Monday 27 February 2012

Islam Terus Di Hina

Akhbar The Star  melalui Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari 2012 telah menyiarkan gambar yang menghiris hati umat Islam. Dengan menyiarkan gambar Erykah Badu dengan bertatu Kalimah Allah mengambarkan akhbar The Star tidak menghormati hati dan perasaan umat Islam di Malaysia. Bagi orang Islam kalimah mulia Allah ini yg menjadi Tuhan sembahan sama sekali tidak boleh dipermainkan dan di perolokkan. Apatah lagi sekiranya ia dilakarkan dalam bentuk Tatu ditubuh seorang yang berpakaian separuh bogel. Perbuatan tersebut kalau dilakukan oleh orang Islam maka orang berkenaan boleh menjadi KUFUR.

The Star sepatutnya mengetahui perkara-perkara asas dalam  ajaran Islam. Kita amat bimbang sekiranya sikap memperolok-olokkan agama Islam akan membawa punca kemarahan dan hilang pertimbangan sesetengan orang Islam..Sekadar mengambil cth, perbuatan biadab tentera Amerika membuang al-Qur’an di dalam lubang sampah dan kemudiannya membakarnya telah menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Persoalan agama adalah amat sensitif bagi umat Islam walau apapun status dan kedudukan mereka.

Di pihak kerajaan mereka sepatut menghalang  penyanyi seperti Erykah Badu daripada membuat persembahan di Negara ini. Kebenaran yang diberikan kepada, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu bagi  mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan sekaligus juga menghina Islam. Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

Kerajaan sepatutnya mematuhi garis panduan hiburan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau kerajaan sendiri tidak mahu mematuhi maka siapa lagi yang hendak mematuhinya. Di sini saya sekadar menurunkan apa yang di fatwakan oleh MFK Malaysia berkaitan hiburan utk panduan semua pihak;

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-2 pada 12 - 13 Mei 1981 telah membincangkan mengenai Hukum Nasyid dan Pancaragam. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1.     Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat, tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah adalah harus;
 
2.     Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram;
 
3.     Pancaragam yang melalaikan hukumnya haram;
 
4.     Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
 
5.     Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus

Friday 24 February 2012

Wardina TV 3 Telah Menjadi Pendakwah ?

Program  Raikan Cinta anjuran JAKIM berjaya menyerlahkan seorang lagi celebriti yang berbakat besar untuk menjadi pendakwah. Orang yang dimaksudkan ialah Wardina personaliti TV 3 yang tidak asing lagi di negara ini. Keupayaannya membaca al-Qur'an dengan bertaranum benar-benar menarik perhatian ramai. Bukan itu sahaja sepanjang perjalanan program beliau telah berjaya mengupas ayat-ayat al-Qur'an dan Hadis yang dibaca dengan jelas dan berfakta.



Program Raikan Cinta ini diserikan juga  dengan persembahan dari artis-artis  ternama seperti Nash, Aishah, Demascus dan juga Aiman.  Setiap lagu yang dinyanyikan  mempunyai mesej-mesej kesedaran dan nasihat yang berguna kepada semua.

MODEL BARU KAUNSELING (KAUNSELING SYARIE) AKAN DIGUBAL


JAKIM telah membuat satu keputusan bersejarah apabila Timbalan Ketua Pengarah JAKIM Us Razali Shihabudin telah bersetuju supaya pengubalan pendekatan Kaunseling Syarie dilakukan dengan kadar segera bagi kegunaan proses kaunseling di seluruh Jabatan dan agensi agama Islam di Malaysia. Beliau menyatakan demikian ketika mempengerusikan Persidangan Ketua-Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (PNCR) Seluruh Malaysia Kali ke 26 di Kuala Lumpur semalam. Menurut beliau pendekatan ini adalah satu alternatif kepada kaedah ‘kaunseling konvensional’ yang diamakan selama ini.

Menurutnya juga pengubalan modul ‘Kaunseling Syarie’ boleh diguna pakai untuk menangani perkara-perkara berikut;

i.          Menjadi garis panduan kepada pengamal rundigcara di peringkat jabatan agama negeri dan persekutuan.

ii.          Menjadi garis panduan bagi latihan (TOT) para rundingcara, Imam, Pegawai Agama, pekerja sosial, sukarelawan dan lainnya di peringkat persekutuan dan negeri.

iii.         Utk dijadikan garis panduan dalam usaha menangani isu-isu sosial seperti masalah kekeluargaan, dadah, HIV/AIDS, remaja bermasalah, gejala murtad, gerakan pelampau agama, penganut ajaran sesat dan sebagainya yang berlaku di peringkat persekutuan dan negeri.

iv.         Ia juga boleh diguna pakai untuk pusat-pusat rawatan, pemulihan dan tahanan dalam usaha merawat para klien dan pesakit.

Selain penggubalan modul dan kurikulum utk kegunaan pusat-pusat latihan dan akademik JAKIM, seterusnya bagi memastikan model baru ini dapat dijayakan secara lebih berkesan beliau menyarankan beberapa langkah segera  perlu diambil oleh JAKIM seperti berikut

i.          Melatih semula para pegawai rundingcara di JAKIM dan JAIN menggunakan Modul Kaunseling Syarie yang akan digubal.
ii.         Melaksanakan Kaunseling Syarie di semua agensi Islam di peringkat Persekutuan dan negeri secara berperingkat.
iii.         Dicadangkan penggubalan Enakment di peringkat Negeri bagi membolehkan perlantikan Kaunselor Syarie bertauliah.
iv.        Dicadangkan pengubalan peruntukan Enakmen Negeri bagi mewujudkan Lembaga/Jawatankuasa Kaunselor Syarie di negeri-negeri.
v.         Menawarkan program akademik di peringkat sijil, diploma dan seterusnya di semua institusi-institusi Akademik dan latihan kendalian JAKIM dan MAIN seperti Darul Qur’an, Institut Kemahiran Islam Malaysia (IKMAS), Kolej Universiti Islam negeri (KUIN), Institut Latihan Islam Malaysia dan lainnya.

Pada pendapat saya keputusan yang diambil oleh JAKIM adalah amat tepat dan kena pada masanya. Sebenarnya, itulah antara peranan yang sepatutnya dilakukan oleh JAKIM selama ini. JAKIM perlu berperanan secara lebih aktif khususnya dalam usaha memartabatkan Islam di Malaysia dalam semua perkara termasuk pengembangan bidang ilmu Islam. Saya berkeyakinan JAKIM bukan sahaja mampu mengeluarkan teori-teori ilmu tapi sekaligus mengimplementasikan.

Ini kerana JAKIM mempunyai para pentadbir yang juga sebahagiannya mempunyai asas pendidikan yang tinggi setanding dengan mereka yang berada di menara gading. Dengan itu, JAKIM pastinya dapat mengeluarkan teori-teori ilmu baru dan seterusnya merealisasikan dalam aspek pentadbiran negara. Ini berbeza dengan institusi pengajian dan pusat-pusat Akademik seperti Universiti kerana mereka tidak mempunyai kuasa pentadbiran. Mereka memerlukan agensi-agensi atau jentera kerajaan lain untuk merealisasikan ilmu berkenaan. Ini antara kelebihan yang dimiliki oleh JAKIM.

Pengalaman JAKIM meneroka aspek kewangan Islam dan Makanan Halal lebih 25 tahun dahulu adalah bukti kukuh bahawa JAKIM mampu melakukannya. Ini terbukti industri kewangan Islam dan makanan Halal telah menjadi pemangkin ekonomi umat Islam di Malaysia khasnya dan dunia Islam amnya. Bahkan kedua-dua industri ini telah diterima dan diiktiraf oleh seluruh dunia. Aktiviti pembanggunan Islam yang dilaksanakan oleh JAKIM telah memartabatkan Malaysia di peringkat global.

Saya yakin bahawa usaha mewujudkan Model Baru Kaunseling yang dipanggil ’Kaunseling Syarie’ akan menempa pengalaman yang sama. Yang penting usaha tersebut hendaklah dirancang dengan teliti dan penuh sistematik. Insyaa Allah ’Kaunseling Syarie’ akan  menyumbang sesuatu kearah proses pembinaan tamadun  di Malaysia khasnya dan dunia amnya. Semoga usaha murni yang dilakukan oleh JAKIM ini akan berjaya dicapai satu hari nanti

Tuesday 21 February 2012

Benarkah Gerakan Kristianisasi Mengancam Islam Di Malaysia?


Sejak kebelakang ini telah dihebohkan bahawa penganut Kristian telah melakukan usaha-usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam. Ramai dikatakan Murtad dan memasuki agama Kristian. Sehingga timbul desakan-desakan dari pihak tertentu supaya kegiatan Kristianisasi ini mesti dibendung sebelum keadaan menjadi parah. Keadaan ini telah menimbulkan ketegangan di kalangan penganut-penganut agama di negara ini. Persoalannya betul ke suasana ini benar-benar berlaku. Tanpa menafikan sememangnya kristianisasi boleh berlaku di mana-mana namun wajar untuk kita melihat situasi ini secara lebih rasional.

Saya sekadar mahu menganalisa situasi ini berdasarkan data-data kependudukan penganut-penganut agama di negara ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini.

POPULASI PENDUDUK DI NEGERI MENGIKUT AGAMA TAHUN (2010)

AGAMA
ISLAM
KRISTIAN
BUDHA
HINDU
LAIN-LAIN
NEGERI
MALAYSIA
61.3%
9.2%
19.8%
6.3%
3.4%
JOHOR
58.2%
3.3%
29.6%
6.6%
2.3%
KEDAH
77.2%
0.8%
14.2%
6.5%
1.3%
KELANTAN
95.2%
0.3%
3.8%
0.2%
0.5%
MELAKA
66.1%
3.0%
24.2%
5.7%
1.0%
N. SEMBILAN
60.3%
2.4%
21.2%
13.4%
2.7%
PAHANG
74.9%
1.9%
14.4%
4.0%
4.8%
PERAK
55.3%
4.3%
25.4%
10.9%
4.1%
PERLIS
87.9%
0.6%
10.0%
0.8%
0.7%
PULAU PINANG
44.6%
5.1%
35.6%
8.7%
6.0%
SABAH
65.4%
26.6%
6.0%
0.1%
1.9%
SARAWAK
32.2%
42.6%
13.5%
0.2%
11.5%
SELANGOR
57.9%
3.8%
24.4%
11.6%
2.3%
TERENGGANU
96.9%
0.2%
2.5%
0.2%
0.2%
KUALA LUMPUR
46.4%
5.8%
35.7%
8.5%
3.6%
LABUAN
76.0%
12.4%
9.0%
0.4%
2.2%
PUTRAJAYA
97.4%
0.9%
0.4%
1.0%
0.3%

    SUMBER: JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Berdasarkan statistik Islam merupakan agama majoriti anutan penduduk Malaysia iaitu sebanyak (61.3%) di ikuti Budhha (19.8%), diikuti oleh Kristian sebanyak (9.2%), Hindu (6.3%) dan lain-lain (3.4%).

Dari segi taburan penduduk Muslim melebihi 50% terramai ialah Putrajaya 97.4%, Terengganu 96.9%, Kelantan 95.2%, Perlis 87.9%, Kedah 77%, Labuan 76%,Pahang 74.9%, Melaka 66.1%, Sabah 65.4%, Negeri Sembilan 60.3%, Johor 58.2%, Selangor 57.9% dan Perak 55.3%.

Manakala Negeri yang mempunyai penduduk Muslim kurang dari pada 50% ialah Kuala Lumpur 46.4%, Pulau Pinang 44.6% dan Sarawak 32.2%.

Di segi penganut Buddha teramai ialah Kuala Lumpur (35.7%), diikuti Pulau Pinang 35.6%, Johor (29.6%), Perak (25.4%), Selangor (24.4%), Melaka (24.2%), Negeri Sembilan (21.2%), Pahang (14.4%), Kedah (14.2%), Serawak (13.5%), Perlis (10.0%), Labuan (9.0%), Sabah (6.0%), Kelantan (3.8%), Terengganu (2.5%) dan Putra Jaya (0.4%).

Di segi pengganut Kristian teramai ialah Sarawak (42.6%), Sabah (26.6%), Labuan (12.4%), Kuala Lumpur (5.8%), Pulau Pinang (5.1%), Perak (4.3%), Selangor (3.8%), Johor (3.3%), Melaka (3.0%), Negeri Sembilan (2.4%), Pahang (1.9%), Putrajaya (0.9%), Kedah (0.8%), Perlis (0.6%), Kelantan (0.3%) dan Terengganu (0.2%).

Di sudut penganut Hindu pula teramai ialah Negeri Sembilan (13.4%), Selangor (11.6%), Perak (10.9%), Pulau Pinang (8.7%), Kuala Lumpur (8.5%), Johor (6.6%), Kedah (6.5%), Melaka (5.7%), Pahang (4.0%), Putrajaya (1.0%), Perlis (0.8%), Terengganu (0.2%), Sarawak (0.2%) dan Sabah (0.1%).

Bagi lain-lain agama teramai ialah Sarawak (11.5%), Pulau Pinang (6.0%), Pahang (4.8%), Perak (4.1%), Kuala Lumpur (3.6%), Negeri Sembilan (2.7%), Selangor (2.3%), Johor (2.3%), Labuan (2.2%), Sabah (1.9%), Kedah (1.3%), Melaka (1.0%), Perlis (0.7%), Kelantan (0.5%), Terengganu (0.2%) dan Putrajaya (0.3%).

Dari segi taburan penduduk di negeri-negeri sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia masih didominasi oleh penduduk Muslim iaitu mewakili lebih 50% jumlah penduduk. Bagi negeri-negeri yg majoritinya bukan Islam ialah Sarawak (67.8%), Pulau Pinang 55.4% dan Kuala Lumpur 53.6%.
Sejauhmanakah Kristian menjadi ancaman ? Melihat  statistik Kristian sebenarnya hanya ramai di Sarawak iaitu 42.6% dan Sabah 26.6%. Di lain-lain negeri jumlah mereka tidak melebihi antara 0.2% seperti di Terengganu dan Kuala Lumpur 5.8%. Bahkan di negeri Selangor negeri yang diheboh-hebohkan berlaku gerakkan aktif Kristianisasi mereka hanya mewakili 3.8% penduduk,

Berdasarkan analisis, penganut Kristian sebenarnya adalah penduduk minoriti di negara ini. Bagi jumlah keseluruhan penduduk negara mereka sekadar berjumlah 9.2% sahaja. Mereka sebenarnya hanya tertumpu di Sabah dan Sarawak sahaja dan bukannya di Semenanjung Malaysia.
Saya percaya Kristianisasi sememangnya berlaku namun bagi pendapat saya sebahagian besarnya adalah berlaku di negeri spt Sabah dan Sarawak. Utk, mengheboh-hebohkan Kristian secara aktifnya sedang melakukan Kristianisasi di Selangor dan Lembah Kelang, benar-benar memerlukan pembuktian yang kuat. Saya bimbang perkara ini disensasikan demi kepentingan politik sempit pihak-pihak tertentu.
Bagi golongan Kristian pula saya nasihatkan mereka juga perlu menghormati undang-undang tubuh sediaada di setiap negeri  yang memperuntukan satu kesalahan untuk mendiayahkan agama bukan Islam kpd orang-orang Islam. Ini demi keharmonian kehidupan kita semua di negara ini.

Apapun yang penting bagi saya umat Islam perlu berkerja kuat untuk menyibarkan agama Islam kepada golongan bukan Islam termasuk golongan Kristian ini. Sememangnya itu pun yang dituntut untuk kita melakukannya. ’Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat- spt maksud Hadis Rasulullah S.A.W. Bayangkan kalau yg menerima satu ayat itu ialah penganut bukan Islam. Tidak mustahil akhirnya mereka akan memeluk agama yang suci ini.