramadhan).
  • Lebih baik lagi kalau dimulai malam pertama Ramadhan.
  • Hasil renungan malam ini harus dapat kita implementasikan dalam kehidupan sehari-hari.
  • Nikmat hidup akan diperoleh jika kita berkontribusi positif kepada kehidupan dunia dengan berserah diri kepadaNya.
  • Nikmat kehidupan akhirat akan diperoleh bila kita mampu selalu menikmati dan mensyukuri kehidupan dunia.
Sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Friday 26 July 2013

Syiah: Kerajaan Negeri Kelantan selari keputusan

1

Datuk Ahmad Yakob
Datuk Ahmad Yakob
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selari dengan keputusan dan pandangan Pejabat Mufti Kelantan berhubung ajaran Syiah di negeri ini.

Kenyataan tersebut dinyatakan beliau di laman sosial miliknya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam.

“Pada saya, sikap Kelantan sentiasa jelas dalam isu yang melibatkan akidah seperti ini, bahkan Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sendiri telah membuat keputusan pada 30 Mei 1996 lalu bahawa ajaran Syiah jelas menyeleweng dari segi akidah, syariah dan akhlak.

“Mesyuarat yang sama juga menetapkan bahawa hanya akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sahaja yang diterima sebagai amalan oleh rakyat negeri ini, maka dalam hal ini saya akan mengambil kira pandangan pejabat mufti yang dikira lebih berhak untuk menyuarakan cadangan penambahbaikan sebagaimana yang telah dinyatakan,” katanya.

Dalam masa sama, Ahmad Yakob yang juga Adun Pasir Pekan turut menegaskan kerajaan sentiasa komited untuk memerangi bukan hanya ajaran Syiah malah apa jua ajaran dan pemikiran yang menyeleweng daripada Islam

WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Julai 2013

Jakim nafi pengikut Syiah cecah 300,000






SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menolak dakwaan yang mengatakan pengikut Syiah di negara ini sudah mencapai angka 300,000 hingga sejuta orang.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan
(Seksyen dan Akidah) Jakim, Kamarul Saman Yaacub berkata, kenyataan itu lebih bersifat provokasi atau propaganda semata-mata.

“Angka itu tidak benar kerana Jakim sentiasa memantau pergerakan Syiah sejak awal pergerakan ini menular di negara ini, tetapi pergerakan ini tidak banyak seperti didakwa.

“Jakim turut turun padang menyampaikan penerangan kepada masyarakat mengenai bahaya Syiah,” katanya dalam satu sesi soal jawab bersama radio ikim.fm, semalam.

Kamarul menasihatkan individu yang curiga dengan usaha mana-mana pihak mendekatinya bagi menyebarkan ajaran Syiah supaya tampil kepada mana-mana pejabat agama untuk mendapatkan lebih penerangan.

“Syiah boleh menyesatkan, tampillah jika mendapati ada mana-mana pergerakan mencurigakan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan dakwaan ketua kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz yang mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang