Wednesday 31 October 2012

AP: Shisha Mudaratkan Kesihatan, Haramkan Segera!

Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.

“Langkah ini perlu diambil dengan segera memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok,” kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain.

Beliau berkata, penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.

Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

Jelas beliau lagi, dalam satu laporan oleh sebuah akhbar tempatan yang memuatkan temubual dengan seorang pengamal perubatan mengenai bahaya menghisap shisha, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan.

Beliau menambah, penggunaan arang dalam peralatan dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap.

“Air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa penjang,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau CAP menggesa pihak berkuasa supaya mengharamkan penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha.

“Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan,” katanya lagi.





Thursday 25 October 2012

Pengajaran dari semangat korban Nabi Ibrahim – bersabar menyampai perintah Allah



Firman Allah SWT:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya: Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 30)

Sesungguhnya, Nabi Adam adalah bapa seluruh manusia di muka bumi. Bapa bagi semua bangsa di dunia ini, tidak kira Melayu, Cina mahupun Arab. Di sebalik cerita Nabi Adam ini, ia boleh menimbulkan kasih sayang antara satu sama lain. Tidak menimbulkan krisis bangsa dan agama bila kembali memahami dan beriman dengan keterangan Allah SWT. Justeru janganlah kita tertipu dengan seruan dan ajakan berkasih sayang berpandukan pembawaan bersifat perkauman tanpa mengambi panduan daripad Al-Quran.



Atas nilai kebesaran ibadat Haji itu, kita disuruh mengingati kisah Nabi Ibrahim AS yang memberi sumbangan besar (berkorban) sehingga terbangunnya Kota Mekah sebagai pusat ibadat Haji. Kewajipan yang telah dilaksana oleh Nabi Ibrahim atas semata-mata melaksanakan perintah Allah.

Di sebaliknya, amatlah besar pengorbanan Nabi Ibrahim, maka kita perlu mengingati sejarahnya dan setiap kali solat kita diminta berselawat kepadanya, sama juga kita diminta berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Ibadat Qurban

Satu lagi dari sejarah Nabi Ibrahim yang perlu diingati ialah Allah meminta Nabi Ibrahim melalui mimpi supaya menyembelih anaknya Ismail dan Nabi Ibrahim melaksanakan suruhan tersebut. Dengan kuasa Allah, Ismail ditukarkan dengan kibas.
Firman-Nya:

”Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.”(Surah As-Saaffat ayat 102)


Seterusnya Allah SWT membalas ketaatan nabi Ibrahim dan anaknya Ismail itu dengan suatu binatang (kibas).
Firman-Nya:


” Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”(Surah As-Saaffat ayat 107-109)


Justeru setiap Hari Raya Aidil Adha kita disunatkan menjalankan kurban sebagai satu ibadat. Hikmatnya amat besar dari segi mengingatkan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta para Nabi yang lain. Atas sifat ini, janganlah kurban itu hanya ingat untuk makan daging sahaja, sebaliknya kita perlu juga memperingati sejarah Nabi Ibrahim.

Bagaimana sejarah Nabi Ibrahim, ayahnya seorang pembuat berhala dan menjual berhala tersebut ialah Nabi Ibrahim. Hidup Nabi Ibrahim amatlah perit seperti juga sejarah Nabi Nuh AS sehingga Nabi Muhammad. Ada sahaja fitnah dan cabaran atas kebenaran yang disampaikan (atas perintah Allah). Bagi Nabi Ibrahim, cabarannya ialah antara untuk mengikuti suruhan ayahnya atau untuk mentatati Allah.

Kebijaksanaan di sisi Nabi Ibrahim ialah dengan mengambil jalan tengah ketika menjual berhala (suruhan ayahnya) dengan melakukan kempen terbalik dengan mengumumkan kepada masyarakat (yang menyembah berhala) bahawa berhala yang dijualnya buta,tuli,dan tepok. I

Aidil Adha

Kisah Nabi Ibrahim perlu diingati sempena Hari Raya Aidil Adha, selain nilai pengorbannya, ia juga mengandungi kalimah dan lafaz membesarkan Allah SWT. Lafaz zikir ‘wahazamal ahzabawahdah’ iaitu Allah menghancur leburkan bala tentera Ahzab. Ia dapat diambil pengajaran dari beberapa siri peperangan dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, Antaranya, perang Badar, kemudian Uhud, kemudian Ahzab dan beberapa peperangan lagi. Dalam lafaz ini (‘wahazamal ahzabawahdah’), Ahzab bermaksud parti, kumpulan atau NGO yang berpakat untuk lawan dan mengalahkan perjuangan Nabi Muhammad. Diminta sebut perang Ahzab kerana dari segi zahirnya Nabi dapat dikalahkan tapi dengan kuasa Allah, pasir dan ribut diarahkan oleh Allah untuk menolong Nabi Muhammad. Itul;ah kehebatan nilai keimanan dan cabaran prjuangan dalam lipatan sejarah nabi yang membawa Islam hingga samapai kita semua menjadi orang yang beriman.

Ingatlah akhirat

Saat kita menyambut apa sahaja (ulang tahun kerajaan, Aidil Adha atau pun peristiwa perjuangan Nabi-nabi), kita diajar supaya juga agar memperingati bahawa dunia akan hancur dan selepas itu ada di sana dunia baru iaitu akhirat yang mana ada syurga dan neraka. Sesiapa yang menuruti ajaran Islam akan masuk syurga, dan sesiapa yang menolak ajaran Islam akan masuk neraka. Ini kenyataan dan penegasan dari Allah dan Nabi Muhammad. Atas sebab ini, sampai masanya, setiap manusia wajib meniti Titian Sirat dan di penghujungnya ada Nabi Muhammad SAW dengan menyebut “ummati” bukan ‘qaumi’ yang bermaksud ummatku bukan bangsaku.
Hayatilah firman Allah SWT:

” Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah Al-Alaq ayat 6-8)


Justeru itu, perbalahan besar antara perjuangan Islam dengan perjuangan sekular atau kebangsaan adalah disebabkan oleh ada pihak yang sekadar ingin menjaga bangsanya (orang Melayu dan lain-lainnya) sahaja. Sedangkan di sana ada perintah Allah SWT yang menyuruh supaya kita menjaga manusia, kerana manusia diciptakan untuk membesarkan kedudukan keinsanan bukan membesarkan kebanggaan atas nama kaumnya. Semoga kita memilih satu jalan yang selamat di akhirat kelak, iaitu Islam yang memartabatkan nilai insan.

Mengapa Berlaku Krisis Akhlak Di Malaysia?



Kenapa Berlaku Krisis Akhlak Di Malaysia ? saya ada jawapan ! Selain masalah perkembangan teknologi yg pesat, proses perbandaran, masalah ekonomi, keluarga, pendidikan, dakwah tidak menepati sasaran dll antara yg penting ialah fakta berikut;
.
Apakah jumlah penguatkuasa Agama seluruh Negara iaitu dari Perlis di utara, Johor di Selatan sehingga ke Sabah dan Serawak seramai 1539 orang dianggap telah mencukupi untuk menangani isu gejala sosial di Negara ini ? Adakah logik 1539 penguatkuasa di seluruh negara yang 902 adalah lantikan kerajaan dan baki 637 orang adalah dari pihak sukarelawan untuk memikul amanah menjaga lebih 17 juta umat Islam agar bebas dari maksiat, arak dan lainnya ? 

Data penguakuasa Agama seluruh Malaysia, Selangor 123 orang, Wilayah Persekutaun 91 orang, Sabah 124 orang Perak 282 orang, Negeri Sembilan 215, Terengganu 193, Kelantan 122, Johor 97, Kedah 74, Pahang 65, Pulau Pinang 60, Melaka 49, Serawak 31 dan Perlis 13. 

Jika dibandingkan dengan agensi penguatkuasa lain seperti PDRM yang berjumlah lebih 100 ribu orang, jumlah penguatkuasa agama adalah jauh teramat-amat-mat kecil dan tidak logik untuk diterima oleh akal. Dengan jumlah pegawai yang teramat kecil dibandingkan beban tugas yang amat berat berdasarkan jumlah penduduk yang ada adalah amat mustahil untuk mereka menjalankan tugas dengan berkesan dan seterusnya diharapkan untuk membendung gejala maksiat dan krisis akhlak dari berleluasa.

Apa yang berlaku pada hemah saya perkembangan agensi Islam tidak berkembang seiring dengan pertambahan jumlah penduduk di Negara ini. Jumlah penduduk Malaysia yang bertambah 5 juta orang bagi setiap 10 tahun seolah-olahnya tidak memberi kesan kepada penambahbaikan struktur organisasi di agensi-agensi agama itu sendiri. Jumlah pegawai penguatkuasa agama iaitu 1539 orang dan 637 daripadanya adalah sukarelawan bagi saya adalah angka yang sesuai untuk menguruskan penguatkuasaan undang-undang Syariah untuk 50 tahun dahulu. Angka-angka yang disebutkan tadi mengambarkan bertapa tertinggalnya institusi agama di semua peringkat di negara ini. Betapa tidak pedulinya pihak berwajib kepentingan Syariah didaulatkan.

Outcome, atas kecuaian kerajaan kita berjaya memiliki anak luar nikah yang ramai.Ikut statistik anak luar nikah th 2000 seramai 18765 orang, 2001 (21000), 2002 (22544), 2003 (24262),2004 (28146), 2005 (32341), 2006 (38258), 2007 (44234), 2008 (46822), 2009 (52378), 2010 (52982 dan 2011 (53 800). Jumlah keseluruhan lebih 452.000++orang.

Disekeliling kita ramai anak-anak luar nikah sebenarnya. Mungkin dia jiran kita, kawan kita, anak murid kita, kawan kerja, guru kita dan ustaz kita. Yang mengandungkan anak luar nikah juga jiran kita kemungkinan kawan kita, anak murid kita, kawan kerja kita dan org taman kita . Setiap daripada kita kalau tidak berhati-hati akan ternikah anak luar nikah.Kalau tersalah wali tak sah nikahnya.Inilah Malaysia yang sedang sarat dengan pelbagai masalah ! Malaysia Negara dan Tanah Airku.Selamat hari Raya Aidil Adha

Lawatan Amir Qatar iktiraf Hamas sebagai kerajaan



Terjemahan Mohamad Yahya,24 Okt 2012


(Sheikh Hamad adalah ketua negara pertama melawat  wilayah Palestin tersebut sejak sekatan antarabangsa dikenakan.)

GAZA: Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Amir Qatar, telah tiba di Semenanjung Gaza untuk merasmikan satu projek pelaburan Qatar bernilai ratusan juta dolar untuk membina semula daerah pantai yang miskin dan penuh sesak.

Pemimpin negara Teluk tersebut adalah ketua negara pertama yang melawat Gaza sejak wilayah Palestin itu diboikot di peringkat antarabangsa sebahagiannya kerana Hamas yang popular pada pilihan raya 2006, dianggap oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Eropah dan Jepun sebagai "organisasi pengganas".

Perang saudara yang saling menghancurkan pula berlaku pada 2007, yang membawa kepada perselisihan di antara Hamas dan Fatah - kumpulan yang disokong oleh banyak kuasa Barat.

"Lawatan ini mempunyai kepentingan politik yang besar," kata jurucakap kerajaan Hamas, Taher al-Nunu.

"Beliau adalah pemimpin Arab pertama yang memecahkan pengepungan politik ini."

Projek pelaburan tersebut bertujuan untuk membina 1,000 rumah untuk keluarga miskin di kawasan musnah Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza.

Selepas meletakkan batu asas projek, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh mengucapkan terima kasih kepada Amir "untuk keputusan berani beliau melawat Gaza.”

"Lawatan Amir ini secara rasminya mengumumkan pelanggaran untuk pengepungan politik dan ekonomi yang dikenakan ke atas Gaza selama lebih dari lima tahun," kata Haniyeh.

"Hari ini di Gaza dan kelak Baitul Muqaddis yang dibebaskan," katanya.

Haniyeh juga mengumumkan bahawa pembiayaan Qatar telah meningkat daripada $254 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini kepada $400 juta. Tiada butiran lanjut mengenai dana tambahan berkenaan.

Amir juga merancang untuk bertemu dengan pemimpin Hamas di Universiti Islam, dan membatalkan ucapan yang telah dirancang di sebuah stadium.

Semenanjung Gaza yang panjangnya adalah 41km, mempunyai populasi seramai 1.6 juta orang, telah mengalami kerosakan teruk semasa operasi besar-besaran 22 hari tentera Israel pada bulan Disember 2008 dan Januari 2009.

Khan Younis terutamanya menjadi amat teruk semasa sekatan antarabangsa Gaza, yang dikenakan sejak tahun 2007, dan semasa separuh dekad sebelum itu. Satu laporan EWASH 2011 mendedahkan bahawa 90-95 peratus air Gaza tidak selamat untuk diminum.

Satu kenyataan lewat malam dari pejabat Presiden Mesir Mohammed Morsi berkata negara itu mengalu-alukan lawatan Amir ke Gaza, yang dikatakan datang sebagai sebahagian daripada usaha Mesir "untuk memecahkan pengepungan ke atas rakyat" wilayah tersebut.

Wartawan Al Jazeera, Nicole Johnston, yang melaporkan dari Gaza, berkata"Saya tidak pernah melihat pegawai Hamas begitu gembira dengan sejak mereka berjaya membebaskan lebih 1,000 tahanan politik Palestin tahun lepas," Haniyeh juga memberi komen tentang pelepasan banduan, yang dirundingkan dengan pembebasan askar Israel Gilad Shalit Koperal.

"Lawatan ini bertepatan dengan sambutan ulang tahun pertama kemenangan perjuangan Palestin, isitu pertukaran tahan dengan Shalit – di mana Qatar turut  memainkan peranan penting dalam kejayaan rundingan itu," katanya.

Wartawan kami melaporkan bahawa Hamas mengatakan bahawa ia "benar-benar memberi pengakhiran  kepada pengasingan politik mereka".

"Mereka benar-benar telah dianggap sebagai 'organisasi pengganas', sejak mereka memerintah pada tahun 2007, dan kini mereka akhirnya mempunyai pemimpin dunia, pemimpin negara Arab, melawat mereka," kata Johnston.

Qatar turut memainkan peranan penting dalam proses perdamaian Hamas - Fatah. Awal tahun ini, Amir mengajak Abbas dan pemimpin tertinggi Hamas dalam buangan, Khaled Meshaal, untuk membuat perjanjian.

KISAH ABU HURAIRAH DAN IBUNYA


majdan,08 Okt 2012
Semasa kecil Abdusy Syams (hamba Matahari) sangat sayang kepada seekor anak kucing betina, yang dalam bahasa Arab, kucing disebut Hurairah. Sejak itu, beliau dikenali dengan panggilan Abu Hurairah.

Setelah masuk Islam, Rasulullah SAW lebih suka memanggilnya Abu Hirr sebagai panggilan akrab, dan beliau lebih suka panggilan itu. Abu Hirr ertinya penyayang kucing jantan.

Namun, Rasulullah SAW kemudian menukar namanya menjadi Abdur Rahman (hamba Allah yang Maha Penyayang).

Abu Hurairah RA berasal daripada suku Daus dan beliau masuk Islam melalui Thufail bin 'Amir ad-Dausy, salah seorang pemimpin suku tersebut.

Setelah masuk Islam, Ad-Dausy ini pergi ke Madinah menemui Nabi dan berkhidmat untuk Rasulullah SAW sepenuh hati. Beliau tinggal bersama ahli shuffah di beranda Masjid Nabawi. Setiap waktu beliau boleh solat di belakang Nabi dan mendengar pelajaran berharga dari Nabi.

Abu Hurairah ada ibu yang sudah tua dan sangat disayanginya. Beliau ingin ibunya memeluk Islam, tetapi ibunya menolak bahkan mencela Rasulullah SAW. Abu Hurairah sangat sedih. Dia pergi menemui Rasulullah sambil menangis.

"Mengapa engkau menangis, wahai Abu Hirra?" Sapa Nabi. Abu Hurairah menjelaskan apa yang menyebabkan hatinya galau, sambil meminta Rasul mendoakan ibunya. Lalu Nabi berdoa agar ibu Abu Hurairah terbuka hatinya untuk menerima Islam.

Suatu hari Abu Hurairah menemui ibunya. Sebelum membuka pintu dia mendengar suara gemericik air, kemudian terdengar suara ibunya. "Tunggu di tempatmu, Nak!"

Setelah dipersilakan masuk, Abu Hurairah terkejut apabila ibunya langsung menyambut dengan ucapan dua kalimah syahadat. Alangkah bahagianya Abu Hurairah, keinginannya tercapai. Segera dia kembali menemui Rasulullah. "Dulu aku menangis kerana sedih, sekarang aku menangis kerana gembira."

Abu Hurairah sangat menyayangi ibunya, lebih-lebih lagi setelah ibunya masuk Islam. Beliau begitu meghormati dan berbakti kepada ibunya. Setiap kali akan pergi meninggalkan rumah dia berdiri lebih dahulu di depan pintu bilik ibunya mengucapkan salam, "Assalamu 'alaiki wa rahmatullah wa barakatuh, ya ummah!"

Ibunya menjawab dengan lembut, "Wa 'alaikas salam wa rahmatullahi wa barakatuh, ya bunayya."

Kemudian, Abu Hurairah mendoakan ibunya, "Rahimakillahu kama rabbay tini shaghira" (Semoga Allah mengasihi ibu sebagaimana ibu mengasihiku sewaktu kecil)."

Ibunya membalas doa anaknya dengan doa yang tidak kurang indahnya, "Wa Rahimakallahu kama barartani kabira" (semoga Allah mengasihimu sebagaimana engkau berbuat baik kepadaku setelah engkau dewasa).

Abu Hurairah aktif mengajak orang lain agar memuliakan dan berbuat baik dan menyayangi kedua-dua orang tua. Suatu hari, beliau melihat dua orang lelaki berjalan bersama-sama, yang satu lebih tua daripada yang lain. Abu Hurairah bertanya kepada yang muda, siapa orang tua ini? "Bapaku," jawab anak muda itu.

Lalu Abu Hurairah menasihatinya. "Janganlah engkau memanggilnya dengan menyebut namanya. Jangan berjalan di hadapannya. Dan jangan duduk sebelum dia duduk lebih dahulu. “

Begitulah, sisi lain Abu Hurairah, yang sangat sayang kepada ibunya dan hormat kepada yang lebih tua.

http://detikislam.blogspot.com

Fiqh: Yang berkaitan dengan ibadah korban


Zaharuddin Abd Rahman,22 Okt 2012
Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah yang berpendapat berkorban wajib bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Muslim yang sohih, ertinya:-

“Barangsiapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan telah masuk 10 awal (Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  sehinggalah sampai korban dilaksanakan." (Muslim, 3/39)

Justeru, majoriti ulama daripada mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya.

Bagaimanapun, tiadalah termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan Qurban, dan Aisyah r.a menyebutkan, tiadalah Nabi SAW mengharamkan apa-apa (semasa menunggu masa untuk menyembelih) sehinggalah sampai waktu sembelihan. Hadis tersebut adalah sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan lain-lain kewajiban.

Korban dengan Bayar Sedekah Duit Tanpa Wakil Sembelihan


Tidak dibenarkan juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang telah disembelih daripada pasar lalu disedekahkan atas niat Qurban. Tatkala itu, pemberian daging dianggap sedekah biasa sahaja dan bukannya korban yang disyariatkan pada hari raya Aidiladha.

Pahala korban adalah jauh lebih hebat daripada bersedekah harganya sahaja. Hal ini adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain.

Adalah diingatkan jua agar meniatkan korban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi SAW dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk menyedekahkan daging atau lain-lain niat. Firman Allah yang bermaksud:

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj : 37)


Kongsi Lembu
Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada tujuh bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Jabir r.a.

Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadis pernah mencatatkan nasihat Nabi SAW kepada Fatimah yang ingin berkorban. Ertinya;

"Hadirkanlah dirimu pada waktu sembelihan, diampunkan bagimu daripada titisan darah sembelihanmu yang pertama"

Mematahkan Tulang Dan Tanduk Binatang Korban


Majoriti ulama mengharuskannya manakala tegahan untuk mematahkan tulang hanya dalam hal akikah dengan doa ia menjadi kebaikan kepada si bayi berdasarkan hadith riwayat Al-Bayhaqi. Maksudnya;

“Sunnah adalah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor bagi perempuan, dimasak dan tiada dipecahkan tulangnya.” ( Riwayat Al-Bayhaqi dan Al-Hakim)


Namun tiada sebarang nas atau dalil yang menegah dalam bab sembelihan korban.

Binatang Terbaik untuk Korban

Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 dari unta, lembu, kerbau.

Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

Korban di Luar Kawasan

Hukum asal, yang terbaik adalah sembelih dengan tangan sendiri di dalam kawasan bagi manfaat orang sekeliling.

Namun, diharuskan mewakilkan seseorang menyembelih di luar kawasan kerana hukum daging Qurban boleh disimpan dan diagihkan kepada sesiapa jua sama ada di dalam kawasan atau mereka yang di luar.

Namun, ulama Mazhab Shafi’e tidak membenarkan dipindah keluar kawasan jika di dalam kawasan masih terdapat yang memerlukan. Demikian pendapat sebahagian ulama kontemporari (Ibn Uthaimin & Majlis Fatwa Kuwait) kerana kehilangan maslahat sebenar daripada udhiyyah. Bayangkan apabila kita mewakilkan seseorang lain melaksanakan korban itu sudah menyebabkan kita terluput daripada melaksanakan sunnah sembelihan dengan tangan sendiri sebagaimana Rasulullah tidak pernah mewakilkan sembelihan baginda kepada orang lain.

Malah sewaktu hari raya korban berlangsung, bagi mereka yang mewakilkan kepada pihak lain, apakah yang dapat mereka rasakan daripada ibadah korban kecuali hanya seolah-olah menyedekahkan wang sahaja, sepatutnya korban melebihi dari hanya sekadar sedekah wang dan makanan. Korban adalah suatu ibadah khas menghidupkan syiar dalam komuniti dan diri.

Gabung Korban dan Akikah

Mazhab Syafi’e, Maliki dan Pandangan Ahmad: Tidak boleh kerana maksud keduanya berbeza. Korban objektifnya untuk diri dan menaikkan syiar Allah, manakala akikah adalah tanda kesyukuran atas kurniaan anak. Imam Ibn Hajar Al-Haithami Al-Syafie, menyatakan bahawa - jika diniatkan seekor kambing untuk korban dan akikah sekaligus, tiada diperoleh salah satu antara keduanya, kerana keduanya sunnah yang maqsudah atau khas pada tujuan tertentu.

Sementara itu, Mazhab Hanafi, Pandangan Ahmad, al-Hasan Basri, Ibn Sirin dan Qatadah serta Majlis Fatwa Kuwait - Harus digabung semua dengan niat korban atau sebahagian korban dan sebahagian akikah.

Pandangan yang terpilih adalah tidak menggabungkannya jika punyai kemampuan.

Pembahagian Daging

Daging korban yang telah siap dilapah bolehlah dibahagikan seperti berikut :
1/3 (sepertiga) kepada tuan rumah yang berkorban,
1/3 (sepertiga) kepada fakir miskin termasuklah jirannya dan saudara mara dan
1/3 (sepertiga) lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Agihan ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud;

"Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir." (Al-Haj : 28) 

dan juga firman Allah SWT yang bermaksud;

"Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya" (Al-Haj : 36)


Inilah yang dilakukan oleh Nabi SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a. Namun demikian harus (dibenarkan) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini samada untuk makan keseluruhannya atau kebanyakkannya.

Upah kepada Tukang Sembelih dan Lapah Serta Jual Daging Qurban

Dilarang memberikan tukang-tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), Namun, harus jika dia termasuk daripada kalangan fakir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah. Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud;

“Rasulullah mengarahkan aku agar tidak memberi pelapah sesuatu apa (upah) pun.” ( Riwayat Al-Bukhari)

Namun, boleh diberikan daging korban sebagaimana orang lain.

Tidak dibenarkan juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya. Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil Korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan.

Dibenarkan untuk menyimpan daging korban walaupun melebihi 3 hari berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Muslim.

Memberi Daging Korban kepada Orang Bukan Islam


Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya haram, ada yang mengatakannya makruh dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai harus kerana ia bukannya sedekah wajib. Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

Berkorban atau Membayar Hutang

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan, berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?.

Justeru, untuk menentukan keutamaan sama ada menjelaskan hutang atau melakukan ibadah korban kita perlu melihat kepada jenis hutang, tempoh janji bayaran semula dan kemampuan orang yang berhutang.

Jika dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, tatkala itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi daripada individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan.

Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semunya tanggungjawab wajib itu. Di ketika itu  barulah ibadah korban menjadi utama untuk dilaksanakan.

Hal ini amat jelas kerana ibadah korban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab mankala melangsaikan hutang dalam tempohnya adalah wajib.

Jika disebabkan ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula ‘terkorban', hubungan persaudaraan ‘terkorban', atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar, tidak wajar sama sekali untuk berkorban juga. Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Demikian pandangan ringkas saya.

Sembelih Korban Guna Ayam

Asal hukum mesti bahimatul al-an’am sebagaimana disebut di dalam al-Quran. Ayam tidak tergolong dalam kategori itu. Bagi mereka yang tidak mampu, gugurkan kesunatan korban daripada mereka. Namun jika mereka ingin menyembelih ayam sebagai ganti, hanya menjadi sedeqah biasa. Diriwayatkan Ibn Abbas pernah membeli daging dengan harga satu dirham dan berkata, “nah, inilah korban Ibn Abbas,” iaitu secara majaz.

Korban oleh Organisasi & Syarikat?

Ramai yang bertanya dan ramai juga yang melakukan amalan ini. Adakah sebuah syarikat boleh mengeluarkan peruntukan tertentu untuk membeli 20 ekor lembu dan berkorban atas nama syarikat?

Jawab ringkas saya - "tidak boleh !" Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. Ibadah ini bukan untuk organisasi yang bukan manusia. Justeru, jika sebuah organisasi ingin melaksanakannya, mesti menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya.

Ketika itu, korban barulah sah dan menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya dihadiahkan kepada kakitangan secara khusus untuk dilaksanakan sembelihan atau korban. Pahala korban akan hanya diperoleh oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana ‘menghadiahkan' lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja.

Jika tidak mahu berbuat demikian, bermakna pihak syarikat mestilah meletakkan secara khusus 20 ekor lembu itu, untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Bukan atas nama syarikat, tetapi individu.

Binatang yang Dikongsi

a) Yang boleh dikongsi : Lembu, Unta, Kerbau. Dalilnya dari hadis, yang bermaksud;

“Rasulullah berkongsi sewaktu hajinya bersama kaum Muslimin, seekor Lembu dibahagi tujuh bahagian.” (Riwayat Ahmad) 

b) Yang tidak boleh dikongsi (Ijma’ ulama): Kambing, kibasy dan sepertinya. Adapun kongsi pahala, terdapat khilaf dan sebahagian mengharuskannya.

Kongsi Pahala Qurban

a) Ketua keluarga diharuskan menyembelih satu bahagian lembu atau kerbau atau unta dan diniatkan pahalanya kepada keluarganya. Hal ini sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW.
b) Namun, untuk kongsi pahala dengan seluruh syarikat atau negara, tidak dilakukan oleh sahabat nabi. Hanya Nabi yang berkorban dan menyatakan "Ini adalah untuk ummatku yang tidak berkorban. Disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa Nabi membaca doa ini semasa ingin menyembelih, maksudnya;

“Dengan Nama Allah dan ya Allah terimalah daripada Muhammad dan keluarga Muhammad dan umatnya.

Siapa Patut Mulakan Qurban?


Jawabnya adalah imam di sesuau tempat tersebut dan diikuti dengan orang ramai, demikian sunah Nabi SAW berdasarkan hadis yang bermaksud;

“Berkata Ibn Umar r.a.’ ertinya : Nabi melaksanakan sembelihan sedang baginda berada di kawasan solatnya.

Berkata Imam Malik : “Imam menyembelih di kawasan solat dan agar tiada yang menyembelih satu orang pun sebelumnya.”

http://www.zaharuddin.net

Kelebihan 10 hari awal bulan Zulhijjah



Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman,11 Okt 2012
Antara kelebihan dan kurniaan Allah untuk hamba-Nya ialah dijadikan bagi mereka beberapa musim untuk memperbanyakkan amal ibadat dengan dijanjikan pahala yang berganda banyaknya.

Salah satunya ialah 10 hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.

Beberapa dalil daripada al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:

1. Firman Allah SWT maksudnya:

“Demi fajar dan malam yang sepuluh.” (Al-Fajr: 1-2)

Kata Ibnu Kathir:  “Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya.” HR: Imam Bukhari.

2. Daripada Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya;

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” HR: Ahmad, At-Tirmizi.

3. Firman Allah SWT, maksudnya;

“Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” (Surah Al-Haj: 28).

Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.

4. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah daripada hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

5. Adalah Said bin Jubir RA (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. HR Ad-Darimi- Hasan.

6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: Solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.

Amalan-amalan yang baik dilakukan pada hari-hari tersebut:

1. Solat. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana itulah sebaik-baik amalan. Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” HR Muslim. - Ini umum untuk semua waktu.

2. Puasa. Kerana puasa juga termasuk di dalam amalan soleh. Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata:“Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei.
Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari 10 adalah sunat yang sangat digalakkan.

3. Takbir, Tahlil dan Tahmid. Hal ini kerana, hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan:“Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”

Kata Imam Bukhari:  “Ibnu Umar dan Abu Hurairah RA menuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.”

Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.”

Ibnu Umar RA bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah RA.

Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti  orang-orang soleh yang terdahulu.

4. Puasa Pada Hari Arafah. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit daripada Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya, maksudnya;

”Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” HR Muslim.

PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah SAW tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.

5. Kelebihan Hari Raya Korban (Yaum An-Nahr), 10 Zulhijjah.

Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelosok dunia. Sesetengah ulama berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.

Kata Ibnu Al-Qayyim: Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari ke-11 Zulhijjah).

Setengah ulama lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah SWT turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.

Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.

Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.

Cara-cara menyambut musim kebajikan:

1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia daripada kebaikan dan menjauhkannya daripada Tuhannya.

2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.” (Al-Ankabut: 69).


Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Apabila masuk 10 terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” HR Muslim.

Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafie dan ulamanya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang sangat besar dan hampir kepada haram).” Syarah Sahih Muslim.

Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persediaan pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.

Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga agar kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.

http://www.abuanasmadani.com

Mufti Perak: Tegur pemimpin jihad paling besar




Harussani: Tuduhan itu tidak benar
HAIRUSSANI ZAKARIA
SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, menjadi satu keperluan untuk menegur pemimpin yang gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan ia juga harus dianggap sebagai satu "jihad paling besar."
Beliau berkata, tugas itu wajib kepada semua umat Islam terutama yang mempunyai kelebihan.
"Golongan ulama memang perlu tegur pemimpin, saya juga tegur pemimpin, hampir ke semua Perdana Menteri pernah saya tegur termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas).
"Memetik hadis Nabi, menasihati pemimpin yang zalim adalah jihad yang paling besar.
"Tugas itu perlu dimainkan oleh semua orang tetapi selalunya dilihat sebagai tugas ulama kerana mereka mempunyai kelebihan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut beliau, kelebihan itu bukan sahaja daripada ilmu yang dimiliki ulama terbabit tetapi termasuklah peluang yang lebih mudah untuk bertemu dan bercakap dengan pemimpin itu.
Kelmarin, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat boleh menegur pemimpin tetapi perlu secara tertib.
"Kritik kesalahan dan pengurusan itu tapi pilih perkataan yang elok seperti manusia yang bertamadun. Sebut perkataan yang tegas dan bermaksud," katanya pada siri Wacana Sinar Harian ke-15 bertajuk Peranan Ulama Menasihati Pemimpin.
Harrussani berkata, ada orang menggunakan medan syarahan atau media massa menegur pemimpin.
Katanya, teguran yang dibuat perlulah secara beradap dan tidak menyinggung perasaan individu yang ditegur itu.
"Semua orang ada egonya, jadi adalah lebih baik menggunakan cara yang bersesuaian untuk menegur orang itu supaya tidak mengguris hatinya.
"Kalau kita mahu tegur cara tugas mereka, boleh menulis surat untuk menasihatinya dan jika punya kesempatan, bertemu secara terus adalah lebih baik," katanya.
Katanya, mereka yang menegur seseorang itu melalui ucapan dianggap sebagai mengumpat.
"Kita tidak perlu menegur orang itu sehingga memberi aib kepadanya. Gunakan cara yang lebih diplomasi," katanya
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD, Sinar harian
25 Oktober 2012

12 kaum yang dibinasakan kerana engkar hukum Allah



DetikIslam,24 Okt 2012
Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan yang telah dilarang. Yang berikut ialah kaum-kaum yang dibinasakan.

Kaum Nabi Nuh
Nabi Nuh berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).

Kaum Nabi Hud
Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).

Kaum Nabi Saleh
Nabi Saleh diutuskan Allah kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud: 68, Qaf: 12).

Kaum Nabi Luth
Umat Nabi Luth terkenal dengan perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib
Nabi Syuaib diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13, Qaf: 14).

Firaun
Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt
Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).

Ashab al-Rass
Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf : 12).

Ashab al-Ukhdudd
Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).

Ashab al-Qaryah
Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).

Kaum Tubba’
Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).

Kaum Saba
Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).

http://detikislam.blogspot.co

Tuesday 23 October 2012

VIDEO] Zulfahmi Lari Dari Podium, Mengapa?


Zulfahmi (bulatan kuning) tak mau celebrate goncang arak... dia blah dari podium...


Syabas terlebih dahulu dari penulis kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana mencipta sejarah selaku rakyat Malaysia pertama yang menaiki podium kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam siri perlumbaan Grand Prix di litar lumba Sepang semalam .

Ini adalah satu kejayaan yang amat menbanggakan buat negara Malaysia.

Tetapi yang paling membanggakan kita ialah sikap beliau yang sanggup terjun podium kerana tak mau bersengkongkol dengan air Setan [arak].

[Lihat Video di bawah] ....bagaimana Zulfahmi lari meninggalkan podium setelah Pelumba Republik San Marino, Alex De Angelis dari pasukan NGM mahu meraikan kemenangan dengan menyembur air arak terhadap satu sama lain.

Tanpa membuang masa beliau terus lari dari situ.

Taniah kepada anak muda bernama Zulfahmi kerana menjaga adap dan batas agama Bersukan merupa satu riadah yang digalakan oleh agama dan bukan menyusahkan umatnya. -batuvskayu



Ulasan UM

Banyak acara sukan boleh menjadikan penganut sesuatu agama tersinggung. Ketika pembukaan soal olimpik 2012 baru-baru ini upacara tersebut dijadikan propaganda Yahudi untuk menunjukaan kehebatan. Maka sambutan ditonjolkan dengan simbul-simbul Iluminiti> Apa tujuannya hanya Yahudi yang tahu.Bagi orang Islam ia adalah satu yang amat sensiti.

Acara meraikan kemenangan dengan semburan arak selepas pertandingan Grand Prix juga boleh menyinggung penganut satu-satu agama lebih-lebih lagi Islam. Ia akan menjadi lebih hina bila melibatkan orang Islam. Dalam Islam arak bukan sahaja kerana meminumnya tapi rangkaian berkaitan arak juga turut haram.

Dalam kes ini kenapalah penganjur pemenang-pemenang di podium Sepang baru-baru ini dengan semburan champagne.Malaysia adalah negara Islam. Di sini jelas bahawa penganjur langsung tidak sensitif dan tidak peduli hal berkaitan dengan Islam.Kenapa kita tidak meniru Bahrain. Di litar Sakhir, Bahrain.. tiada semburan champagne sebaliknya digantikan dengan air minuman berperisa ros tetapi acara podium tetap meriah.

Petikan dari wikipediaAlthough alcoholic beverages are legal in Bahrain, the drivers do not spray the traditional champagne on the podium. Instead, they spray a non-alcoholic rosewater drink known as Waard

Tindakan Zulfahmi lari daripada podium untuk mengelak sambutan percikan arak amat dipuji. Rupanya masih ada lagi ahli sukan dan anak muda yang mencintai agama. Insyaa Allah contoh tauladan dari beliau akan diikut oleh anak muda dan ahli sukan lainnya. Mungkin beliau akan lebih banyak memperolehi kemenangan denganm berkat doa umat Islam lainnya.

Khalwat di sawah padi



WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Oktober 2012
Khalwat di sawah padi
Pelbagai agensi, NGO termasuk imam terbabit dalam Mespida yang dipengerusikan Kamaruddin di Kampung Raja, semalam.
BESUT - Masalah sosial terutama kes khalwat dilaporkan banyak berlaku di kawasan sawah padi berbanding di chalet murah di daerah ini sejak belakangan ini.

Wakil Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Besut memberitahu, kes tangkapan khalwat di kawasan sawah padi terutama di pondok atau wakaf yang terdapat di kawasan sawah padi menjadi pilihan pasangan bukan muhrim untuk melakukan maksiat.

Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Daerah (Mespida) Besut yang dipengerusikan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam, turut melaporkan sebanyak 58 kes tangkapan khalwat direkodkan sehingga September tahun ini.

Menurut wakil Mespida, jumlah itu termasuk masing-masing satu kes minum arak dan tidak menghormati Ramadan.  Statistikitu  turut menunjukkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencecah hampir 90 kes.

Sementara itu, Kamaruddin berkata, mesyuarat yang mengumpulkan ketua jabatan berkaitan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil parti politik adalah sebagai usaha perkongsian idea bagi mencari jalan sesuai dalam perancangan serta tindakan pencegahan jenayah peringkat daerah.

“Pada mesyuarat tersebut, polis berjaya mendapat pelbagai respons, idea dan panda-ngan untuk membanteras jenayah terutama mengatasi masalah penagihan dadah, masalah sosial termasuk rogol serta pergaduhan,” katanya.

Kamaruddin berkata, setakat ini di daerah ini tidak ada lagi kes keganasan rogol sebenar seperti mangsa diculik dalam semak sebelum dirogol sebaliknya membabitkan kes hubungan suka sama suka membabitkan gadis bawah umur.

Menurutnya, peningkatan kes rogol di daerah ini khususnya di Kuala Besut menunjukkan peningkatan apabila sembilan kes dilaporkan sehingga September tahun ini berbanding hanya empat kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Kes ini disebabkan masalah sosial yang memerlukan perhatian semua pihak khususnya ibu bapa kerana terdapat kes anak gadis melakukan hubungan seks secara curi-curi dalam bilik tidur sedangkan ketika itu ibu bapa berada di dalam rumah,” katanya.

Sementara itu, menurut ahli Mespida Besut, Mohd Sani Mohd Jahal, langkah polis mengadakan Mespida usaha yang baik kerana polis dapat mendengar pandangan orang awam untuk mengurangkan kadar jenayah di daerah ini.

Ulasan UM

Itulah kehebatan nafsu. Bila diri sudah dikuasai nafsu aqalpun hilang fungsi. Baik buruk sudak tidak dapat dibezakan. Apa yang diperintah oleh nafsu pasti akan diturut tanpa bantah. Nafsu akan menjalar dalam tubuh sebagaimana aliran darah.Kalau buat maksiat di sawah kira masih rasional lagi tapi ada berita maksiat dibuat dijirat Cina dan tanah perkuburan. Ini lagi gila.
Adunan nafsu dan ajakan Syaitan akan menjadikan manusia akan jadi lebih teruk drp Syaitan lagi. Maka yg penting di sini bagaimana hdk kawal dua perkara ini.Kenapa Allah jadikan semua ini kemudian kita disuruh mengawalnya. Kalau tidak adakan senang..terus jadi baik semuanya. Itulah yg namanya ujian. Allah hdk menguji setiap drp kita. Siapa yg melepasi tahap ujian tadi mereka inilah yg layah masuk Syurga penuh kenikmatan.

Monday 22 October 2012

Hina Islam: Mapim gesa Raja-Raja Melayu bertindak



Posted on the October 21st, 2012 under Politik by 
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memohon agar Raja-Raja Melayu yang menjadi pelindung agama Islam di negara ini bertindak untuk menegaskan bahawa orang bukan Islam tidak berhak untuk memberi komentar yang menyentuh soal hukum Islam di negara ini.
Justeru, Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) menegaskan parti politik seperti MCA sepatutnya diingatkan bahawa mereka jangan menyentuh sensitiviti umat Islam mengenai hukum Islam yang mereka berhak untuk tuntut dilaksanakan.
Katanya, ucapan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dalam persidangan MCA semalam yang sekali lagi memuncakkan serangannya kepada hukum hudud sangat melampau dan tidak harus dikompromi lagi.
“Hanya beberapa hari sahaja sebelum ini hanya dengan bersandar kepada sebuah tulisan dalam blog yang tidak dikenali, beliau menuduh bahawa jika hudud dilaksanakan lebih sejuta orang akan kehilangan kerja di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan

Tuntut Soi Lek minta maaf



NURUL FATIHAH SULAINI
22 Oktober 2012
Shaharol Niza Omar
Bendahari Kehormatnya, Shaharol Niza Omar
ALOR SETAR - Majlis Belia Negeri Kedah menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa jika Pas melaksanakan hukum hudud, 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan, boleh membantutkan usaha kerajaan mewujudkan suasana harmoni antara kaum.

Bendahari Kehormatnya, Shaharol Niza Omar berkata, kenyataan beliau dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam dan juga Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

Menurutnya, kenyataan berkenaan boleh mengundang salah tanggapan penganut agama lain bahawa Islam adalah agama menindas golongan pekerja umatnya, sedangkan hakikatnya bukanlah yang diamalkan dalam perundangan Islam.

“Sebagai rakan dalam komponen Barisan Nasional, tidak sepatutnya kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang presiden parti berdasarkan kepada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada beliau daripada individu tidak dikenali.

“Kita amat kesal kerana ini bukan pertama kali beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Islam dan memperlekehkan perundangan Islam,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Shaharol berkata, mereka minta pemimpin bukan Islam tidak lagi memberikan sebarang komen dan pandangan mengenai Islam, sebaliknya perkara berkaitan Islam diselesaikan serta dibahaskan sesama umat Islam.

“Tidak pernah sekalipun umat Islam di negara ini memperkatakan tentang budaya dan agama yang dianuti penganut lain, walaupun ada antara mereka kebelakangan ini kerap berbahas mengenai perundangan Islam.

“Kita tuntut beliau segera mohon maaf kepada seluruh umat Islam demi keharmonian dan hubungan yang akrab,” katanya

DASYAT] 11 Isteri Kongsi Satu Suami



Pakatan madu di laman sosial

KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.

Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.



BERANI.... lelaki terbabit ketika bernikah dengan seorang daripada 11 isterinya.


Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.

Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit

Ulasan UM

Bagi saya lelaki ini terlibat dengan ajaran sesat. Hanya mereka yang sesat aqidah sahaja akan sanggup melakukan sesuatu yang diluar pemikiran kebiasaan. Berkahwin melebihi 4 orang sebagaimana yang ditetapkan oleh Nas adalah amat bertentangan dengan ajaran Islam. Apakah hujah yang dipakai kalau bukan kerana nafsu semata-mata. Menurut kajian JAKIM, antara punca-punca berlaku ajaran sesat ialah selain untuk mendapat pengaruh dan wang ringgit adalah keseronokan nafsu sexs.Inilah yang kerap berlaku termasuk dilakukan oleh golongan yang mengaku dirinya bomoh. Terdapat di sana sini bomoh ditangkap kerana merogol orang yang dirawatnya. Apa yang menyedihkan semua dilakukan atas nama agama dan title agama seperti ustaz. Akhirnya, yang tercemar ialah Islam dan orang-orang agama yang jujur. Inilah sebenarnya manusia yang bertopengkan Iblis. Tidak ada undang-undang yang lebih layak untuk menghukumnya melainkan hukuma Hudud iaitu hukuman mati untuk golongan seperti ini.